Selasa, 16 Mac 2010

hari kedua..lalala..

memandangkan aku hanya ada 4 hari di queen, jadi aku update la entri hari-hari dengan selambanya untuk cerita tentang queen.
sampai jak di parking yeah mood aku terus jadi sangat gembira..guess aku jumpa siapa? yeahh..aku nampak sir joseph dan dengan selambanya aku telah meng 'hon' cip. haha..nasib baik cip tiada sakit jantung kalau tidak abeslah aku berdosa. haha..sempat juga borak2 ngan cip sekejap dan cip bawa pi mobile esok pi kota belud..yeyehh..see, I'm going to my place of birth..sangat teruja + gembira untuk kembali ke kampung halaman..so tomorrow will not going to queen lorh..

hari ni aku datang awal sket. datang jak terus tercongak di kauter baktik ngan selambanya. pastu sedar2 da jam 8 dan waktu untuk bekerja..haha..start kerja aku di seksyen wound la apa lagi. ni hari terakhir aku di seksyen ni. arini sampel agak banyak la juga. selain buat ujian biokimia, aku juga kena baca result yang dapat tu. ngehh..see thanx to madam Indra that thought me a lot.

lepas buat tu aku pi buat media lak lagi. eh silap silap. bukan buat media tapi tengok mr kassim buat media..ngeh..masa mau tuang media tu memang tangan aku gigil2..haha..seb bek aku tidak kena suspek parkinson.huahua..

sepanjang hari ni aku buat streaking jak. memandangkan andrian tu suda berhijrah ke serologi (walaupon ada jugak muka dia tercongak di baktik bila da jam4) jadi aku pon dapat la juga buat swab genital. yeah luckily staf2 sana sedia membantu macam kakak2 di likas yang tersayang juga..thanx a lot guys..

arini juga dapat balik awal pi rumah dari selalu tu..haha..jadi sekarang? macam biasa masa tuk tidur..gud nyte..

Isnin, 15 Mac 2010

cuma mau tidur sekarang..penat..

pelik jak tajuk aku kali ni kan..yeah memang pelik pon sebab aku rasa penat betul sekarang ni dan tulang-tulang aku macam mau tercabut jak semua dari badan..

arini hari pertama aku di hospital Queen Elizebeth ni dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. sampai jak sana tadi macam biasalah aku memang nervous gila. mujur terserempak ngan kakak gen sayang yang akhirnya bawa aku jumpa dorang wendy ngan petty..terima kasih juga buat dedea yang susah payah tolong aku tadi.

first day ni aku main2 ngan ujian biokimia la..fuh nasib baik ada lagi ilmu yang kena baca tu tertinggal lam otak ni kalau tidak abeslah berasap bila kena soal..lalalala..
lepas settle ngan ujian biokimia tuk mikrobiologi tu aku menyibuk lak kat bahagian urin..sempat la isolate sampel kat media..then sudah siap gitu aku terus buat streaking lak kat media..nervous2 babe..haha..risau juga la kot2 streaking aku tak lawa.

penat la aku rasa. walaupun tak tahu apa yang aku buat sampai aku penat..tapi yang bestnya staff di sini pon sporting betul ohh macam dorang kak ede ngan kak beth..eh dorang memang satu intake pon.haha.. bila jumpa staf yang ok gini memang mood pon okey..eh tetiba semangat lak mahu kerja esok. hihi..

dan untuk ANDRIAN (giler kejam aku pi kasi urop besar nama dia..lalala) kawan satu lab ku, kames la ek aku join ko kat seksyen genital tu..siler bagi tunjuk ajar okehh..masyehh..hihi..dan sekarang aku nak tido..daa...ZzzZzZ....

p/s : aku currently in normal mode..rasanya mood sedih da berlalu..be strong girl :)


Ahad, 14 Mac 2010

kau dan aku ~

gambar ni kredit to my lovely
+ sporting sister, faten nadia hamilin.. thanx sis..
aku harap aku boleh bagitau "dia" ni one fine day :)




ngan kawan-kawan satu lab..p/s : lolly..nah ~

Jumaat, 12 Mac 2010

macam mana perkawenan idaman korang??

haha..aku macam tak boleh blah jak la dengan tajuk entri aku kali ni..adoi terasa macam sengal sungguh lak rasa. cerita dia macam ni, tadi kak c-la ada meeting. jadi, lepas hantar dia pergi meeting tu aku pon tunggu la sebab lepas tu dia mau pegi sekolah tempat dia mengajar tu blek (my sis tak ada lesen gik..hihi..).

jadi bila aku sudah hantar dia balik pegi sekolah tu kan aku pon malas la mahu pulang since cuma tinggal dalam 2 jam lagi sebelum sesi persekolah tamat. aku pon bila suda malas ni dok termenung lah di parking kereta tu bawah pokok dengan tingkap yang terbuka dan radio hotfm yang terpasang (nak jugak bagitau..ngehhh). ntah macam mana aku boleh la plak ternampak satu billboard ni ada la sorang awek cun ngan lelaki pegang tangan dengan tulisan sebesar-besar alam jak aku rasa "yes, i do"...ya, faham suda apa yang aku nampak tu? ala, aku nampak iklan untuk ambik gambar studio la.

time tu tiba2 aku terfikir la bila lelaki tu melamar perempuan tu tuk kawen then perempuan tu blushing2 sambil jawab yes i do..haha..sungguh romantik..

tiba-tiba la kunun hati aku brdetik macam mana la kunun perkahwinan aku nanti ar..haha..kebetulan time tu lagu anuar zain "ketulusan hati" yang aku dengar jadi memang la feeling jiwang tu sungguh tinggi (harap-harap la teda yang nampak aku termenung sambil sengih sorang-sorang tadi)..haha..

aku rasa kalau aku buat wedding nanti simple jak mungkin ala2 garden tapi nilai romantik yang kuat la memandangkan aku kan jiwa romantik..ayat perasan yang sungguh slamber la juga kan..haha..dengan bunga2 yang banyak bertaburan..iringan gamelan since nurul dan azie da belajar gamelan sekarang..mesti best kot kalau ambil gambar wedding tepi pantai dengan berlatarbelakangkan sunset..fuh..tapi aku memang selalu nampak orang photoshoot wedding punya di pantai ni dan aku akan melihat dengan sengihan yang melebar tengok pengantin tu lari2 di pantai heret gaun dia..fuh real tu..hihi..

jadi korang? amacam wedding idaman? siler bagitau aku okehh..

p/s : ini hanyalah angan-angan okeh..hahaha..

Rabu, 10 Mac 2010

esok da khamis..

uwarghh..sedar tak sedar..pejam celik pejam celik esok da hari khamis..isk isk isk..tahu tak maknanya bila esok da hari khamis? huhu maknanya cuti aku da nak habis. huh tanpa aku sedar masa berlalu begitu pantas dan rasa malas pula mau pegi praktikal isnin la..haha..biasalah da lama cuti kan.

kadang-kadang rindu juga dengan dorang di lab tu. macam mana la agaknya perkembangan blood bank tu. harap2 banyaklah dorang dapat sumbangan darah. rindunya tidak jumpa dorang dan pergi buat kempen sama-sama. esok, dorang akan pergi maktab kalau semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang. tapi aku tidak pergi la esok. aku kan tengah cuti. lagipun aku mahu menenangkan perasaan sendiri. haha..

nervous betul menunggu isnin ni sebab aku akan pergi hospital negeri untuk seminggu..adakah aku akan okey di sana? macam mana la staf di sana tu ar.. semua ni ganggu fikiran aku pula.
aku pon tidak keluar rumah lately ni. mood sekarang adalah mood untuk bertapa di dalam rumah jak jadi aku duduk rumah jak la.

aku tetiba teringat salah satu komik jepun yang aku baca tu. dia kata kalau kita mahu lupakan sesuatu, kita mesti jauhi dia..adakah itu yang aku cuba lakukan sekarang? haha..I'm currently in normal mode..

Ahad, 7 Mac 2010

kerja di hari cuti...

apasal aku rasa cam pelik jak tajuk entri kali ni? ngehhh..tak kisahlah pelik ka tidak tapi aku mau cakap pasal aku yang kena bekerja di hari cuti ni..urm bagi anggota paramedik macam mereka2 ni memanglah perkara biasa tapi bagi aku yang bergelar trainer ni mengantuk weh..haha (aku pon tak faham kaitan kerja ngan mengantuk ni)..

bangun jak awal pagi tadi aku da ready2 la nak pegi kerja. tadi aku out station la kononnya kerja di luar lab..aku sampai centre point dalam jam 10 la untuk derma darah tu..haha..sampai jak sana aku ngan kak beth terus lepak meja pendaftaran. lega sikit dapat duduk2 time tu.
tapi bila jarum jam mencecah jak angka 1 fulamak tetiba kami jadi sibuk kejap. dari seorang yang santai-santai di meja pendaftaran aku pi sedia ubat la plak untuk penderma darah. tapi tidak lama. lepas tu aku ala2 orang expert la kunun *ayat yang sangat perasan* buat sampling.

sampling ni maksudnya kami memastikan darah yang didermakan oleh penderma tu bercampur dengan antibekuan yang ada dalam beg darah tu dan untuk mengelakkan darah tu dari beku. aku sengaja jak mau buat sampling tadi sebab belum selalu lagi buat sampling kan..aritu sudah belajar cucuk penderma jadi hari ni aku buat sampling..tapi mesti hati-hatilah dan mengamalkan universal precaution..

time aku balik jam 3.30 tu kami dapat suda 30 orang penderma dan tadi kak miah mesej dan bagitau jumlah penderma adalah melebihi dari itu. sungguh hebatkan dan aku sangat berbangga untuk menjadi ssebahagian daripada mereka2 ni yang sentiasa menyelamatkan nyawa..
jadi, aku bukan apa. cuma aku harap kalau terserempak mana-mana hospital atau persatuan yang organize derma darah tu kalau boleh tolonglah derma sebab tanpa korang sedar darah korang tu sudah menyelamatkan nyawa.

pulang jak dari derma darah aku rehat2 kejap dan kemudian terus pergi rumah mertua kak atin sebab esok kami tidak dapat attend kwen abang ipar dia tu. sampai jak sana mood aku memang serta merta berubah dan aku terus jadi happy. besalah kami kan lama suda tidak jumpa..dan apa yang boleh aku cakap adalah aku sangat gembira sekarang..

ya, pasti ada jalan keluar dari setiap kesempitan yang kita lalui..lalala..