Jumaat, 27 April 2012

sleepy mode

 
sedar tidak sedar beberapa hari lagi bulan april ni akan berakhir. puasa belum diganti lagi. isk. sekarang banyak benda kena fikir. mana fikir pasal holiday bulan julai nanti, kena fikir lagi holiday plus shopping trip bulan ogos. lepas tu kena fikir lagi pasal renew insurans kereta bulan september. huaaa. nampaknya dari bulan julai sampai september ni bulan untuk menghabiskan duit.

untuk trip bulan julai ni seriously sangat sangat excited. mana tidaknya ini percutian bersama kawan baik noor fardziatun. rindunya dengan dia. sejak lepas induksi memang tak ada langsung peluang berjumpa. mujur sempat buat rancangan percutian kali ni.

Alhamdulillah mostly banyak benda dah settle. tiket dah beli. hotel pun sudah ditempah. jadi sekarang perlu sediakan diri jak untuk menjelajah. haha. seriously tidak sabar. setelah kerap kerja tujuh hari seminggu haruslah hadiahkan diri sendiri percutian. 

bulan mei akan datang ni juga agak sibuk sikit sebab ada kursus seminggu. huaa..berdebarnya. ni kursus kedua selepas bergelar staf kerajaan secara rasmi. kan bagus kalau incik kesayangan pun join kursus ni. ok fine. tu macam mimpi sebab kali ni kursus di INTAN. haha..

sekarang mahu tidurlah. sejak balik dari kerja malam jam 7 tadi aku belum tidur lagi. adakah mata ni begitu hebat? perghh padahal mahu bukak pon payah. tidur dululah. assalammualaikummm...
 

Rabu, 25 April 2012

tentang dia :')

 

akhirnya..25 tiba lagi. hikhik.. happy monthsary dear. terharu kita mampu bertahan sampai ke hari ini. terima kasih untuk semua hari-hari yang membahagiakan kita lalui bersama. terima kasih juga sebab selalu mampu sabar layan orang yang merajuk.

mungkin kita tidak dapat bertemu setiap hari tapi yang penting ada di hati kan? :) take care yourself for me. kalau ada yang mau dekat cepat-cepat lari jauh-jauh tau? haha. terima kasih untuk segala-galanya incik kesayangan. rindu kamu selalu. jaga diri dan jaga kesihatan.

terima kasih juga sebab banyak bersabar. haha..teringat tentang kejadian time demam hari tu.

me : syg demam. batuk batuk juga.
mr U: iya? URTI mungkin syg.
me : eii nda mungkinlah. mana ada.
kahkahkah..dan-dan membantah cakap dia. padahal memang kerja dia tiap-tiap hari buat diagnosis orang.  erkk sebenarnya time dia cakap URTI tu aku bayangkan UTI. kahkahkah. tak pasal-pasal dia mengalah. tapi yang sadisnya bila pergi klinik memang sah sahlah diagnosis URTI. terima kasihlah selalu mengalah incik kesayangan. syg sangat terharu :')
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
 number one for me
 I love you and always do :')
 

Jumaat, 20 April 2012

tentang cinta

hari ni aku sangat sangat lesu. kepenatan nampaknya telah terkumpul semenjak hari isnin sampailah hari jumaat. erkk atau kalau mengikut tafsiran cip, aku sebenarnya letih sebab terlalu fikirkan hari esok. haha..

sebenarnya aku lupa hari ni giliran aku audit di unit sajian T___T mujurlah encik romzi di unit sajian tu telefon lab untuk ingatkan aku. hukhuk. so terpaksa tinggalkan sampel blood bank sekejap dan pergi ke unit sajian. first time pergi audit memang awesome la. walau berdebar sebab kena periksa setiap barang tu dengan betul. paling best, dapat tips bezakan halia tempatan dengan import. erkk ketaralah aku ni tak pandai pilih halia selama ni. huaaa...

time tengah periksa barang tu juga tadi sempatlah belajar pilih honeydew juga sebab since honeydew ni macam susah sikit mahu buat pilihan. mana tidaknya, bukan nampak pun isi dalam tu. lama juga lah aku di unit sajian. ingatkan sekejap. sudahlah perut pun start lapar suda asyik tengok makanan. haha.

mujurlah semuanya berjalan lancar. dan sekarang aku mahu start turun dapur tunjukkan bakat. harap-harap esok semuanya berjalan lancar. hihi..

rindu dengan orang yang ambil gambar ni. sobsob..

Khamis, 12 April 2012

hampaaaaaa

 
 cehh..tiba-tiba mood rajin untuk mengupdatekan blog menjelma. akhirnyaaa..setelah hampir 9 hari diserang batuk yang teruk, hari ni aku sudah semakin sembuh. yeayyy..walaupun belum sembuh sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya tidak lagi bunyi aku batuk setiap 5 minit. oh nooo...

dari pagi tadi aku menghadap laptop ni online ntah apa-apa sehinggalah jam tu suda menunjukkan pukul 4 petang barulah aku bajet panik kononnya oh myy tak tidur lagi padahal malam ni kena kerja mesti tidak larat. huaaa..padan muka aku. kalau lepas asar ni memang jangan haraplah dapat tidur. kang percuma aku sakit kepala bila bangun.

tekak aku masih terasa kelat sekarang. erkk tapi tadi time lunch di kfc macam ok jak. serius aku tidak faham tekak sendiri. sebenarnya tadi mahu tunaikan request cikgu time sekolah menengah dulu. tapi malangnya pendrive yang simpan gambar di kolej tu hilang pula. jadi untuk teacher lily,
sabar ya ticer. saya akan buat juga permintaan ticer tu. tapi bila pendrive saya jumpa la. hihi..
 jadi sekarang aku mahu sambung misi mencari pendrive yang hilang. perghh pendrive tak habis habis hilang. jumpa lagi. assalammualaikum :)

p/s: kadang-kadang aku tidak faham bila baca balik bahasa melayu aku yang tunggang langgang ni. erkk tiba-tiba curious. aku dulu dapat apa lah SPM tuk subjek BM ni. huaaa. 
 

Jumaat, 6 April 2012

unfeeling well...

 
fuhh..kembali bersiaran dari blog tercinta. hari ni hari pertama aku kerja dalam bulan april sebab isnin dengan selasa lepas aku cuti. lepas tu rabu pergi kursus. tup tup khamis pula dapat sick leave gara-gara demam panas. tak pasal-pasal kena diagnos URTI. siap kena marah dengan mama sebab mama anggap anak dia jatuh sakit sebab terlalu sibuk bekerja. oh mama, ketahuilah anakmu ini kena hujan pada hari kejadian. hahaha...ok fine tiba-tiba aku macam pening bila sedar apa kejadah aku kerja ketika sabah sekarang tengah cuti umum. sudahlah kurang sihat *batuk..hukkkk*

tadi sebelum masuk makmal jumpa incik kesayangan. well, haruslah bertemu walau sekejap. lepas tu siap tunjuk ubat yang aku dapat dari klinik semalam. memandangkan aku jenis yang malas makan ubat dan selalu makan ubat ikut suka hati, maka incik kesayangan siap tulis waktu untuk makan ubat di bahagian belakang tu. hahahaha..


 see..tertera nama aku dengan jelas di situ. makanya ini memang ubat aku, sudah terang lagi ber spot light di situ ya. huk hukk..

 aku rasa incik kesayangan sangatlah memikat jiwa bila buat benda yang simple dan sweet begini..arghh tidak. hati tolong jangan jatuh berkali kali..hihi. siap ada pesanan mesti habis nampaknya di situ. sayang kamu, incik umair.

mau rehatlahh. penat lak aku rasa menghadap laptop ni. assalammualaikumm :)