Jumaat, 10 Februari 2012

alhamdulillah :)

fuh. hari ni memang hari yang mencabar. tapi memandangkan hari ni adalah jumaat, haruslah aku ucap alhamdulillah untuk semua yang berlaku. hari ni aku kerja syif pagi. dan disitulah kisah untuk hari ni bermula =)

aku keluar rumah macam biasa hari ni. lepas tu ntah macam mana time aku mahu membelok ke simpang kedua untuk ke jalan besar, tiba-tiba botol air aku di seat belakang terjatuh. aku pon macam biasalah. bajet tanpa tengok depan. bila aku baru nak ambil side masuk simpang tu, aku dengar bunyi dentuman. seriously bunyi tu memang kuat. aku dah nervous sebab sebelum tu aku dah pastikan tak ada kereta sebelum toleh belakang ambik botol air.

dalam kepala aku dah terbayang bumper kereta ni jatuh. mesti aku terlanggar tembok tepi jalan raya ni. aku dah lah cuak. mana nak cepat pergi kerja, mahu cari bengkel kereta lagi. cepat-cepat call mama sambil menangis mengadu nasib.

me: mama, angah accident.

mama: *dengan nada panik* di mana? macam mana boleh accident?

me: *sedu sedan* tidak tahu. tolong bha minta kakak hantar pergi kerja.

mama: bha ok ok. *letak telefon*

lepas tu aku pun buatlah kononnya macam iklan keselamatan jalanraya tu. cari tempat yang selamat untuk parking sebelum periksa keadaan kereta. muahaha. mujur ada parking kedai. lepas aku parking tu, aku pon keluar dari kereta. tengok bumper sebelah pemandu, masih dalam keadaan biasa. tiada apa-apa. masih ketat. jalan keliling bumper tu tengok langsung tak ada calar apa semua. rupanya bunyi tadi.............


tayar kereta aku pancit la pula. uwarghhhh :'( lega sedikit sebab mula-mula ingat bumper yang jatuh. haha. rupa-rupanya tayar aku dah terkoyak. mesti terkena tembok tu. time tu juga mama call balik sebab nak tahu keadaan anak dia. cepat-cepat bagitau rupanya hanya tayar yang pancit. hahaha..

sebab aku bajet lambat masuk kerja, aku pon bagi kunci tempat daddy apit suruh dia tukar tayar. well, itulah gunanya anda mempunyai seorang abang okeh?. kegunaan kedua adalah untuk menghantar ke tempat kerja. haha. aku rasa happy ok sebab tak payah drive pagi ni. best woo meredah jammed di tempat penumpang. boleh aku cuci mata tengok laut.

tapi malangnya niat aku untuk beli tayar baru petang ni tidak kesampaian sebab daddy apit lambat ambil aku di hospital. jam 4.30 okeh. perut aku dah kelaparan. tapi iya lah dia pun kena settlekan kerja dia juga. sobsob. jadi, memandangkan aku tak jadi tukar tayar, sampai rumah cepat-cepat bawa mama dengan apit 1borneo untuk menenangkan fikiran. miahaha..

sampai 1B, haruslah makan dulu sebelum aku dah lapar. mama macam biasalah, kfc pujaan hati.

toasted pocketful idaman kalbu. sangat sedap. uwargh..aku rasa mahu lagi dan lagi dan lagi.


apit buat muka tak rela kena ambik gambar. apa kau fikir angah ni paparazzi ka apit? paling tidak boleh terima jam ultraman kiri dan kanan T________T hari ni mood dia baik sikit. merengek-rengek mau duduk di kerusi bayi ni. kalau selalu, jangan harap.


memandangkan mainan happy meal ni ben10 dan bukan ultraman, maka rasa teruja hanya 5 minit. lepas tu diabaikan. bagus, lepas ni aku lah main nampaknya.

lepas tu masuk kedai kasut dekat-dekat area kfc tu sebab aku mahu beli selipar baru. tapi selipar tu tak ada saiz. dari dulu sampai sekarang aku tanya mesti dah habis. bila masa ada stok pun ntahlah. sedih wei suka tapi tidak dapat beli.. "ini tidak adil tidak adil bagikuuuuu..."

tambah tidak adil sebab budak kecil ni dapat pula selipar baru.

sebenarnya sandal ni mama yang suka betul. jadi belilah sebab apit bukannya pandai pilih pun.  ni hadiah ar apit. sebab angah kau ni mahu pergi makan angin dan tak dapat mahu bawa kau =)

lepas tu,

mama: angah, kau tidak mahu beli wedges lagi macam kau pakai dulu?

me: tidaklah, susah mau driving.

mama: bagi tinggal di lab jak lah. kalau driving pakai jak macam yang sekarang.

me:*dalam hati* orang pakai crocs la mama dalam lab. hihi :)
tapi memandangkan aku macam dah terpengaruh juga sebab dah belikan apit sandal baru, maka aku pun beli wedges juga. haha. tapi gambar tiada. sebab malas mau keluarkan dari kotak. yang penting, wedges tu pakai time kerja on-call esok. haha. aku beli novel juga tadi. sebenarnya niat asal masuk harris tu untuk beli pen tapi ntah macam mana terbeli juga novel T__________T

daripada hanya guna duit untuk tukar tayar, melarat pergi shopping pula. cuma lepas ni dah tak boleh nak shopping terlampau lagi. sebab ada misi penting yang lebih harus diutamakan. hoyeahhh :) esok mesti tukar tayar. aku tak sanggup memandu guna tayar spare. harap-harap sempatlah pergi lepas on-call. till then, assalammualaikum =)

0 doakan nina naik pangkat :):