Sabtu, 30 Mei 2009

aku gembira...

Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan waktu Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih

assalammualaikum..
urm..untuk entri kali ni aku sengaja mulakan dengan lagu kumpulan UNIC tu. kenapa ek? aku pun tak tahu. Dalam hidup ni, kadang-kadang kita selalu tersilap tafsir apa yang ada di depan kita. Ada masa, kita menyangka mungkin seseorang itulah jodoh kita tanpa kita sedari ALLAH telah menciptakan kita ini berpasangan. Maka, berusaha dan berdoalah kerana kebahagiaan ada di mana-mana. Mungkin kita menyukai seseorang itu dan berlakunya dua kemungkinan di sini. Pertama, sama ada dia menyukai kita juga atau tidak menyukai kita. Andai dia juga menyukai, bersyukurlah..mungkin itulah jodoh yang dicari selama ini. Tapi jika tidak, berdoalah semoga bertemu dengan seseorang yang lebih baik, insyaALLAH.

Dicintai dan menyintai..yang mana satu menjadi pilihan? kalau aku diberi peluang, aku memilih untuk kedua-duanya. tapi, biarlah semua itu berdasarkan keikhlasan dan bertunjangkan syariat, mudah-mudahan.

sebenarnya, aku baru jak menonton filem syurga cinta beberapa hari yang lepas. Tidak dapat dinafikan banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada filem itu. Macam yang dikatakan dalam filem itu, semoga kita mendapat jodoh dari ALLAH..insyaALLAH..part yang aku paling suka dalam filem tu bila time awal mau propose heliza. memang menyentuntuh rasa betul time tu lebih-lebih lagi bila awal main piano..mak oiii..cair beb.

Rabu, 27 Mei 2009

hari yang indah..

assalammualaikum..
ni entri yang pertama tapi aku macam nda larat jak. penat betul. seharian berada di airport membuatkan minda aku betul-betul letih. Masuk dalam pesawat jak otak aku suda macam tidak boleh berfikir lagi. Bila pesawat tu bergegar aku rasa macam mau putus jantung aku. mujurlah ada shah di sebelah (walaupun shah pun nampak berdebar dengan keadaan penerbangan time tu) sampai satu tahap aku memang rasa pening dan loya..nasib penerbangan itu tidak terlalu panjang..
tiada perkataan yang boleh menggambarkan gembiranya aku bila memasuki pesawat pulang ke rumah. jarak antara cuti dengan tarikh kepulangan aku buat aku rasa tertekan betul duduk dengan persekitaran yang lenggang. nasib baik aku juga pulang ke rumah. aku pun tidak faham kenapa jantung aku berdebar betul hingga buat aku benar-benar takut.
aku mau keluar jap lagi. mau pi tengok syurga cinta ngan azie. lagipun lama suda azie bawa tengok jadi apa salahnya pegi. urm..ada janji ngan dorang shah gak arini. mau keluar ngan kawan-kawan yang lain. ntah la aku rasa macam jetlag plak sekarang ni.hihi..semalaman aku tidak tidur untuk menghabiskan novel sungguh aku cinta.urm..menarik betul.mungkinkah ada 'fajar' yang ditakdirkan untuk aku sebagaimana maira menemui fajarnya? allahuallam...sedar tidak sedar rupanya da pagi dan akibatnya aku tidak tidur.
urm..mau ready la mau keluar.hehe.~