Isnin, 30 Januari 2012

pencinta terbaik

 

tadi, aku pergi hantar dan ambil kakak dari sekolah. sebenarnya, aku nak pergi bank yang berdekatan dengan kawasan sekolah dia. jadi dah alang-alang tu aku hantarlah dia sekali. masa on the way hantar kakak tu, terdengar lagu sofaz single terbaru dia kot. kakak kata lagu tu jadi OST filem cinta kura-kura, pencinta terbaik.

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
memandangkan aku suka lirik part yang tu jak, haruslah tu jak yang aku letak di sini. lirik full boleh google. lagu ni memang sedap jugalah. boleh layan :)

tapi, sekarang aku memang selalu layan lagu rossa dengan ungu, ku pinang kau dengan bismillah. mungkin sebab di lab selalu dengar era.fm ( lagu ni memang kerap diputarkan di era.fm) buat aku suka lagu ni. dan mestilah sebab aku kan jiwang sikit. hehe..

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
erk tapi kalau satu hari nanti aku kahwin, aku nak guna lagu baru yuna boleh tak?  haha.

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
erk walaupun mungkin lirik dia agak hiperbola la jugak. tapi lagu dia tu buat aku terasa macam di zaman dulu. oh, sebenarnya lagu-lagu ni aku tengah download sekarang. selesai download bolehlah aku layan lagu-lagu ni.

dan alhamdulillah cd zikir terapi hafiz hamidun yang aku dan kakak pesan dah sampai. kami beli online jak since round kedai-kedai cd di centre point dan 1borneo semua pon kehabisan stok T______T kesedihan hanya sementara okeh. boleh beli secara online di sini . banyak cd nasyid yang dijual di situ. lepas ni mahu beli cd maher zain la. boleh dengar time jammed di waktu pagi.

okeh, mahu dinner kejap. lapar, diet memang tidak berjaya nampaknya. perlu fikirkan alternatif lain untuk membuang kolesterol..assalammualaikum :)

Ahad, 29 Januari 2012

Farewell lunch


memandangkan aku masih bercuti, jadi update blog adalah perkara terbaik untuk dilakukan di rumah. kesian gambar-gambar terperam dalam phone. ni memang farewell lunch untuk adik yang pulang a day after kami pergi lunch ni.

 lokasi tempat makan kali ni Hotel Promenade Kota Kinabalu. memandangkan kami pergi tu 31 disember, memang ramai orang dekat cafe tu. mujur dah booked. oh ya, kalau time perayaan pergi sini atau public holiday memang seelok-eloknya buat tempahan dulu sebab time tu orang akan ramai. kalau weekdays tak apa.

memandangkan parking di depan hotel tu penuh, terpaksa parking di Plaza Wawasan dan berjalan kaki menuju ke hotel. mujur dekat. tapi walau dekat sempat juga lah mekap kalau nak cair. yang gembira jalan kaki ni hanyalah apit. gambar ni sebenarnya dia tengah menari. haha. mujur tangkap guna mode sporty kat handphone jadi tak adalah gambar dia gerak-gerak.


sementara tunggu staf kafe tu cari meja kitaorang, sempatlah gambar-gambar di lobi. erkk maybe ambil feeling duduk di pelamin? *pengsan*

lepas tu, meja kami sangatlah best sebab dia di bahagian paling hujung dan berdekatan dengan meja dessert. orang belum ramai pon dekat ruang ni. kebanyakannya duduk di bahagian yang menghadap kolam renang, jadi bolehlah anggap dessert itu kita yang punyaaaaaa...hahahaha...


sebelum ambil makanan, gambar dulu mama. oh gambar ni adik yang ambil. hai nurul shaeera :P meja sangat kemas sebelum makanan datang. lepas makanan datang memang susunan pisau garfu pon dah ntah jadi apa-apa ntah.


ni menu pertama. cafe ni tidak serve nasi on that day jadi terpaksa ambil apa saja nasi yang ada. tekak aku very the melayu. spagetti bagai memang tak lalu la. jadi marilah melantak nasi lemak di tengahari :'(  ntah apa nama lauk yang aku ambik tu. aku pon tak tahu. yang pasti ada wantan la. dan ketam maybe. miahaha...


ni lah sebab utama makan di sini. sebab boleh melantak seberapa banyak sate tanpa keraguan dan kebimbangan. tapi ni bukan aku sorang yang makan ek. ni satu meja punya iaitu 6 orang.

lepas tu apa lagi mestilah ambik kek yang banyak tersusun tu. banyak pilihan okeh. sampai aku tak tahu mahu makan kek yang mana satu. ada kuih muih tradisional juga. tapi memandangkan aku bajet kuih-kuih tu tiap-tiap pagi pun ada macik tepi kedai jual jadi mestilah aku makan kek sebanyak yang makan. oh time ni aku belum ada kesedaran tentang kolesterol. sekarang baru ada penyesalan.


kek blueberri dan coklat moist yang sangat sedap sampai aku rasa mahu menjilat sudu. blueberri tu jenis aiskrim kot sebab sedap sangat sampai aku rasa mahu makan dan makan dan makan lagi tanpa memikirkan akibatnya. coklat moist tak payah cerita. memang terbaik. tapi ntah kenapa sampai hari ni rasa blueberri tu yang lebih melekat di hati. eh. haha.


memandangkan aku sudah kenyang jadi bila dapat makan dua potong tembikai susu sahaja. uwarghh. banyak lagi kot buah yang aku tak ambil. icecream pon tidak sempat. memandangkan terlalu  banyak pilihan maka aku menjadi keliru. eh.

memandangkan anggur tu dipotong kecil maka aku segan untuk ambil banyak. tapi anggur ni pon elly yang makan. oh, makngah mithali betul aku.


me : ma, angah rasa angah mahu kahwin la. mama rasa ok tak?
mama: *muka tak percaya*

okeh, tu dialog tipu. jangan percaya. hahaha.
 
okeh, tu jak lah gambar untuk lunch ni sebab adik fedup mau layan aku ambil gambar. dia kan moody. biasalah orang sibuk bercinta belajar. kahkahkah.




Sabtu, 28 Januari 2012

istana bario..

assalammualaikum =)

tadi, godek-godek gambar dalam pendrive . lepas tu, terjumpa gambar-gambar lama time di kolej. paling best jumpa gambar bekas bilik. rindunya kalau ingat zaman di kolej. kalau dulu time di kolej, bangun untuk sembahyang subuh jap lepas tu confirm pintu bilik tu tutup sampai tengahari. haha. untunglah dapat roomate sekepala :)

time di kolej tu bilik cuma ada dua orang. tapi lupa la pula ambik gambar satu bilik. asyik-asyik bahagian aku. aku kan jiwang sikit punya orang. haruslah banyak gambar tuk kenangan. heeeee :)


ni la katil time sem 2 dan sem 3. uwarghh..rupanya dua semester katil ni milik aku. bilik bario 315. sebelah toilet. memang kalau malam agak menakutkanlah. tapi yang bestnya kalau bangun pagi orang lain berlari nak rebut turn mandi di shower, aku jalan slow jak confirm tetap sampai dulu. haha.

meja belajar haruslah kemas kalau nak ambil gambar. haha. ni gambar lepas habis final exam sem3. itu yang nota-nota semua elok tersusun. kalau time kuliah sampaikan salam lah meja belajar kemas begini. rindunya dengan pencilcase merah hitam tu.

bilik time sem4 dan sem5 tiada gambar. sebab aku kan buat internship di kk dan stay di rumah. tidak kuasalah aku mahu mengambil gambar bilik di rumah. hahaha.

sem6 kembali semula ke kolej. kali ni suasana baru sebab dapat roomate baru dan bilik baru. kali ni bario 313. ala, tak jauh mana pon dengan bilik lama. yang lagi best, bilik ni bersebelahan dengan bilik noor. memang angkat tilam la kalau cuti tidur bilik dia. haha.

comelkan color cadar dengan comforter ni? ni lah comforter kegemaran aku. miahaha. sudah sem6 haruslah pakai comforter.  barulah nampak dewasa. muahaha. tapi kelihatan baju berlipat di tepi bantal. hahaha.

aku bukannya minat pink sangat pon. tapi aku kan rasional. kalau pink cantik jadi pinklah aku ambil. dinding sungguh bersih ya adik-adik tanpa tampalan nota. oh kecuali nota nilai normal sel darah manusia. okeh fine. aku tak hafal benda tu jadi haruslah ditampal.


tapi memandangkan aku comel *okeh, pengsan T______T* haruslah tampal gambar family di bilik. yang sticky notes tu tajuk-tajuk penting untuk midterm. dan paling penting number flight untuk pulang rumah tiap-tiap bulan. kahkahkah. buku tebal merah tu buku blood transfusion. junior punya noor pinjam. tapi sampai habis induksi tak kena baca.

oiitt noor, mungkin sebab tu aku kena posting di blood bank. aku agak sebab buku ni la tun. aura dia kuat sangat dengan aku. haha. kalau kau letak di bilik ko aritu mesti ko pun posting blood bank. miahaha..

nasib baik cadar katil tegang time ni. tengok, langsir pon warna pink. sebenarnya semua blok pelajar perempuan curtain dia warna pink. mahu warna biru kenalah duduk di hostel lelaki. hahaha.

tengok telekung yang tersandar di bangku tu. sebenarnya telekung tu hadiah dari mama time masuk sem1. tapi hilang bila letak di surau hospital dua tiga bulan yang lepas kot. aku biasanya memang tinggalkan telekung di surau sebab tiap-tiap hari pergi sembahyang sana kan. sekali tengok satu hari tu telekung aku dah takda. memang sedih. sudahlah tu hadiah dari mama. takkan telekung aku pon nak curi? T________T sekarang aku letak telekung di lab jak. lebih baik begitu. setidak-tidaknya aku tahu telekung aku selamat.

okeh, tu sajalah nampaknya gambar bilik yang aku ada. nanti senang-senang aku godek gambar lama lagi. assalammualaikum =)

p/s: layout blog dah bertukar. dah jadi cantik macam yang dikehendaki. kalau nak juga boleh cari sis comel ni =)

Rabu, 25 Januari 2012

Wordless wednesday-birthday version :)



ya, terbaik. bercerita pasal perancangan nak kawen di hari jadi. kahkahkah. mel, aku akan tetap bagitau kau awal-awal. baru meriah majlis aku nanti. hihi..


Selasa, 24 Januari 2012

officially 23 :)

assalammualaikum...

alhamdulilah, masuk hari ni sudah 23 hari ALLAH memberikan peluang untuk aku terus menikmati kehidupan yang sementara di dunia ni. Jadi, sempena usia yang menginjak menjadi 23 tahun ni *kenapa aku macam dah tua..sobsobsob* aku dan mama buat kenduri kesyukuran.

sebenarnya, aku sudah buat rancangan ni lama. sejak tahun lepas lagi. alhamdulillah ALLAH memudahkan jalan untuk segala-galanya termasuklah memurahkan rezeki untuk buat kenduri ni. memandangkan malam ni aku masuk kerja jam 9 malam, jadi kenduri dibuat jam 1 petang. sepatutnya buat lepas maghrib kalau ikut bapa. tapi macam pelik pula kalau tengah kenduri tiba-tiba aku keluar mahu pergi kerja T______T jadi, jam 1 petang laaa...

bangun jak pagi tadi lepas subuh terus bergegas tolong mama di dapur. ok sebenarnya aku tolong kupas bawang jak pon. lepas siap kupas semua bawang yang diperlukan, kisar semua bawang, lengkuas, halia tu, pergi susun kerusi di luar rumah.

sebenarnya bukan setakat susun, tapi sebelum tu kena cuci kerusi tu jugak sebab lama sudah tidak digunakan dan terbiar jak di tepi tembok rumah.


antara tetamu-tetamu terawal yang sampai. haha..okeh tipu. ni kereta bapa dengan kakak. terpaksa parking tepi jalan sebab garaj tak boleh parking. oh kereta kesayangan tiada dalam gambar sebab bapa guna pegi pasar time ni.

lepas tu susun kereta di ruang depan sebab selalunya mesti abang-abang sepupu dengan pakcik-pakcik kesayangan suka lepak luar ni. ntah kenapa.

erkk adalah nana dalam gambar ni. hahaha. kelihatan kemas di situ ya hasil kerja nina. miahahaha *gelak kejam*

sangat-sangat terharu tengok orang yang datang kenduri tadi. sampai ruang tamu dua-dua pon penuh. adik-beradik mama pon ramai yang datang. macam biasalah, baba, pacik mali, dan mak ju. oh yaya nenek kesayangan pon ada di kenduri cucu dia ni. sayang kamu semua sangat-sangat :)

gambar time kenduri tiada sebab memandangkan keadaan sesak jadi ambil gambar pon tidak dapat. asal aku nak ambik gambar, ada orang lalu. amek lagi, lalu lagi. lalu photographer picisan macam aku pon berputus asa. haha..gambar lauk pauk lagilah. kirim salam jak. haha. oh paling terharu adalah kehadiran kawan-kawan semasa belajar di kuching dulu. thanx guys. kamu memang yang terbaik.

teristimewa adalah kawan-kawan geng keras time sekolah dulu. tapi gambar ni cuma ada gurl dan ikah jak. uni? tangan jak nampak. haha. uni memang jarang ambil gambar. jarang juga kontek dengan geng keras ni tapi yeah akan sentiasa ada di saat-saat yang penting :) heyy sudah 7 tahun kita rapat la.. *tepuk tangan..sayang korang lebihlah*

oh. kejutan paling manis time majlis tadi bila mak ju datang bawa kek. haha. seriously terharu. tidak sangka mak ju bagi kek sebab kan jemput untuk datang kenduri.

bila buka, memang dah boleh detect. haha. mama dan mak ju kan kembar. kalau mama tu suka yam mestilah mak ju pon yam. sebenarnya mama dengan mak ju kembar sebab lahir di tarikh yang sama cuma tahun berbeza. jadi karakter dorang memanglah agak serupa. haha. kek yam ni yang pertama habis. hikhik. ceri-ceri atas dia tu tiidak payah tanya la pi mana hilang. memang aku yang telan semua.


ni kek yang kedua. aku yang beli. lucu bila teringat kak sal terkejut tengok tulisan atas kek ni. sebab bukannya happy birthday tapi congratulation.

aku sengaja buat begitu. mahu tau kenapa? tahniah meninggalkan alam belajar. haha. ni kek cheese. sungguh ayu pula ada bunga bagai ni. kawan-kawan mama cakap sedap. betullah tu kot sebab aku main sumbat-sumbat jak dalam mulut. tidak sempat mahu menikmati.


kek yang terakhir adalah kek idaman hati. coklat moist. nyummm. sampai sekarang masih terasa kek ni . sedap. kek ni tak kena hidang pon. eh sebenarnya kena hidang time Datuk Jainab datang jak. rasanya mau makan kek ni lagi. arghh..dan yang pasti, ketiga-ketiga kek ni di tempah di kedai yang sama. tu la sedap.

ok, nanti cerita lagi. sekarang ni di lab. esok pagi baru habis kerja. pastu malam esok kena masuk kerja balik sebelum cuti. tak sabar mau cuti. teeheee...assalammualaikum :)


Ahad, 22 Januari 2012

Countdown to 23

Assalammualaikum...

Penatnya aku hari ni. Sebenarnya hari ni pon aku kerja. On call sebenarnya. Lepas tu, balik rumah tengok ada kakak sulung di rumah :) sangat-sangat excited nampak kak tini walaupun last jumpa dia rasanya dua bulan lepas. Paling teruja jumpa nana lah.

Sebenarnya sejak semalamsuda berjanji dengan mama mahu pergi beli barang dapur dan keperluan kenduri hari ni jadi lepas solat asar tadi terus pergi servay hypermarket likas. Since kak tini sekeluarga ada disini, jadi diorang pon join skalik.

Aku cuma beli tisu kereta dengan susu segar jak. Maklumlah kadang-kadang tidak sempat pon sarapan time pergi kerja jadi minum susu jak la.

Lepas beli barang, gerak pulang sebab mahu singgah 1borneo. Kakak mahu cari hadiah untuk wedding kawan dia esok jadi terpaksalah pergi. Erk terpaksa? Miahaha. Sebelum pulang, sempat bergambar dengan nana di luar servay hypermarket. Dear servay, tolonglah ambil kami jadi model. Haha.

bukam main lagi nana bergelak tawa gembira haha..selipar serabut di kaki dia tu dia beli tadi. hairan aku budak ni suka betul dengan selipar. hihi.

sampai 1borneo, excited pergi depan pentas tu sebab ada hiasan untuk chinese new year. apit dengan nana la yang paling excited. lepas tu bila mama gambar-gambar, aku pon menyebok jugak. haha...
me, mama dan kak tini :)

Rabu, 18 Januari 2012

wordless wednesday :)

assalammualaikum =)



Love you for a thousand years :)






Selasa, 10 Januari 2012

pergi tak kembali..

assalammualaikum =)

Noi, masuk hari ni sudah enam hari mama kau meninggalkan kita kan? Hari keenam ini juga aku baru dapat kekuatan untuk tulis entri ni. Aku minta maaf noi sebab tidak hadir majlis pengebumian mama kau. Aku hanya tahu pemergian mama kau 3 hari selepas tu. Aku tahu kau masih noonoi yang aku kenal 13 tahun yang lalu. Tidak pernah mahu merisaukan kawan-kawan tentang diri kau.

Noi,

Aku harap kau kuat. Kuat untuk menempuhi semua dugaan ni di saat kau menghadapi peperiksaan akhir. Aku selalu teringin mau duduk lepak dengan kau tapi aku belum cukup kuat noi. Tiap kali aku teringat arwah auntie, air mata aku mesti mengalir. Aku belum cukup kuat untuk memandang kau sebab aku seolah-olah masih melihat arwah auntie ada bersama kita.

Kau ingatkah semalam time balik kerja petang tu aku lalu rumah aku? Aku sengaja sebenarnya. Aku harap memandang rumah kau tu kerinduan aku pada auntie akan berkurangan. Aku masih berharap yang berita pemergian auntie ni cuma mimpi noi. Tapi, bila ada kau di balkoni tu, aku sedar yang aku patut terima kenyataan auntie suda tiada.

Aku ingat lagi. Kali terakhir aku jumpa auntie time kahwin Mat tahun lepas. Auntie masih auntie yang dulu yang penuh kelembutan bila bercakap dan selama kita berkawan, aku tak pernah dengar auntie tinggikan suara marahkan kita walau kita suatu ketika dulu agak nakal .

Auntie berfikiran terbuka kan? kau ingatkah dulu time kawen ciko aku dengan fida bergurau mau kawen dengan boboi? Auntie pon tahu pasal gurauan kita kan. Tapi auntie relaks jak. Dia pon join juga layan kalau kita start merapu. Aku ingat lagi, sampai kawen mat pon, aku dengan auntie masih bergurau pasal tu.

Auntie tidak pernah marahkah walau time kita sekolah rendah dulu kita selalu lepak di garaj rumah kamu. Dulu, ada jak auntie hidangkan makanan untuk kita. Fries, ayam, macam-macamlah. Mama aku pon cakap auntie baik. Itu aku tahu. Sebab tu aku sayang auntie. Aku sangat-sangat sayang mama kau.

Mama kau memang baik sebab tu ALLAH pon sayangkan dia kan. Sekarang kita tak dapat tengok dia lagi kan? Aku akan sentiasa rindukan dia. Tapi, aku tahu. Dia akan bahagia di sana. Apa yang mampu kita buat sekarang hadiahkan bacaan yasin untuk dia. Auntie mesti gembira kan?

Noi, aku tidak mampu mahu menulis lagi. Terlalu banyak kenangan bersama auntie dalam kepala aku sekarang. Ntah kenapa air mata aku tidak berhenti. Mungkin mata aku ada masalah kot. Aku berhenti di sini dulu ar. Aku harap kau tahu, auntie selalu ada di hati dan noi, aku sentiasa sayang kau.

Khamis, 5 Januari 2012

Once upon a time..

assalammualaikum..

ni update via blackberry tapi ntah kenapa celcom ni tiada pula muncul via blackberry di bawah entri. tapi tidak mengapa. itu tidak penting.

hari ni senang hati betul di lab. happy bukannya sebab aku tidak lagi di blood bank. eh hellooo saya masih pegawai tabung darah ar. terima kasih pada orang-orang yang rajin betul menelefon tu. hahaha...

memandangkan hari ni khamis. jadi jirah sebagai ketua geng bas sekolah sudah buat keputusan warna ungu sebagai warna rasmi di lab..jadi setiap khamis semua mesti pakai ungu. dan kebetulan tadi veron, kak tina dan jes pakai baju batik rasmi lab. erk aku jangan cakaplah. jahit pon belum.

mula-mula memang plan mau ambik gambar tapi sampai masa hand over kerja pon masih busy. mujur jirah teringat time mau bali. so, sempatlah ambik gambar ramai-ramai di lab. hehe..
terharu betul tengok gambar ni. kawan-kawan susah dan senang insyaALLAH sebab mostly spend masa kerja di lab. memang dengan dorang ni lah berkongsi rasa. dan juga kawan-kawan yang teda dalam gambar macam shalfa, ayu dan cla =)

gambar ni dari kiri : jirah bini orang, laksmi bini orang, veron erkk aku tak tahu hihi, kak tini bakal ibu, jes gelpren orang, nina yang bujang dan cip mama orang. erkk atau aku patut taip nina tunang orang? erkkk...ok fine. huahuahua...

hopefully lepas ni merasa lah tulis "nina tunang orang" di gambar. eh tapi bertunang dengan siapa? adoii. baik aku tidur sekarang. penat ni baru balik kerja.

assalammualaikum =)

Rabu, 4 Januari 2012

Wordless wednesday :)

With apit kesayangan angah :)

Ahad, 1 Januari 2012

kelawarrrr.....

assalammualaikum =)

lega tengok layout blog ni sudah berganti. aku tukar layout ni bukan sebab tahun baru ar. tapi sebab kak tini komplen blog aku crowded betul. ada pula masa kakak aku sorang tu jadi stalker adik dia. hai hai kak tini dan nana kesayangan angah =)

hari ni hari yang pack. balik kerja jam 7 pagi tapi standardlah jadi MLT jangan ingat kau akan pulang tepat-tepat time tu. lepas tu around dalam jam 7.30 sudah sampai rumah. ingatkan bolehlah tidur tapi charger laptop belum jumpa. charger tu dah hampir seminggu misplaced. malas mau cari sebenarnya tapi sebab adik mau bawa laptop tu pergi cyberjaya terpaksalah. hukk..

aku cuma jumpa charger laptop tu jam 9 sedangkan jam 10 bapa cakap mahu gerak pergi airport suda. sudahlah belum tidur lagi. dalam aku tengah pikir tu rupa-rupanya aku terlelap dan hanya sedar bila semua orang sudah bersiap. apakahh....


mujur aku tidak ambil masa untuk bersiap. cepat-cepat bersiap dan iron pashmina. haha..


memandangkan bukan aku yang drive, haruslah sesi bergambar dilakukan. lamanya tidak duduk di tempat penumpang. selalu di tempat pemandu jak. seronok betul naik kereta tidak payah pakai seat belt. erkk tapi saman untuk penumpang tempat duduk belakang tu bukan mula hari ni kah? okeh abaikan. aku pun tidak pasti T_________T

sampai jak di Kota Kinabalu International Airport, ramai betul budak tajaan biasiswa macam adik tengah tunggu turn mau drop bag di kaunter. dorang ni fly awal pergi semenanjung sebab kena balik rumah biasiswa tu dulu sebelum pergi mendaftar. aku macam biasalah. tukang angkat beg. paling tidak boleh blah bila tengah angkat beg adik yang besar gedabak tu boleh-boleh abang di kaunter tu cakap,

"kau perlu makan banyak ni tau supaya kau kuat angkat beg"

uwarghh..sampai hati dia cakap begitu. haha.. lepas jak check in beg-beg adik, marilah kita bergambar-gambar macam airport ni aku yang punya. muahaha...


okeh, terkeluar gambar budak yang sibuk bertwitter di handphone dia. "kau ingat kau artis nina sibuk reply twitter?" miahaha..

lepas gambar sorang-sorang, aku cepat-cepat pergi tempat bapa. lepas tu siap panggil adik sama mama lagi bergambar. haha. mujur aku biasa berlakon jadi pelancong di tempat sendiri. cepat-cepat feeling pelancong.


jadi gambar ni ditabalkan gambar terbaik untuk tahun ni. haha. tapi aku nampak besar dalam gambar ni *ayat tipikal takut menghadapi kenyataan diri sendiri semakin berisi* .. dan ya aku kelihatan terlebih gembira dalam gambar ni.

lepas gambar, bapa terus bawa cari tempat makan dalam airport sebab lama lagi flight adik. dan pilihan bapa adalah mcD sebab tu jak paling dekat dengan balai berlepas. sempat jugaklah duduk di mcD hampir 3 jam gara-gara flight adik terlewat dua jam. mujur bukan aku driver. kalau tidak memang aku tidurlah di mcD ni. muahaha...

lepas hantar adik balik rumah sambung tengok konsert reunion akhir AF. tapi tidak berapa menarik hati memandangkan kaer azami tidak ada. haha..


gambar penutup untuk entri hari ni. bapa with anak kesayangan. hai hai kakak dan adik ;p oh ya, bapa terpaksa melayan karenah anak dia ni sambil membebel. "buang duit begitu untuk beli handphone jak?" .. walaupun nada bapa macam marah, tapi sebenarnya bapa bukan marah pon. bapa sangat memahami anak dia. selagi guna duit sendiri, takda hal la. haha..

*adik baru jak call dari KL cakap mau balik rumah cuti sekolah nanti.. baik aku pengsan sekarang. huahuahua..