Sabtu, 11 Februari 2012

tayar ohh tayar

 
nampaknya aku rajin minggu ni. walaupun tiap-tiap hari kerja still update juga. haha. tadi aku pergi kerja pakai wedges baru.  mujur di makmal ada cermin besar ala-ala kedai kasut. jadi lepas pakai labcoat cepat-cepat ambil gambar kaki sendiri. haha..

kali ni rasa selesa. dan buat aku lebih yakin  dan bak kata laksmi, lebih tinggi. haha ;p sebenarnya aku beli ni semalam sebab dia kurang menghasilkan bunyi jadi tidaklah menarik perhatian orang. ada sesetengah tu jalan sikit sudah bunyi kerentang kerentong.
lepas tu tadi, laksmi buat lawak sengal. haha.
laksmi: sue, jangan kacau bini orang *dia maksudkan dia la tu kononnya*

me: laks, jangan kacau bakal pengantin, please. haha.

laksmi: sue, nanti kalau ada suda baju tema untuk kenduri kahwinmu yang family pakai tu bagi aku satu ya.
miahaha..tiba-tiba masuk cerita kahwin padahal mula-mula tidak berniat langsung. puan laksmi, saya belum tahu lagi kahwin bila. jadi macam mana ni? hahaha..yang lagi hebat, time kami tengah buat kecoh tadi, macam biasalah PPK Roland pun ada di lab. mula-mula dia nampak tidak peduli dengan topik kami. tapi tiba-tiba dia pindah duduk di kaunter dan terus tanya aku,

bila bah kau mau kahwin sebenarnya ni?
muahaha..napa ramai orang tanya bila aku nak kahwin? kalaulah aku tahu bila aku nak kahwin memang aku bagitahu lah. sabar. memandangkan aku staf paling muda di lab, jadi aku mesti perlahan-lahan. haha.

lepas habis kerja dalam jam 2.30 petang tadi, aku terus pergi tuaran seorang diri semata-mata mahu ganti tayar. kakak cakap kedai tayar tu bagus. jadi aku pun pergilah sana. niat di hati check allignment lah sekali konon. aku sampai tuaran jam 3 petang sebab terpaksa bawa slow slow. almaklumlah guna tayar spare.

punya main banyak kereta. tukar tayar dalam 15 belas minit. lepas tu tunggu giliran punya main lama untuk allignment. turn aku jam 5.30 petang ar. mujur aku tidak tertidur di kedai tayar. sudahlah aku tiada kawan menunggu, blackberry pula battery empty. sangat hebat. langsung tidak dapat on.

baru 2 minit kereta aku kena check, tiba-tiba lelaki tu datang pergi tempat duduk aku. aku start nervous suda kot-kot dia mahu cakap yang alignment aku sudah rosak. tapi rupanya,

mekanik: allignment kereta kau ada apa-apa masalah?

me: tiada *geleng-geleng kepala*

mekanik: *senyum* allignment kau tiada masalah tu, baik lagi tu.
itu dia. haha. 2 jam 30 minit yang sia-sia. fine, aku pon satu. kan baru servis satu kereta di perodua dua minggu lalu. aku pergi check lagi konon tadi. gara-gara kakak cakap check allignment tiga bulan sekali, aku pun buatlah konon. hahaha. nina nina.

tapi tadi aku perasan salah seorang mekanik tu muka dia macam watak shin goon dalam princess hour. uwarghh. tidak lah sama betul. style jak kot. haha.

shin goon idaman hati sejak zaman di uitm. tapi shin goon ni jauh lebih cool lah dimata aku. well, aku kan peminat shin goon :) miahahaahah...

0 doakan nina naik pangkat :):