Isnin, 26 Julai 2010

unstable mood..

lately ni mood aku aku unstable sket. semuanya gara2 daktu. pening dow. arini aku tak kerja. memandangkan aku da terlalu penat praktikal maka dengan ini aku mengumumkan hari ni aku cuti. sakit kepala + mau demam ~

lab suda buat baju korporat yang baru. aku memang super duper excited sebab kalau ada mobile atau apa2 event pasni bolehlah aku pakai baju korporat tu jak. kan senangkan. paling penting baju korporat tu mau kena pakai time mobile besar-besaran bulan september nanti. harap-harap aku dapat pergilah time tu.

aku baru siap satu assignment ni hari ni. so another 3 to go. haha..sakit kepala aku terus kalau aku teringat yang aku masih ada 3 assignment untuk dilakukan. tidak boleh blah dengan tajuk assignment tu. haha..

aku juga sekarang tidak sabar betul mau pegi holiday ni. yeahh..ari2 dok kira kalendar sambil cakap cepat la september. banyak wishlist ni. lagipon kalau pi kali ni tidak tahu bila mau datang lagi.

kalau cerita pasal daktu aku memang kerap kena buli. uwarghh..mentang2 la aku tak banyak cakap aku asyik kena jak..takpa tunggu aku da start cakap nanti. habislah dia terkena. hihi..

Khamis, 22 Julai 2010

tunggang langgang sedunia ~

arini memang la ari yang paling celaru lam hidup aku. rasa mau nanges pon iya jugak. haha..adoii..penat betul la jadi MLT macam ni. haha.. tadi sampai jak hospital terus packing barang2 tuk mobile..tidak sempat pon tengok keadaan sekeliling.

pastu jalan pi ILP KK. Baru la perasan yang handphone rupanya tidak dicas penuh..adoii..nina nina..apalah careless sangat ko ni *erkk..sampai ILP rupanya sir walter ngan geng2 bila sampai lagi. cuma kak saerah ngan kak aisyah jak yang sudah ada..cis..buat penat jak aku tekan minyak drive tadi (harap2 daktu tak baca la ni..haha).

lama betul lepas setting barang dan setelah aku bergayut ngan dia selama ntah berapa puluh minit tu barulah ada student yang datang menderma..tu pon yang datang melihat lebih ramai dari menderma. walawehh..tapi bukan itu yang jadi masalah ni.

lepas balik dari cafe, baru aku perasan yang di handphone ada satu sms dan satu misscall..of course la dari daktu. dan yang lebih menyedihkan, bateri handphone lak mati..seriously kalau tak fikir aku tengah kerja memang aku da balik rumah tuk cas handphone aku. haha..

tapi akhirnya aku tetap tunggu dua jam sebelum boleh balik..eh bukankah penantian itu suatu penyiksaan? haha..sebelum balik rumah pi balik hospital lagi dulu hantar dorang ni. dari hospital baru pulang rumah. sampai rumah sempat lagi tidur kejap tadi. memang penat la.penat badan dan penat perasaan. haha...

time aku taip entri ni baru aku perasan yang malam ni malam jumaat dan aku sorang2 jak di rumah..haha..rasanya aku macam pegun jak la depan notebook dan tidak mampu ke mana-mana..nina memang penakut..huwaa...

Jumaat, 16 Julai 2010

jom masuk bilik bedah..

hari ni hari yang agak sibuk di lab. dalam tidak sedar ni minggu kedua suda di makmal hematologi. bermakna aku ada dua minggu lagi untuk dihabiskan di makmal hematologi ni. setelah berbulan-bulan aku tidak terlibat dengan pengambilan dan penyediaan bone marrow akhirnya hari ni aku kembali ke bilik bedah.

tadi aku memang nervous la. first sebab aku tidak suka mau tengok orang terlantar sakit tidak berdaya. sangat menyentuh perasaan. kedua aku tension sikit bila kerja terlampau tekanan ni. pastu bila kena bagitau lagi prosedur akan dilakukan di bilik bedah lagi la aku nervous :(

masuk jak bilik bedah mula-mula tu kena lalui bilik persediaan dulu. masuk bilik khas amek baju kaler biru yang macam dalam tv tu (tidak dapat upload gambar aku ngan baju tu di blog atas sebab-sebab tertentu). kemudian ada almari besar la di tepi simpan baju yang asal. pastu pakai selipar khas yang kena sedia. eh tu bukan selipar. kasut bertutup. punya main banyak di rak. macam-macam saiz. itu memang steril la. aku yakin. suda siap pakai uniform biru tu pakai cap la pulak lagi.

suda jak lengkap semuanya baru masuk bilik bedah yang sebenarnya. di situ ada suda la beberapa doktor yang tunggu kami lebih awal. mujurlah patient ni da dibius lebih awal jadi tidak la aku terasa..lately ni juga aku rasa aku da lebih strong compared dulu2. hati da lebih kuat dan tabah. maklumlah kerja gini ni.

lepas selesai proses tu semua aku ngan kak lizah terus la naik lab dan proceed ngan proses seterusnya sebab sampel-sempel ni dihantar di makmal rujukan. lagipun hari ni aku buat banyak test sendiri. jadi memang puas hati juga la. masih banyak ujian yang dilakukan secara manual jadi memang yang banyak aku belajar. tapi semakin banyak yang aku belajar bermakna semakin banyak la aku tidak tahu..hihi..

okeh mahu tidur sekarang. esok pagi mahu oncall lagi sebab ada kempen derma darah. ahad pon sama. nampaknya minggu ni pack sket. nasib baik tiada boipren kalau tidak mesti dia da cabut lari. isk nauzubillah..beratnya mata..memang mengantuk la. assalammualaikum..

Khamis, 15 Julai 2010

terima kasih fahrinn :)

aku sepatutnya cakap pasal benda ni semalam tapi memandangkan aku damn tired semalam *kunun la nina* jadi aku cerita malam ni la.

balik dari kerja jak mama bagitau ada parcel dari KL. aku memang teruja la sebab memang aku tunggu pon parcel ni. bila aku sampai rumah jak tengok nama pengirim kak dahlia ahmad aku memang excited. kak dahlia ni sebenarnya ketua fans fahrin ahmad..boleh cari dia di facebook.

okeh, aku ngan teruja buka bungkusan tu dan hasilnya..tadaa ~


baju khas untuk fans fahrin yang dipakai time marathon KL 2010. sebelah kiri ni ni bahagian depan dan sebelah kanan ni bahagian belakang. tengok tulisan gold tu ada urop FA kan..lala..okeh jom tengok gambar fahrin bila pakai baju ni..


gambar ni ehsan dari fanpage fahrin..see fahrin sungguh bergaya dengan baju ni kan..sasa gitu..ekeke..baju ni aku beli rm30 dari kak dahlia. terima kasih untuk kak dahlia yang sudi melayan permintaan aku..hihi.. sebenarnya jualan baju ni akan disalurkan ke charity Malaysian Aids Council :)

okeh itu jak la aku mau tulis. mau tidur sambil peluk2 baju ni..hihi..

Selasa, 13 Julai 2010

award BFF :)

ni award dari muli. jadi marilah kita mengenali rakan sendiri..ekeke..



What's your best friends' name? (Top 5!)
1. nurazia masdan
2.sharon John
3.usniyanti usman
4.zulaikha yusof
5.siti shazwane samsudi
When is their birthday? (Be honest! Dont check their FB!)
1.4 disember 1989
2.8 mac 1989
3.29 april 1989
4.26 julai 1989
5.31 mei 1989

How long have you been friends?
1.almost 21 years..since baby until now.
2 dan 3. suda 5 tahun.
4.wahh da 4 tahun ikah :)
5.3 years

Do you love them?
absolutely yes!!!!!
Does this person love you?
I dont think so. haha..of course.

Would you die for them?
nope..haha..

Do you think they would die for you?
also nope.

Could you live without them?
ya, but my life is incomplete.

Why do they mean a lot to you?
tawa, airmata tangisan gembira suka dan duka mereka selalu ada :)
What would you do if this person said they never wanted to talk to u again?
ask her what my mistake.

Do you trust them?
yeahh...

What is their favorite colour?
1. erk biru kot..ampun zii..haha..
2 dan 3: dorang suka pink terutama uni.
4.black and white..
5. hah ni lagi satu hantu pink sampai cap pon pink..huahua..

Do you love them or are you IN love with them?
Yes, I did.

Do you guys talk a lot on the phone?
nope, we just hangout together.

What do you love about them?
keterbukaan dorang dalam cerita apa saja. haha.

If you could tell them anything in this world, what would you say?
you all are the best friends that I ever have. hope this friendship remains forever.

How often is this person on your mind?
always.

Have they ever made you cry?
yes..cry because they funny joke or when we having problem.

Have they been mad at you?
yup.

Have you ever felt like giving up on your friendship with them?
no.

Have you ever talked behind this person's back?
maybe.
Have they ever talked about you behind your back?
haha..yup.
If you stopped being friends, would either of you try to be friends again?
yeah, thats for sure.

Could you imagine how your life would be with him/her?
its incomplete and feeling empty.

Are you their best friend?
of course.

Where did you guys meet?
1.our grandma's house
2 and 3.4 sains smk tebobon
4.5 sains smk tebobon
5.6 rendah inovatif smk bandaraya. hihi..

What do they do that always manages to make you smile?
bila kumpul ramai2..kadang2 berlaku secara spontan. contohnya bila kami tengah makan. ada jak benda lucu.

What is your greatest memory with this person?
1.bila sama2 belajar di uitm kota kinabalu.
2.bila kami sama-sama lepak2 lepas spm.
3.bila duduk berdua sama-sama dalam kelas sepanjang tingkatan 4 dan 5.
4.bila pergi pantai tanjung aru 6 orang.
5.bila main boling nda pandai2 strike.haha..
Will they always be there for you?
yeahh..I know they will.

Do they complete you?
yup :)

On a scale of 1-10 now much does your friendship with this person mean to u?
10.

Would they ever tell anyone your deepest, darkest secrets?
nope, because no anyone knows.

Would you cry at their funeral?
of course la. if I still alive at that moments.

How much does this person mean to you?
a lot.

Do you think you will be best friends forever?
hope so. mudah-mudahan :)
masih lagi penat buat derma darah di plaza wawasan tadi. adoii..

Ahad, 11 Julai 2010

apasal diet susah sangat ni..

salam..
aisehmen..sejak aku cuti semester yang lalu ni, berat badan aku da naik tanpa disangka-sangka..Ya ALLAH..risau juga la sebab kerja macam aku ni perlu cergas-cergas sikit kan.

honestly speaking, aku rasa kaki aku sekarang macam da tak mampu nak tampung berat badan aku. mana tidaknya bila aku berdiri jak lama-lama mesti tumit kaki aku ni sakit. kesian lutut aku ni mau tampung berat badan aku. kak Beth pon tegur suda aku. kak emiy pon da cakap aku da berisi. bila aku tengok gambar aku ngan Linda Onn aku macam mau pengsan pon ada..oh tidak..chubbynya aku..

tapi macam mana aku mau diet kalau mama asyik masak-masak sedap jak. hihi..lain la kalau di kolej. kalau sana tidak turun pi cafe tidaklah makan.. suda la tu aku sekarang ni bila penat jak kerja mesti makan. patutlah dorang kak aini cakap bila da jadi staff mesti kuat makan..

aku mesti diet. by hook or by crook. haha..okeh nina, u can do it..chaiyok chaiyok..okeh diet bermula ~

p/s: tadi beli durian di pasar malam tapi durian tu tidak manis betul. tapi tidak apa asalkan ada..haha..

Sabtu, 10 Julai 2010

jom lari..

salam..

hari ni aku memang penat dan rasa mahu pengsan jak sekarang ni. dari awal pagi aku bangun sampai sekarang ni masih lagi belum rehat. bangun jak awal pagi terus mandi dan pergi hantar kak c-la pergi kursus dia di smk putatan. mujur aku sida iron baju awal2 dan terus pakai baju tu untuk pergi derma darah tadi.

masa on the way balik lepas hantar kak c-la tu aku baru perasan yang handphone aku low battery dan memang nazak betul la keadaan dia. time tu aku memang rasa mahu meraung jak sebab kalau balik pergi rumah memang tidak sempat lah mau cas handphone tu sebab ada sejam jak lagi sebelum kempen derma darah.

nasib baik aku dekat dengan rumah ina dan aku pon pi sana cas handphone tu. sambil2 tunggu2 handphone tu fully charge aku main la ngan isya anak buah ina dan tengok lawak magik si abang. haha..memang lucu lepak2 ngan dorang.

pastu pi kempen derma darah tapi tidak ramai donor. huahua..dalam jam2 aku pulang sebab ambil kak c-la balik dan aku tukar baju tuk 7k sutera harbour charity run tu. yeah kalau dengar suria fm memang tahu pasal charity run ni sebab ada kena uar-uar di radio tu sebagai radio rasmi. aku dalam kepala memang plan mau jumpa linda onn ngan stacy jak. lari tolak tepi. haha.

pastu bila sampai sana tadi aku terus cari elfhi dan king. elfhi ni kawan king. baru kenal tadi. huahua..pastu kami pon ready2 lari dan dari jauh aku nampak suda linda onn ngan othoe (dj suria pagi tuk siaran sabah) sibuk2 atas stage. time tu aku nda fikir suda mau lari. haha..tapi bila larian start king ngan elfhi lari aku pon lari la jugak. setengah jalan jak aku larat. king laju betul. aku ngan elfhi tinggal di belakang. si elfhi kasi abes larian tapi aku berhenti bila suda pusing pi tempat mula tu balik. dan ni la yang aku buat...

bergambar ngan linda onn atas pentas. linda memang cantik la. ayu jak. yang paling penting dia tidak sombong macam sesetengah artis baru. time aku sibuk-sibuk mau ambil gambar ni boleh-boleh pengarah hospital lalu depan aku.huahuahua..

pastu bila cuaca panas sikit linda pakai spek dan aku pon apalagi amek pic lagi. orang lain lari aku pula ambil2 gambar. haha..


with beautiful linda..memang beautiful..
pastu ada konsert. ramai juga artis dia tapi aku tidak ingat nama dorang. yang aku ingat dua persembahan last ada stacy dengan abang dia chaq. urm stacy memang selalu ada untuk majlis2 besar di kk ni.

pose sambil tengok konsert..happy..from left:king,elfhi and me..
okeh, tu jak la aku mau cerita. nanti update lagi. penat. aku rasa macam kaki mau tercabut jak. harap-harap da banyak la lemak yang terbakar. hihi..


award from pink gajah..ngehh...

yeah..saya adalah pemenang..hihi..

okeh okeh ni award dari ryna tri asmara. ni award aku yang pertama dari sabah jadi aku teuja jugak. award dari cik ryna yang belajar dekat jak dengan rumah aku.lalalala..okeh lets check it out okehh..hihi..




  • did you smile today?

haha..aku memang gembira betul arini. rasa macam dalam tidur pon mau senyum. haha..

  • do you smile a lot?

eh mesti. aku senyum dari tadi sampai sekarang aku senyum ni. haha..

  • what makes you smile the most?
  • bila aku dapat jumpa artis yang aku minat. hah ni memang aku senyum jak sampai tidak terkata. haha.

  • Do you smile at strangers?

aku senyum jak. kan senyum tu sedekah. tidak kisahlah dia senyum balik atau tidak. cuma ikut keadaan la. kalau orang jatuh depan aku tu tidaklah aku senyum. nanti tidak pasal2 dapat penampar. haha.

  • Do you believe in the saying “smile and the world smiles with you”?

eh mesti. macam mana mau harap orang senyum dengan kita kalau kita sendiri tidak senyum ngan dorang kan. what you give thats what you get la bha.

  • What kind of smile do you have?

aku senyum biasa jak. maklumlah aku pon bukan lawa ala2 artis pujaan. biasa2 jak. ekeke..

  • This smiley award is/are presented to:

kak intan

lolly sayang


award again..

salam..
alhamdulillah dapat award lagikk..kali ni dari adik mimiey pulak. thanks ek dik.


ANDA MESTI MEMUJI PEMBERI AWARD INI:
  • comel
  • rajin update blog :)
  • baik..
  • blog cute dan sejuk mata memandang..
  • rajin buat blogwalking..

dan dengan ini diumumkan award ini seterusnya diberikan kepada blog yang menceriakan hari2 aku, kak intan.


Khamis, 8 Julai 2010

tag from kak intan :)

salam..
ni entry tuk award yang aku dapat dari kak inta. thanks tuk kak intan comel :)




APA NAMA BLOG ANDA dan KENAPA LETAK NAMA TU?
nina suhaina
sebab mula2 dulu mau letak dear yayah sebab addict ngan novel farihah iskandar (budak2 betul la ko ni nina) tapi pastu letak nama sendiri la ala2 penulis novel. huahuahua....
APA NAMA URL BLOG ANDA dan DARI MANA DATANGNYA NAMA TU?
sebab nina tu nama panggilan. pastu combined lak ngan suhaina real name dan hasilnya jadilah ninasuhaina :)
APA METHOD DALAM PENULISAN ANDA?
aku tulis ikut suka hati aku jak. lama suda tinggalkan bangku sekolah hingga aku pon lupa macam mana mahu menulis ayat2 ni semua..hehehe....
PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG?SEBAB MUSABABNYA.
tidak pernah la..blog ni jak yang sudi dengar luahan isi hati aku ni hah.
PERNAH AHLI KELUARGA BACA BLOG ANDA?
ohh pasti especially cik c-la yang anagan-angan mau jadi penyiasat tu.
PERASAAN ANDA BILA ORANG KATA BLOG ANDA BURUK SEDANGKAN ADA YANG KATA CANTIK?
aku rileks jak sebab yang cakap buruk tu bukan ada blog pun jadi biar jak dia..haha..(ayat yakin nina la kononnya).
BILA BLOG ANDA DIBERANAKKAN?
entry pertama 27 mei 2009. hah time tu la. hari pertama cuti semester dua.
ORANG PERTAMA YANG TAHU ANDA ADA BLOG?
fatynadia my ex roommate :)
PERASAAN ANDA BILA ORANG MENGATAKAN TENTANG BLOG ANDA
DI SEKOLAH?
teda perasaan sebab dorang cerita yang biasa-biasa jak terpaksa la feeling aku pon biasa-biasa jak.
okeh tag ni lak aku buat nanti ar. ek aku mahu bagi award ni juga tuk:
eh cukup ka suda ni? yang lain tu kalau mahu amek jak award ni okeh ;)

Isnin, 5 Julai 2010

"boleh tolong trace result tak?"

haha..lamanya aku tak dengar ayat ni. sebulan weh. haha..tadi hari pertama bekerja semula setelah sebulan bercuti. eh silap silap berpraktikal semula. tiada la suspen ka apa macam mula2 datang dulu sebab tahu suda kan keadaan lab hospital ni macam mana.

tadi, buat pertama kali aku masuk lab hematologi ni. mula2 memang nervous jugak jumpa kak lijah. nasib baik hari ni dia okey..ngehh...dia memang selalu okey sebenarnya. lepas kak lijah briefing sikit2 tadi, aku pon start la run test semua. dan hari ni aku cuma handle mesin tuk full blood count. memang sejak masuk lab jam 10 tu sampailah waktu lunch jam 1 aku berdiri jak depan mesin tu. memang banyak betul sampel tadi sebab hari isnin.

bila suda jam 2 tu memang macam ok sebab lab tidak suda sibuk macam pagi dan kali ni ada chance la duduk kejap. bila lama nda jumpa doktor2 ni macam2 suda yang berubah. ada yang datang ngan fesyen rambut baru, ada jugak yang makin berisi dan ada juga doktor baru. haha..

honestly cakap, sejak cuti sebulan ni memang lupa suda macam mana suasana kelam kabut lam lab tu. tadi bila banyak doktor datang bawa sampel2 dorang tu semua memang macam panik2 jugak la aku sket. ehh bukan panik tapi penat. haha..

bila suda jam 4 gitu sampel teda kan aku pi menyibuk di makmal biokimia sana. pastu ada la doktor2 datang trace result. walawehh..lamanya aku nda pegang komputer makmal ni. nasib baik masih ingat macam mana guna sistem LISS tu. kalau nda memang juga la aku ni. urm macam biasalah doktor2 tu asyik mahu result cepat jak padahal kadang2 sampel tuk ujian yang dorang request tu belum sampai pon di lab tapi sudah call trace result. ek elehhh...

hari ni hari pertama jadi budak final year. macam2 cerita. dan aku memang penat betul. tumit kaki pon terasa sakit ni sebab lama betul berdiri. jadi mau tidur dulu. esok mahu kerja lagi. assalammualaikumm..