Isnin, 29 Jun 2009

balik kolej :(

diam tak diam rupanya cuti semester aku sudah sampai ke penghujung. macam biasalah, arini mesti jadi ari yang aku paling tidak suka dalam hidup aku ni iaitu ari yang aku kena pulang ke kolej..uwargh.. :( flight aku malam ni so nampak gaya aku layan sedih la sorang-sorang malam ni. sobsobsob..kejap lagi aku mau pegi airport suda.hehehe..thanx gak buat bapa yang telah memberikan aku duit poket..bapa memang the best la. walaupun anaknya ini mendapat biasiswa tetapi bapa tetap bagi aku duit poket. yihaa, so kena strive hard this semester. mesti usaha..
yang paling aku rindu ni urm part shopping. mana tidaknya cuti kali ni ntah berapa kali aku keluar shopping. haiya..masuk semalam bermakna suda 2 hari aku berturut-turut aku pergi 1Borneo. Biasalah, alasan cari baju tuk dinner kolej. nasib baik dapat. tak sabar gak mahu pakai baju tu nanti..hoho. nampaknya aku kena berehat la bila blek kolej ni. cannot shopping2 anymore.

aku pon boleh suda drive kereta sikit2. harap2 aku dapat lesen kereta sebelum hujung tahun ni :)

pulang kolej bermakna blog ni kureng sket la. jadi, aku nda tahulah bila aku akan update lagi. tapi aku memang akan update untuk cerita kepulangan aku arini..
*harap2 cuaca malam ni baik.arghh..aku paling tak suka naik flight. tapi macam mana mahu balik kolej dan balik kk kalau tak guna flight? muahaha..memang takda pilihan.*

Jumaat, 26 Jun 2009

alhamdulillah...

yihaa..assalammualaikum..salam jumaat semua. lama sungguh aku tidak meng'update'kan blog aku ni. aku bukan apa. tiada cerita baru ditambah pula aku diserang penyakit malas jadi aku apa lagi merayau-rayau di blog orang jaklah..teda kerja mau buat kan.. sebenarnya sekarang aku berada dalam mood gembira jadi sebab itu la aku update blog ni. walaupun kegembiraan aku ni bukan berkaitan dengan apa yang berlaku hari ni tapi apa yang berlaku semalam. ok, ni apa yang berlaku semalam...

aku bangun jak pagi ni memang mood ok la sebab nampak kak c-la tengah online..ngehngeh..bolehlah tumpang guna lepas ni. jadi aku pon gunalah. tengah2 aku sembang2 ngan kak danya (baru nak borak2 kenal2), internet ni disconnected lak. memang aku bengang betul dengan broadband ni kekadang. selalu betul buat hal bukan main lagi. aku pa lagi. mood terus down time tu. turun bawah tengok tv dan tetiba bapa datang dari office. aku apalagi, terus tayang muka seposen dan mulalah minta duit dengan alasan beli kasut (ni sebenarnya alasan yg sama tiap kali aku nak blek kolej lepas cuti semeter)..hahaha..lalu bapa pon tanpa banyak bicara bagi anak dia ni duit. thanx bapa :) time tu aku rasa lambat betul waktu berjalan.

hari ni plan mau p kk ngan mama, kak c-la dan nurul. tapi nurul ada tuisyen plak. adeh..jadi td amek nurul dari tuisyen dulu. siap bawa baju extra lagi tuk dia tukar lam kereta. pastu bila sampai jak destinasi pertama mestilah amek duit kat atm. hehe..dalam kepala aku ni memang banyak suda benda mau beli time ni.

pastu sampai jak di shopping complex tu macam biasa lah benda pertama yang kami pi kedai kasut. kak c-la sibuk pilih kasut tu pakai konvo. wah, tanhiah kakak ku. alhamdulilllah..sampai jua waktu konvo mu itu. aku just duduk2 jak lam kedai ni. teda yang berkenan jadi biar kak c-la jak yg memilih. pastu, bila dia suda beli kami pon gerak. Then kami p kedai buku. aku tak bli apa-apa pun sebab teda novel baru. just tengok-tengok. nurul beli buku koleksi soalan dan kak c-la pula beli buku sherlock holmes. aku tumpang baca jaklah. pastu singgah kedai komputer jap. aku beli cooling pad ngan speaker tuk laptop. baru puas ati sket dengar lagu dan tengok wayang di laptop tu.

pastu aku berfikir juga macam mana mau bawa barang2 aku tu blek kolej. da la kena naik flight, barang aku lak banyak. tapi takpa. mesti ada penyelesaian tu. ni ayat penyedap ati sendiri. pastu, kami masuk kedai kasut lak. aku apalagi. mula-mula memang tidak mau beli pon. tapi bila nurul ngan mama beli, aku pon beli lah juga. suda beli, baru perasan mana sesuai kasut tu bawa masuk lab. then, kami pon pi another lagi kedai kasut. aku sempat juga singgah kedai handphone beli earphone baru tuk handphone aku ni since yang lama punya suda rosak. pastu aku pun beli la kasut tuk pakai pi kelas..then, dengan tangan yang penuh ni aku sempat gak p watson beli barang sket. pastu singgah multibake beli tuna bun kegemaran aku. nyumnyum.memang sedap. sebelum balek, sempat gak aku beli kismis minda.haha..dan akhirnya perjalanan balik ke rumah pun bermula. on da way blek sempat singgah kedai vcd dekat rumah aku tu beli cerita indon. cerita apa? nantilah aku bagitau. sampai rumah terus tertidur keletihan..

balik pada hari ni plak ~ aku busy gak la packing barang mau pulang kolej. hehe. nda sabar mau kasi tunjuk barang yang aku bawa ni ngan dedea. wakaka. aku lapar ni. mau p beli kuih jap. hehe..
assalammualaikum..

Khamis, 18 Jun 2009

selamat petang malaysia :)

assalammualaikum..

hai..aku cuma mau ucap selamat petang..haha..aku boring betul arini. tadi petang aku plan mau tengok drama tv2 jam 130 petang tu. ala, yang tajuk dia tak tercapai akalmu tu. ntah macam mana tadi jam 1.15 boleh-boleh plak black out.aduii..geram sungguh. sudahlah aku kepanasan.apa lah yang aku buat tengah panas ni?

nasib baik bapa telefon tadi suruh kak c-la pegi pejabat. bolehlah aku ikut ni. tapi, alamak, mau ambil nurul lagi plak pulang dari tuisyen. urm arini 2 orang jak kawan nurul
yang tumpang kereta. urm hantar dorang ni dulu. lepas hantar dorang, singgah rumah jap.takkan nurul ni mau pegi pejabat bapa pakai kasut sekolah? adehh....

sampai pejabat bapa, masuk lif. apasal lif ni goyang-goyang? adeiii menguji betul lif ni. adakah patut pakcik posmen ni bagitau kak c-la yang lif ni pandai tersekat-sekat. takkan mau naik tangga. sudahlah pejabat bapa tu tinggi. sampai juga pejabat bapa akhirnya..sampai jak, terus masuk. malas aku mau tulis nama di receptionist. aku bukan pelawat cuma penyibuk jak. lagipun dorang kenal juga. jumpa bapa jap. tengok-tengok pemandangan dan aku pun minta duit beli makanan buka puasa...huahua.
singgap di centre point jap. aku ingat mau beli bun di multibake jap tapi aku nda boleh tahan godaan mcD. jadi apalagi, spicy chicken McDeluxe one set.wahhh...sungguh enak. lepas beli terus pulang rumah dan sekarang aku menghitung bilalah mau buka puasa ni.hehe.. ops..lupa. paling best ada jus tembikai.yihaa..nyum nyum..

Rabu, 17 Jun 2009

anak tupai :)

Lagu: Anak Tupai

Ada sekor anak tupa, atah jula mokte,
kudung ekor perot lapar, jale cari make,

Kejadian tuhan dipanggil nama tupa, asalnyo dale hute, sejenis mamalia
Kejadian tuhan dipanggil nama tupa, asalnyo dale hute, sejenis mamalia
kalu pasal jakit kot dahe, diolah yang paling panda,
jatuh jare-jare kerano dio tok soba,

pandai-pandai tupai melompat jatuh tanoh jugok,
nok wi gambar ko ore jahat, jange telajok manggok,
jange telajok manggok,

ore jame ghitu pakat hambat tupa, bimbe ko buoh kayu,
takut tok de besa, ore jame ghitu pakat hambat tupa,
bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,
nyor, durie, duku, kalu de nyo kerik tupa, pendek tahun tu nyor, durie tok leh nok jual

Ore sekapong tupa seko, berambak hari-hari,
nyo pakat likong, nyo pakat pekong, tupa tok leh lari

Sekak bedil ado, tupa habih mati,
hok ni la sayo raso kito sangat rugi, kito manusia tinggi mano pun kita ngaji,
nok buat tupa seko, tentu sekali doh tok jadi

Lo ni kapong atau bandar, jare boleh tengok,
bapok tupa, ibu tupa jale bawok anok jale bawok anok,
raso kesian sunggoh tengok seko anok tupa, kerano telajok kuruh sampai tok leh nok niti pagar,
bulu-bulu pun habih luruh, air mata bera-bera,
mari dale baroh, bekali kena racun tebaka

assalammuaikum....

hehehe..akhirnya dapat juga aku mengupdatekan blog aku ni setelah dua hari aku tidak dapat menggunakan internet. aku sengaja letak lagu anak tupai tu untuk entri kali ni. entah di mana kak c-la dapat lagu ni tiba-tiba jak lagu anak tupai ni popular di rumah aku. aku memang ketawa berabis bila kak c-la start nyanyi lagu ni. tiba-tiba aku dengan mama jadi penyanyi latar dan kak c-la jadi tukang karut. hahaha..jadi kumpulan dikir barat la pula.

aku tiada aktiviti yang mahu kena buat dalam minggu ni. boring jugalah. tapi tadi aku nampak sesuatu yang memang menarik betul tahap gaban. pameran buku alaf21.hehe.gembiranya...dedea...sila jadi penyelamat aku pi situ ar.mekasihhh...

aku berdebar betul sebelum ni. risau keputusan exam aku. tapi alhamdulillah aku lulus. memang bersyukur jugalah. urm oklah, aku malas mau taip. mau nyanyi anak tupai la lagi. haha..assalammualaikum.....


Khamis, 11 Jun 2009

negeri di bawah bayu????

puncak gunung kinabalu daripada kaki gunung di kinabalu park

bunga-bungaan segar di kundasang.

assalammualaikum...hah, kali ni entri aku ni pelik sket. wakaka. Sebenarnya tadi aku ngan family bawa kawan kak c-la tu pegi kolam air panas Poring. Tapi, sepanjang perjalanan tu kami singgah banyak tempat sampai perjalanan tu mengambil masa yang lama dari selalunya. hah, ni catatan perjalanan hari ni dan dan kelmarin.

Jam 6 pagi lagi aku da bangun. ready la kononnya. haha..walaupun bapa sudah bagitau kami akan berjalan jam 8 pagi, tapi aku tetap semangat bangun awal. Mama dari jam 4 pagi lagi sudah bangun untuk menyediakan nasi lemak buat bekal piknik. wahhh..lama betul sudah tidak piknik di poring. Paling last 5 tahun yang lalu kot. Selalunya makan di restoran jak.

Jam 8 kami mula gerak dari rumah. time ni memang kecoh sebab masing-masing masih excited mau bersembang. aku yang pening lalat ni mula pasang earphone dan dengar mp3. Bukan apa, bila start jalan tu, siaran radio mulalah tenggelam timbul. Jadi, better aku dengar mp3. Jalan yang bengkak bengkok ni memang buat aku mahu muntah.
Destinasi kami yang pertama untuk berhenti adalah pekan Nabalu. Wah, bukan main lagi bergambar padahal brapa kali suda bergambar di tempat yang sama. Tiada benda yang dibeli di sini. cuma ambil gambar berlatarbelakangkan gunung Kinabalu jak.

Lepas tu, perjalanan disambung dan kami akhirnya sampai ke Taman Kinabalu. hehe..aku lagi teruja disini. Suka betul aku mahu bergambar disini. kaki gunung kan. tidak dapat puncak di kaki pun jadilah. Cuaca dia yang sejuk tu buat aku rasa macam di luar negara la kononnya. Memang sibuk betul bergambar time ni dan jurugambar hari ini adalah kak c-la.hahaha. banyak juga ambil gambar kali ni. ngan mama dan kak c-la. nurul pun ada juga la tapi sket. Aku ada juga dapat gambar gunung. sebenarnya gambar ni kak c-la yang ambil. urm gambar yang ada di atas entri ni tadi.

bila puas bergambar kami jalan lagi. kali ni pegi gerai di pekan kundasang. banyak betuk bunga-bunga segar di sini. tapi, memandangkan aku ni bukan minah yang jiwa-jiwa aku nda beli lah bunga tu.

Setelah sekian lama perjalanan, akhirnya kami sampai juga di kolam air panas poring. sempat juga lalu di rest house family nad tadi. aku tengok jam dan wahhh 4 jam masa yang diambil daripada kota kinabalu. haha memang sungguh lama. aku nda mandi pon di sini. cuma duduk baca novel jak. nurul jak yang semangat mau mandi. Lepas mandi, kami pon ready mau naik titian kanopi. mula-mula memang excited tapi rupanya kami kena naik kaki gunung tu setinggi 550m untuk sampai ke titian kanopi. wakaka..aku memang pancit betul time ni maklumlah stamina pun tiada. tapi, tetap juga semangat. mama pon aku tengok teruja juga naik. alhamdulillah, akhirnya semua kami selamat sampai ke kanopi tu. time lalu kanopi tu aku memang nervous. sudahlah panjang, tinggi pulak dari tanah. aku memang takut. sempat jugalah bergambar. dan akhirnya kami pon turun dengan selamat. time turun ni semua buat muka penat sudah..bila sampai bawah, kami pun bergerak pulang ke rumah.

Dan akhirnya aku sampai di rumah lewat petang. memang penat betul. tapi, sepanjang perjalanan balik aku memang makan jak dalam kereta. fuhhh..sihatlah badan kalau selalu macam ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

09 jun 09 (selasa)

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan encik Sulaiman, Allah selamatkan kamu..

iya, hari ni merupakan hari lahir bapa yang ke 50. semoga bapa terus berjaya dan dimurahkan rezeki.

Sebenarnya bukan itu yang aku mau cerita. tapi, pasal perjalanan aku arini. semuanya berpunca apabila:

bapa : kamu nda bawa dia (kawan kak c-la la maksudnya) jalan arini?

kak c-la : pi mana?

bapa : pi mana-mana lah. nexus ka pasar pilipin ka (ni sebenarnya pasar kraftangan ar..hikhik)

kak c-la : bha, petang nanti la jam 3 ka gitu.

maka, bermulalah perjalanan hari ni. destinasi kami yang pertama adalah pasar kraftangan. aku nda lah teruja betul mahu ikut sebenarnya tapi bila aku teringat puding kelapa aku memang nda boleh tahan. jadi, bila orang semua pilih kraftangan aku pegi beli puding kelapa. nda lama pon di sini. pastu p bukit bendera gambar-gambar dan pulang. singgah sekejap di masjid bandaraya. gambar dan pulang. perjalanan seterusnya p nexus. tapi sempat lagi singgah ums. gambar dan gambar. di nexus nda banyak amek gambar sebab bateri kamera exhausted..wahhhhhhhh...rugi. nda pa nanti aku datang lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

itu jak lah entri aku untuk kali ni. buat semua yang lawat rumah aku ni terima kasih ek. luv u..jangan lupa sign guestbook kat bawah tu ek..

wasalammualaikum...

puding kelapa kegemaran aku

Selasa, 9 Jun 2009

novel minggu ni..



Fuh...alhamdulillah. setelah aku bersusah-payah (kononnyalah) akhirnya dapat juga aku menghabiskan dua novel ni dalam masa sehari. Novel sejujur hatimu- umi azrini da kira novel yang lama gak lah kat pasaran manalah Hanya dia tahu-Aleya Aneesa tu pula baru lagi beberapa bulan. dan yang paling nest, novel Aleya Aneesa tu aku dapat percuma (baca: naddd ko jangan jealous ar..hahaha)


Sejujur Hatimu - Umi Azrini

Novel ni mengisahkan tentang bagaimana Reen dan Fahrin yang bersepupu sering bertelagah. Cabaran yang diterima daripada Maya dan Kamal membuatkan Fahrin nekad untuk memiliki Reen sedangkan pada masa yang sama Reen merupakan kekasih Iqbal. Taktik yang digunakan Fahrin ternyata berjaya apabila dia dijodohkan dengan Reen. Kematangan Iqbal membuatkannya rela melepaskan Reen kepada Fahrin. Namun, perkahwinan yang pada mulanya hanya dilakukan untuk menyahut cabaran berubah apabila Fahrin mula jaduh cinta pada Reen. Berjayakah Fahrin memiliki cinta Reen apabila rahsianya terbongkar?


Mula-mula aku baca novel ni memang aku nervous suda. macam-macam andaian ada di kepala aku. Tapi, dari start aku baca lagi memang aku harap dia dengan Fahrin.hehe.. Tapi, nda boleh dinafikan memang aku simpati betul dengan Iqbal. Memang kagum betul aku bila dia boleh berhadapan dengan Reen yang sudah berkahwin tu macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Lebih-lebih lagi dorang sudah bercinta selama 6 tahun. Fuhh..Tapi, aku nda boleh menafikan jauh di sudut hati aku ni aku memang sukakan Fahrin. sikap yang Fahrin ada dalam novel ni membuatkan aku rasa dia tu watak lelaki ideal. Jadi, memang nda rugilah meluangkan masa untuk baca novel ni.


Hanya Dia Tahu - Aleya Aneesa

Persahabatan yang erat antara Ariana dan Nasuhah membuatkan kedua-keduanya seperti adik-beradik yang tidak berahsia. Siapa sangka keakraban mereka membuatkan Ariana memasang tekad untuk menjodohkan abangnya Zaen dan Nasuhah. Rancangan yang diharapkan berjaya musnah sekelip mata apabila Zaen bertindak menghubungi Nasuhah dan memarahinya. Namun, ketenangan yang ditunjukkan oleh Nasuhah menyebabkan Zaen merasa serba-salah. Pertemuan di suatu majlis menyebabkan Zaen mula mengejar Nasuhah. Pelbagai cara dilakukan untuk memikat Nasuhah. Entah di mana silapnya semua yang dilakukan bersama Nasuhah menjadi serba tak kena. Zaen yang dahulunya tidak mengendahkan wanita mula memberikan perhatian pada Nasuhah.

Namun, kedinginan Nasuhah ada kalanya membuatkan Zaen hampir hilang sabar. Rancangan jahat yang disangkakan dapat mendekatkannya dengan Nasuhah rupanya sebaliknya yang berlaku. Lebih mengharukan apabila Nasuhah bertindak menerima lamaran lelaki lain untuk melarikan diri daripada Zaen. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Lelaki yang disangkanya bakal menjadi teman hidup rupanya memutuskan ikatan yang selama ini kukuh terbina. Ariana yang kecewa membawa diri ke luar negara. Tegakah Nasuhah membina kebahagiaan diatas kesedihan kawan baiknya sendiri sedangkan tidak ada cinta di hatinya untuk lelaki itu? Apakah terjadi jika kebenaran hanya Nasuhah ketahui pada hari pernikahnya?

Diburu oleh dua lelaki seringkali menjadikan Nasuhah rimas. Namun, adakala kehadiran Zaen memang diharapkannya. Kad undangan perkahwinan yang berada di tangan Zaen membuatkan Nasuhah hampir pitam. Dalam langkahnya pergi, dia mengharapkan Zaen ada untuk mengejar dan memujuknya. Kad undangan siapa sebenarnya yang ada di tangan Zaen itu? apakah kesudahan hubungan Ariana dan Nasuhah? Bahagiakah Ariana apabila berada jauh di luar negara? Kesudahannya hanya boleh diperolehi di dalam novel ini sendiri.


Novel ni memang aku nda sabar-sabar lagi mau baca. Memang teruja betul. Bila aku baca watak Zaen aku memang terbayang watak lelaki yang memang caring. Paling best sebab dia ni bukan setakat kekasih yang baik jak, tapi abang yang baik juga. Tapi, ada partnya aku memang tergelak juga dengan aksi Zaen ni. Betul lah apa yang kena kata tu, jangan terlampau benci nanti suka. Tapi, bila difikirkan, kebetulan yang berlaku tu memang macam Zaen ada jodoh dengan Nasuhah. Tapi kalau Nasuhah nda mahu nda lah juga boleh kan. Isk..tapi, memang kena puji juga lah usaha Zaen yang tidak kenal putus asa tu walaupun sikap dia tu juga yang menyebabkan dia hampir kehilangan Nasuhah.

Sabtu, 6 Jun 2009

welcome to kk.







penat sungguh aku arini. mana tidaknya seharian aku berjalan semalam bermula jam 11 pagi hinggalah jam 630 petang. hah, ni cerita yang berlaku semalam :

bangun pagi memang teruja betul sebab kakak yang first akan datang hari ni dengan family dia. urm tak sabar mau jumpa baby dia yang baru berusia 2 bulan tu. dan sebagaimana yang dijangkakan, bila dayana (baby kakak aku tu la) sampai di rumah jak, semua orang mula berebut nak timang dia. memang haru jugak la. tapi, tinggalkan dayana kejap sebab plan hari ni mau bersiar-siar ngan kawan kak c-la.

dalam jam 11 kami mula bertolak dari rumah. first thing to do, isi minyak dulu kat stesen minyak. pesanan bapa untuk mengepam angin kat tayar belakang terpaksa aku abaikan. sorry dad. sama ada bapa terlupa atau tidak tahu, aku manalah pandai pam tayar kereta. lesen memandu pun belum ada. adeh..hari ni position aku adalah juruarah jak. since belum ada lesen lagi, so aku just tunjukkan jalan jak.

first destinasi adalah muzium sabah. fuh, ni kali yang keberapa ntah aku pi muzium ni. nda tahu lah kenapa tapi bila part pi muzium jak memang minat aku kureng sket. sempat juga kami pergi kampung warisan di muzium tu. tapi, tak boleh komen lebih2 la..hoho..

panas betul cuaca tapi aku tengok nurul (adik bongsu aku) ngan adik(anak adik ipar kakak sulung aku) memang excited habis. hairan juga tengok adik tu. walaupun baru sampai ke rumah setelah menempuh perjalanan selama 5 jam tapi dia tetap bertenaga.hehe..lepas pusing-pusing di muzium seterusnya cari port makan. memang aku teruja betul bila kak c-la kata makan di restoran sri sempelang..urm di kepala aku time tu memang da terbayang keenakan dan kesegaran jus tembikai. yummyyy...

lepas makan, opss..solat time. apalagi, terus masuk center point tuk tumpang solat kat surau. hehe..sempat juga cari novel baru di eatons dan popular tapi lom ada lagi. tetiba rindu lak ngan MPH. hoho.aku pasti datang.

lepas solat, destinasi seterusnya adalah pantai tanjung aru. memang yang ni aku paling suka. aku da terbayangkan lekor ngan jeruk buah-buahan (memang makan jak yang aku ingat). sambil santai-santai di pantai ngan kak Jihan (kawan kak c-la tu la) dan kak c-la, tiba2 aku perasan yang ada sorang budak ni sebijik macam muka cousin aku. nasib baik lah kak c-la tiba-tiba pusing belakang dan terus tegur. rupa-rupanya memang cousin aku pun.astagfirullah...ni la bahana duduk belajar jauh2. jarang pulang cousin pon tidak kenal sudah.hihi..sebenarnya, bukan tidak kenal, tapi takut salah orang. tak ke haru jadinya. sempat juga jumpa cousin aku yang lain.

lepas pegi beach destinasi seterusnya adalah 1Borneo..yihaa..I come. ni la tempat yang aku paling gemar sebenarnya. sampai jak di 1B sempat lagi posing di helikopter komersial yang ada di situ. tapi, sesak betul 1B arini. maklumlah ada artis cina mau datang malam ni. aku lupa la plak nama dia yang aku nampak di banner tu. dalam sibuk-sibuk tu sempat juga aku beli novel sejujur hatimu-umi azrini tu. memandangkan aku da beli horizon cinta aritu jadi aku rasa rugi kalau nda baca novel dia yang first. nasib baik jumpa. sempat juga singgah di big apple makan 2 ketul donat coklat yang memang marvellous..

now, time untuk balik. memang penat betul. sampai rumah jak apalagi, bantai baca novel tu sampai abes dan tidur..hehe..

ok, balik pada cerita tuk arini plak. tadi, aku pi merayau-rayau kat blog orang lain. aku tak sabar mau beli novel jawapan yang pasti-eka fahara dan cinta dua jiwa-Rania Firdaus. adeh, aku da cari da tapi tak jumpa lak. memang sedih betul gak la. yang novel eka fahara tu memang la belum keluar tapi novel rania tu yang aku tak jumpa.hoho..

Jumaat, 5 Jun 2009

terima kasih daun keladi..

assalammualaikum..
alhamdulillah akhirnya aku selamat juga pergi dan balik semula. Di kesempatan ni aku mahu ucap terima kasih buat maz yang telah bersusah-payah mengambil dan menghantar kami ke lapangan terbang Kuching. Ucapan terima kasih juga buat dedea, hafiz, shah, kingsz dan ben yang menghantar ucapan gud luck. thanx dudes ^_^

3 hari tanpa internet adui cukup memenatkan aku rasa. sampai tidak tahu apa aku buat. boring sungguh. aku sempat juga tengok princess hour untuk kali yang keberapa ntah.

oh ya, aku bengang betul dengan mamat yang duduk sebelah dalam flight semalam..adei, suda tahu mahu naik kapal tu agak-agak lah bha juga. ni merokok lagi. kalau bau rokok tu nda kuat nda apalah juga. sudahlah asyik toleh belakang sembang. kalau mau menoleh tu lain kali, agak2 la. jangan sampai melebih-lebih masuk kawasan kerusi orang. penat betul aku mau menjauh. itu satu hal. yang kawan dia di duduk belakang aku ni pun satu hal jugak. Ya ALLAH..betul-betul menguji keimanan aku. boleh plak dia kasi lunjur kaki dia sampai pi tempat aku yang duduk depan dia tu. Kalau kaki dia panjang macam kingsz tu aku boleh consider juga ni tidak. sudahlah lutut dia balik2 kena belakang tempat duduk aku. Ya ALLAH, memang penerbangan yang paling menduga keimanan aku wo. memang kalau lama lagi aku rasa mesti aku marah suda.

oh ya, balik kolej nanti mesti korang terkejut. sebab depan bilik aku yang tingkat bawah tu ada waterfall suda. mesti korang kagum. wakaka. tapi, sama-samalah kita berdoa agar paip itu tidak pecah. aku mau gambil gambar waterfall tu semalam tu tapi malam suda.. memang cantik la siap ada kabus2 lagi tapi gelap kan nda dapatlah.
ok la, itu jak aku mau cerita. nanti sambung lagi ek. assalammualaikum....

Selasa, 2 Jun 2009

kecewa ?!

Aku nda sangka akan terserempak ngan dia arini. eh..eh..rupanya dia satu negeri ngan aku.gembiranya..(baca : walaupun sebenarnya teda sebab bagi aku untuk gembira semata-mata kerana terserempak dengan dia tadi). dia terjumpa time aku pakai cermin mata la plak. terus kepala aku jadi serabut arini. nda sangka aku akan jumpa dia. hey, dia tegur aku. hahaha..gembira sungguh aku. sebelum ni bukan main lagi jangankan tegur, senyum pun tidak. nasib baik dia senior aku cuma junior. oh ya, lupa mau kasitau. senior aku ni not available so sila jangan salah sangka.hehe.. everytime aku tulis perkataan sila ni mesti aku terasa macam tulis nama kakak aku jak.
p/s : kakak, komersial betul nama ko ni samapi serba salah aku mau tulis sebab macam kalo aku tulis macam khas tuk ko jak aku rasa. kena cari perkataan lain la aku ni tau ^_^

oh ya, aku mau ucap thank you la ngan uncle kedai cermin mata vision yang di centre point tu kerana telah menolong aku repair cermin mata aku yang telah patah tu..hihi..thanx uncle, memang uncle la the best kerana repair dengan percuma (baca:spek aku tu bukan patah teruk pun. cuma penahan kat hidung tu yang patah sebab jatuh dari bench).

aku baca adam punya blog tadi. bila aku baca perjalanan kehidupan dia tu, menarik pula aku rasa. macam best jak ni aku tengok (baca : macam baca novel juga aku rasa tadi..best ). muda lagi dia tapi da ada pekerjaan yang kira stabil juga la tu kot (baca: part yang ni kena tanya adam sendiri.) adam yang aku maksudkan ni adamluba ek..mekasih..

aku baca novel tadi. ya Allah, punyalah bosan novel tu. aku rasa kalau ada award novel paling bosan memang aku da bagi award tu tempat novel yang aku baca tadi tu. memang otak aku tidak boleh terima sama skalik la cerita tu. rasanya macam aish mau jak aku tulis sini tapi aku percaya lain orang lain citarasa dia kan? jadi aku tunggu jaklah kalo ada orang buat ulasan pasal novel tu baru aku tumpang dua kaki.
cakap pasal novel ni aku masih sedih sebab nda jumpa novel first durrah fatiha tu. adeii macam mau putus asa jak aku ni suda cari novel tu. aku memang excited betul mau baca novel ni. oh ya, buat korang-korang yang baik hati melawat aku ni, kalau korang ada terjumpa novel air mata kasih yang norhayati berahim punya tu bagitau la ek. mekasihh.. ^_^ aku memang nda boleh lupa novel air mata kasih tu. tapi ntah macam mana novel aku tu boleh hilang pula. teda rezeki kot. sekarang ni susah betul mau predict novel tu best ka tidak sebab ramai penulis baru sekarang. tapi yang pasti kalau penulis favourite aku memang aku nda baca sinopsis dia lagi. terus jak beli.hehe..memang keyakinan tinggi betul. aku cari juga novel chinta norhayati berahim tu tapi nda jumpa plak. aiseh..bila aku nda cari, ada tapi bila alu cari teda plak. ni la akibat kalau tidak menghargai apa yang ada di depan mata.hehe..moral of the story, ingat lah orang yang tersayang.hahaha..isk, sedih betul setiap kali ingat novel air mata kasih aku yang hilang tu tau. tapi takpa, sabar2.cobaannn..

aiseh..banyak suda aku plak aku merepek ni. well, aku ada misi penting ni. so, buat kawan-kawanku, doakan kejayaan aku ar. nda dapat la aku update blog ni for few days..tapi nda apa, aku akan kembali. nantikan kepulanganku.ekeke~ perjuangan baru bermula. ceh patriotik lak aku tiba2. alamak..memang nda tidur la aku ni tau. tinggal berapa jam lagi aku mau naik flight. sampai ketemu lagi..assalammualaikum...