Ahad, 23 Oktober 2011

convocation day :)

salamm~



mulakan entri kali ni dengan gambar. rasanya tengok gambar pun sudah tahu kan. gambar dengan aku punya bestfriend forever incik AJ Joshua sebelum perarakan masuk dewan.

sebagaimana yang aku cakap di facebook sebelum ni, dari 15 sampai 20 oktober aku berada di kuching untuk majlis konvo aku ;) sangatlah terharu bila memikirkan yang aku secara rasminya sudah tamat diploma. walaupun aku berharap untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi tapi itu semua di ketentuan ALLAH..harap-harap ini bukan konvokesyen terakhir aku. teehee...

konvokesyen aku sebenarnya 18 oktober. tapi aku sengaja datang awal ke kuching untuk berjalan-jalan. tapi memandangkan aku tidak banyak bergambar di kuching, marilah layan gambar time konvo jak.

dengan chung lee phin. salah seorang kawan yang paling rapat semasa di kolej. ni lah antara geng keras untuk outing di waktu petang. haha..tapi sayangnya chung sekrang bekerja di negeri sembilan..i miss u, chung ;'( walau i jarang mesej u, tapi i sentiasa sayang u tau. haha..


ni antara gambar favourite time konvo..dari kiri: aku pastinya *hahaha*, AJ kesayangan, candy ( hospital sibu) , Philip (dia dapat best student akademik dan kokurikulum course aku), dan chua ( kerja somewhere di melaka..aku lupa lak di mana).


hahhh, gambar ni pon aku suka jugak sebab nampak meriah. dari kiri: jumadi (hospital miri), layne (hospital kinabatangan kot, aku lupa) , wong ching-ching ( dia ni pon best student sebab dapat 4 flat..perghh walau time final sebab tengok wayang korea..), aku dan ling sze chee ( dia ni di pon kerja somewhere di sarikei, sarawak. aku macam biasalah tak hafal mana pon nama tempat kerja dorang ni..)
"erkk ching2, bila kita mau tengok filem nur kasih lagi?"

gambar terakhir selepas menerima diploma. seriously sangat nervous time mau naik pentas amek diploma tu. harap-harap gambar dari jurugambar rasmi tu cantik la. haha..

sangat rindukan kawan rapat noor fardziatun ujal. entah apalah khabar dia di hospital sibu

Khamis, 13 Oktober 2011

senyum :)

senyum..tak perlu kata apa-apa...haha..bagusnya kalau saling merindu :)

Khamis, 6 Oktober 2011

061011

salam ~

hari ni hari lahir kak c-la yang ke err 26 tahun. haha..jadi, memandangkan hari ni aku kerja pagi, jadi mama pon plan la kononnya mau buat suprise untuk kakak. jadi lepas balik kerja, aku pon cepat-cepat pergi strawberry cake house yang jarak dia cuma sepelaung tu. tapi malangnya pilihan kek tidak banyak. jadi pilih punya pilih, inilah hasilnya,


kek perisa yam cheese. hehe..yang penting buah strawberi dia sangat manis okehh :)

yang lucunya, kejutan tidak menjadi bila time kakak balik dari sekolah, kakak terus buka peti sejuk...jadinya, nasi sudah menjadi bubur. huahua..lepas sembahyang maghrib, kami pun dengan tangkas dan pantas pergi pizza hut sebab kakak kata dia suda beberapa hari teringin makan spagetti. iyalah tu ;paku ikut jaklah. yang penting orang belanja ;)



macam biasa, ni air pepsi aku dengan mushroom soup. sup ni sebenarnya bukan aku minum sangat pun T_T Fungsi utama dia pada aku hanyalah untuk mencelup bread. pepsi ni standardlah tiap kali datang pizza hut mesti minum pepsi..kesian dinding usus aku. sabar ar...


garlic bread idaman ramai..yeahh..tapi aku makan dua potong jak. maybe sebab sebelum jalan aku suda makan sepotong kek jadi aku tidak terasa lapar lapulak. rugi tidak makan ni banyak-banyakk..dan menu paling last mestilah menu idaman hati pengarang jantung family,


pizza hawaian tunaaaaaa...terbaik dari ladang lah. banyak-banyak pizza di sini, aku cuma suka yang ni jak. erk maybe sebab aku memang peminat tuna. jadi apa saja berkaitan tuna terus jadi kesukaan. LOL.



aku makan sikit jak. dua potong. yang lain tu mama dengan kakak la makan walaupun kakak sudah menikmati sepinggan spaghetti time tu dan mama pula menikmati rice with chicken curry..tapi yang aku tidak faham nampaknya tiada satu pon gambar pasal birthday girl diambil sejak tadi. haha..apa boleh buat..terima kasih untuk kak c-la yang belanja makan hari ni. esok lusa tulat belanja la lagi..

p/s: masih dalam misi mencari tudung syria warna turqouise. hoho..

Ahad, 2 Oktober 2011

oncall pertama..

salam~

ceh, tajuk entri meang tidak boleh blah. kakaka..sebenarnya, aku secara rasmi suda selesai 3 bulan tempoh percubaan di makmal. jadi, sejak seminggu yang lepas aku sudah menjadi staf secar rasmi :)

dan tadi, adalah oncall pertama aku. maksudnya hari ni hari pertama aku bekerja diluar waktu kerja aku. seriously aku sangat penat sekarang. mana tidaknya, dari masuk kerja jam 3 petang sampailah aku balik jam 10 malam tadi, makmal sentiasa sibuk.

dan aku juga penat menjerit yang amat. mana tidaknya, incik sonny sibuk kejutkan aku dengan kak tina. sudahlah aku ni memang penakut yang amat. ditambah lagi dengan incik sonny yang pengacau, seriously memang aku menjerit jak tadi.

dan sekarang, aku macam mau demam. so, tidur dulu ya. penat lak aku menaip. sambil mau gambar pun nda sempat. hahaha..