Rabu, 1 Februari 2012

kembali bekerja.


hai, akhirnya bersiaran kembali dari tabung darah dan makmal patologi. hikhik. aku dah kembali kerja. uwargh. seriously macam lama betul bercuti walaupun cuma 4 hari sampai aku terfikir eh kawan-kawan dekat lab ingat aku lagi tak? atau dah lupa bila aku datang kerja. okeh fine, sebenarnya macam mana nak lupa kalau time cuti masih berhubung dengan kawan-kawan pasal roaster. bagus, beginilah MLT yang malaysia perlukan T____________T

tadi, aku pergi kerja awal satu jam setengah dari waktu aku sepatutnya masuk kerja. motif? aku mahukan parking berbumbung belakang parking ambulans. lepas tu, memandangkan aku tidak sempat dinner, jadi aku pergi 7 eleven memandangkan masih awal kan. dah lah aku lapar. lepas tu, sampai hospital tengok still ada sejam lagi. parking pulak takda. parking yang aku mahu tu ada kereta lain. jadi, terpaksalah aku menunggu kot-kot orang dia akan tiba dan pulang.

tengah menunggu, parking lain rupanya yang kosong. memandangkan aku tidak mahu menjadi orang tamak yang selalu rugi, aku pon parking jak lah walaupun dalam hati sedih mengenangkan esok pagi mesti kereta aku berembun. dahlah minyak pon dah kelip-kelip. aku takut singgah isi minyak malam jadi kena tunggu balik kerja esok la ni baru isi.

lepas tu, ntah macam mana tengah aku termenung dalam kereta memikirkan jam berapa mahu masuk lab, orang yang di parking idaman aku tu muncul. oh oh. gembira dalam hati aku tak terkata. sudahlah baru balik dari cuti. mujur time tu tiada kereta lain yang menunggu parking. aku apa lagi. cepat-cepat keluar dari petak parking aku dan masuk petak parking yang aku mahu. harap-harap tiada orang yang kenal aku lah tadi. hahaha.

dan sejak tadi, aku dapat borang permintaan keserasian darah tanpa henti. oh, aku bertuah la ni kiranya. sudahlah aku mengantuk. mata ni memang langsung tidak beri kerjasama. aku sebenarnya hendak tidur tapi melihat jam baru 1.10 pagi, haruslah aku bertahan untuk seketika lagi. kang sampel datang, terganggu mimpi aku. jadi lebih baik berjaga seketika dari tidur aku terganggu. miahaha....

jadi, untuk mengelakkan aku mengantuk, aku pon merepeklah di blog tercinta ni. mujur blog ni ada untuk aku merepek. kalau tidak, tidurlah aku jawabnya.

kesayangan yang mesti dibawa bila kerja diluar waktu pejabat dan oncall. laptop dan modem. oh kadang-kadang bila malas bawa laptop, modem jak lah dibawa kemana-mana. tapi memandangkan laptop sekarang dah berwarna biru, haruslah dia diberikan sepenuh kasih sayang dan dibawa kemana-mana. huahuahua..

beberapa minit yang lalu pula, salah satu rak di laci bertingkat tu jatuh kena ibu  jari kaki aku. pedih jangan cakaplah. ntah macam mana boleh terkeluar. mujur plastik. kalau besi maunya kuku jari kaki aku ni patah. eh tapi kalau kuku patah pon jabatan kecemasan dekat jak. cuma aku tak sangguplah mahu mendapatkan rawatan dari orang yang aku kenal. segan T_______T

eh, dah 2.30 pagi. lamanya aku kerja. aku masuk kerja punch kad masih januari. ni dah nak balik rumah ni dah februari lak. fuh. dah sebulan la aku tinggalkan rumah. hahaha.. mata aku dah tak larat. aku nak tidurlah sekarang. sampel pun tiada. lebih baik aku tidur. kesian kak tina tunggu aku. maka aku tidurlah sekarang. nanti pagi takda tenaga drive pulang rumah. assalammualaikum =)

0 doakan nina naik pangkat :):