Khamis, 29 April 2010

merdeka !!!!!!!

alhamdulillah..akhirnya hari2 yang penuh cabaran telah berjaya aku lalui..haha..barulah aku rasa hidup aku aman sentosa sekarang, tapi, dalam banyak2 subjek tu aku rasa mikrobiologi perubatan la yang the worst aku jawab..huhu..jadi sekarang berserahlah dan harap2 lulus la semua.

bila da abes exam semester ni now maknanya aku kena habiskan dua minggu lagi yang tinggal untuk praktikal aku ni. aisehmen..aku rasa mau bertapa di sitologi lab la pasni. layan2 orang trace result memandangkan teda student sana. apa aku mahu buat ni ar? macam boring lak aku..isk..

oh ya, thanx pada semua yang mendoakan kejayaan untuk exam kali ni (sambil sengih ala2 aku da dapat result..hihi) especially maya fareda (tetiba terbayang lolly ganti Lisa pegang watak maya..hehe) yang tersayang dan embun di tengah malam. yeah semoga semester ni lebih baik dari semester2 yang lepas..hihi..aminnn.....

tadi after exam sempat gak kami semua lunch dengan sir wan sebelum dia balik ke kolej bersama2 soalan dan jawapan exam kami. arghh bila tengok sir wan aku memang rindu kolej. punyalah rindu ngan suasana kolej. ngan kabus2 yang ada di kolej tu. rasa tidak sabar untuk kembali ke kolej menghabiskan semester terakhir dan yang pasti mesti rindu ngan kolej lepas suda habis nanti.

tapi bila balik kolej maknanya jarang la aku mau blogwalking..oh menn terpaksa melupakan blog aku..cis..takpa2..wireless ada..huhu..

dan yang paling penting, tiba2 aku rasa malas suda mau driving sekarang ni dan aku sangat kecil hati sekarang. rasa mahu putus asa dan tidak sabar mau pulang pergi kolej sekarang juga.

Selasa, 27 April 2010

menjelang exam..

gambar before CME with my uniform..sempat posing before bos datang. with kak lynda yang tersayang. my senior at college and of course at lab now. kak noy pon interframe gak.haha...

alamak..esok aku akan duduk exam semester 4 aku. maknanya ni exam terakhir untuk second semester aku ni. memandangkan aku sedang menjalani praktikal, maka untuk semester ni aku hanya perlu menduduki tiga kertas peperiksaan saja. jadi aku akan menduduki exam aku tu esok dan lusa. aku memang rasa cuak betul sekarang ni.

aku memang alergik sikit dengan paper biochem ni..oh men...aku rasa kepala aku da berputar ke utara dan selatan sekarang ni. tapi dalam pada tu aku sedang berfikir. ya sebaik saja tamat exam ni bermakna aku akan melangkah ke final year. sungguh tidak sabar rasanya.
kadang2 memang kena jadi operator gak di lab untuk jawab panggilan telefon..hihi..tapi jangan buat di lab ek tak pakai labcoat..huhu..

tamat final year bermakna aku akan memasuki alam pekerjaan pula seterusnya mematuhi perjanjian di antara aku dan penaja..huahuahua..nasib baik biasiswa kalau tidak mahunya aku fikir pasal mau bayar balik pinjaman lak lagi nanti.

aku da banyak perancangan pas tamat belajar. nak pi sana nak pi sini. time2 lom ada pakwe ni la aku nak mengukur jalan. karang bila da ada komitmen payah sket..hihi. ok la mau blajar sekarang. maka, tiada entri baru untuk esok dan tulat. doakan kejayaan bersama ar. so nervous..hope everything gonna be alrite ~
assalammualaikum..

Sabtu, 24 April 2010

setiap insan adalah istimewa ~

wahh..macam pelik jak tajuk entri aku kali ni. aku bukan apa. bila aku kerja tadi ada perkara indah yang berlaku. haha.. terus aku mau jadikan benda tu cerita tuk arini.

aku kerja la tadi. ala, macam biasa la pi buat kempen derma darah di centre point sempena pelancaran bulan kesihatan mulut di sabah. pas selesai acara perasmian, aku still stick kat tempat kerja aku la time tu then bos aku pelawa la makan memandangkan kitaorang ni da disediakan nasi bungkus. time tengah makan tu tetiba..oh no mennnnnn...

time aku makan tu juga la tetiba muncul sorang mamat kat depan dengan sengihan yang lebar dan tanya ingat saya lagi???oh mennn aku rasa jantung aku nak gugur dan hampir2 tercekik..wakaka..rilek2 aku bukan terserempak ngan kekasih lama bagai macam cerita drama tu.

seriously aku memang da lupa mamat ni. tapi ntah macam mana setelah aku paksa neuron kat otak aku ni akhirnya baru aku teringat yang mamat ni rupannya kawan aku sekolah. haha..very the slumber okeh. dan yang bestnya kawan aku ni dengan selamba duduk depan aku dan borak2 sambil tengok aku buat kerja. nasi ayam aku tu tak payahlah cerita. da selamat dibungkus kembali. ngehh..memang aku rasa macam aku la yang paling bertuah tadi bila kawan aku tu sudi datang jenguk aku. kalau tak kerana aku busy memang dia pon tak blah lagi. tapi bila fikir balik tu salah aku jugaklah. kenapa la aku biar dia tercongak kat depan aku. next time bawa la borak kat tepi ke. ni kat tempat kerja gak. tapi itulah aku. tak pandai nak treat kawan..sori lah kawan2 semua ek.

jadi mulai sekarang setiap kawan2 yang aku sama ada kawan2 facebook, blogger atau kawan2 sekolah, kolej atau kerja adalah golongan2 yang TERISTIMEWA dalam hidup aku dan aku sayang korang semua. terima kasih sebab selalu ada di saat akumemerlukan seorang rakan dan sentiasa beri sokongan tuk apa juga yang aku lakukan..luv u guys..

dan yang kesiannya muka kawan aku ni da blushing2 kena usik dengan staf2 yang lain. harap2 dia tak amek hati la. dan yang paling penting dalam hati ada taman..haha..cehh..memandangkan aku takda ambil gambar time kerja jadi tengok gambar lepas kerja jak la ar...ni cuma gambar sengaja suka2 tadi. haha..


gambar ni takda kaitan ngan entri yang aku tulis jadi hanya mata yang kelihatan jak la..haha..

Jumaat, 23 April 2010

aku tengah cuti..yeahhh...

haha..mood aku sekarang tengah hyper gembira okey. apa tidaknya mulai rabu yang lepas penyelia praktikal kami bagi kitaorang cuti hinggalah ari rabu ni tuk hadapi final exam. mana tidaknya, kalau kat lab memang tak dapat studi la. mana busy mau run test, busy cari result yang doktor request lagi pendek kata semuanya serba serbi busy. tapi, tengah aku jalan2 di 1borneo semalam (haha..kantoi jaalan2 kat shopping complex), tiba2 bos aka cip tu sms. sebab dia senang jak la. panggil kerja esok. huahua. maknanya esok pergi blood donation campaign la ni. lama suda tidak join kempen ni sejak busy sket di lab. tidak sabar mau kerja esok.

aku macam serabut2 gak sekarang ni sket. mau study tu mau study ni. tiba2 semua nota jadi penting sekarang ni. mau cari baju la nanti mau pakai kerja sabtu. aku penat lak tengok baju yang sama jak. huhu.

dan yang paling penting aku sangat lega sekarang sebab semua laporan amali untuk semester ni sudah selamat dihantar ke kolej, terima kasih POS MALAYSIA..hihi..harap2 tukang periksa tu akan berpuas hati la dengan laporan amali aku yang banyak tu. buku laporan dan catatan praktikal pon aku da poskan skalik jadi sekarang bolehlah aku fokus kat exam jak.

dan yang paling penting sekarang, aku da dapat novel lama AIR MATA KASIH..alhamdullillah.. ALLAH S.W.T telah permudahkan segalanya dan aku percaya di setiap kesabaran yang kita beri, pasti ada kebahagiaan di penghujungnya.

dan sekarang, mau korek tabung buluh kat tiang rumah ni tuk beli baju baru..haha..
assalammualaikum..

Rabu, 21 April 2010

laporan amali..siap gak akhirnya..

huaa..tajuk entri aku kali ni aku sengaja bagi panjang sikit. akhirnya, setelah sekian lama, setelah semester ni hanya tinggal seminggu sebelum final exam, aku telah berjaya menyiapkan kesemua laporan amali aku untuk tiga2 seksyen makmal yang aku tengah praktikal. fuhh..aku rasa da berapa ari aku tak tidur sebab buat kerja ni. dan aku memang puas hati dengan hasil laporan amali aku ni.

jadi sekarang aku rasa aku da boleh tidur dengan tenang, lena dan nyenyak..haha..dan pastinya bolehlah aku mula study tanpa fikir benda2 yang mau kena submit ke kolej..dan pastinya tanpa sokongan dari tutor, staf2 HWKKS dan kedua2 penyelia aku, agak mustahil untuk aku melakukannya..sayang korang semua :) dan doktor2 yang banyak menceriakan hari2 aku..haha..

banyak yang aku belajar 4 bulan bergaul dengan orang ni dan aku harap aku boleh mengaplikasikannya. haha..urm tu jak la..lately ni aku rajin lak blog walking but now masa tuk tidur. exam paling penting kena jaga kesihatan..

*terharu bila bos bagi kata2 semangat tuk exam dan sangat concern..cayalah bos ~ bos memang best la. baekkk punya..hihi*

Ahad, 18 April 2010

terasa diri model lak sekarang..hihi..

assalammualaikum..
siler bersabar dengan tajuk entri aku kali ni ar. haha.. ni sebenarnya cerita semalam tapi memandangkan semalam aku mengantuk yang amat jadi cerita ni aku simpan la sampai hari ni. cerita dia macam ni. lepas pergi kenduri cukur jambul anak along di tuaran petang semalam tu, aku dengan mama pon pi la sekolah kak c-la amek dia yang ada kelas ganti. nak di jadikan ceritam aku singgah korea kejap sebab tengah musim bunga. hah, ni gambar masa kat korea.


korea la sangat padahal tepi sekolah kak c-la jak pun..haha..di tengah-tengah pembahagi jalan lagi tu.

lepas aku pegi jepun, on da way balik tiba-tiba dapat call dari encik sulaiman (my bapa la tu) bagitau yang ada dinner kat 1borneo dan kena ada kat sana dalam jam 7. whatttt???? jam da menunjukkan 5.30 petang dan tengok lah baju aku. sangatlah tidak boleh untuk pergi dinner bha. apa lagi kami bertiga pon terus pulang dan tidak sempat lagi mau singgah mana-mana. mana di kepala asyik fikir baju belum iron lagi dan risau juga kalau jalan jammed. dan bagai yang dijangka depan 1borneo tu memang jammed okeh dan bapa yang telah berada di sana tidak henti2 call..aiyoyo..mujur rumah dengan tempat tu dekat jak.

nasib baik aku ada sedia baju tuk dinner kalau tidak memang nayalah mana aku mau cari baju dalam masa setengah jam kan. dan yang pasti bapa ni memang suka bagitau saat-saat akhir, tak berubah-ubah..haha..aku, mama dan kak c-la pon rushing pi convention hall tu kan da dapat juga la sampai on time walau jenuh juga aku sikit mau cari parking. adalah aku awal beberapa saat dari vvip dia tu yang sengaja datang awal dari jadual..see, dedikasi okeh the exco. hihi.

bila sampai jak terus posing depan benda ni. aku pon heran apsal aku suka betul mau gambar dengan benda ni. hihi..

bila da masuk dewan tu aku pon melilau jugak la mata sebab banyak betul meja kat situ..oh lupa mau cakap. ni adalah dinner KESUREP iaitu kelab sukan dan rekreasi perumahan di company bapa aku, dorang ni memang aktif buat aktiviti dan kalau pasal nak pi melancong atau sukan aku rasa dorang ni la paling rajin. *aku pegi bawa diri jak semalam. thanx pada incik sulaiman yang bayar tuk aku ngan dorang mama..next dinner kalau ada lagi jangan lupa bayar juga tuk aku.hahaha* duduk jak di meja pa lagi. aku pon start la amek gambar. dan photographernya? opkos la kak c-la yang jadi mangsa.haha..

aku macam perempuan jawa yang terakhir la kononnya..haha..kontrol ayu pula sekejap..

suda la malam pastu aircond dalam dewan tu memang terasa betul sejuk sampai aku pon rasa macam tidak larat. minum pon boleh kira la sebab aku malas mau pi toilet walaupun pintu tu sebelah meja kami jak. sebelum majlis start aku sempat lagi pindah seat. haha..saja jak mau duduk sebelah red carpet tu. senang sikit mau tengok pentas. hah, ni seat baru aku..

masuk gak pacik penyambut tetamu kat belakang aku tu rupanya..aiyo, sungguh interprem la pacik..hihi..

ni la menu yang aku makan. ada yang aku suka dan ada yang aku tak berapa nak makan. aku ni kadang2 memang tekak dan selera melayu la. kalau makanan yang moden2 ni memang ada masa tidak lalu jugak.

aku duduk di tengah2 antara mama dan bapa. terasa saya sungguh anak kesayangan diri ini. haha *kak c-la dengan nurul tidak payah la susah mau jeles ar.haha..*oh ya, tema dinner semalam adalah futuristik jadi memanglah kebanyakan officemate bapa ni siap pakai topi bagai. termasuklah juga bapa.hihi. macam2 fesyen yang boleh kena tengok malam tadi tapi aku tak kuasa okeh mau join2 tema ni segala. asalkan aku da ikut kod etika pakaian dia yang formal tu kira okey la kan? hihi..


posing dulu dengan bapa dan tema futuristiknya tu sebelum makan..*tak tahu futuristik tang mana dorang ni..jangan tanya aku wokeh..*

memandangkan kami 4 orang sekeluarga yang pegi, maka kami ada 4 tiket bertuah. dan kak c-la sangat berharap yang salah satu tiket tu akan bertuah supaya dia boleh naik ke pentas dengan baju dia tu. haha.. dan tanpa disangka2 salah satu nombor tu memang bertuah dan aku memang tak perasan hinggalah bila kakak aku tiba2 tepuk tangan. sebab excited punya pasal,semua kami yang di meja tu pon ikut tepuk tangan. haha..


ni la hamper yang kak c-la dapat. tinggi dia hampir mencecah pinggang aku..huhu..

dalam jam 9.30 gitu marsha af3 pon keluar tuk buat persembahan. first song dia yang terbaik. kemudian dia duet ngan uncle george kiew tuk lagu endless love.. cayalah uncle..bravo. pasni leh la nyanyi tuk next next dinner. lagu ketiga dia aku lupa la tapi yang pasti english song juga la.

lepas marsha nyanyi, felix lak take over pentas. aku memang excited jumpa felix. walaupun ni da second time. mama pon memang teruja. peminat fanatik katakan. haha. lagu pertama felix aku lupa apa tajuk dia. then dia nyanyi single terbaru dia "aku juga iya". lagu ni memang sedap kena dengar dan aku pon da start mencari2 cd felix ni. then lepas tu felix duet lak ngan marsha tuk lagu aku dan dirimu. oh ya, emcee malam tu adalah DJ Othoe, suriafm punya dj tuk siaran sabah tu tapi tak sempat mau amek gambar dengan dia sebab dia nampak macam sibuk. memang lawak la othoe ni dan dia berjaya buat acara tu macam santai jak.

lepas felix nyanyi tu dia keluar la ke lobi. sebenarnya dia mau merokok time tu. tapi, dia tak putus2 dikunjungi peminat dan dia memang sanagt2 ramah dengann peminat dia. buat semua peminat yang pernah mengundi felix af3 tu aku rasa korang takkan kecewa bila bertemu dengan felix sebab felix akan memberikan anda yang terbaik sebagai seorang artis kepada peminat. dan aku sangga bangga tengok felix ni masih merendah diri.

walaupun felix tidak lah popular mana tapi bagi aku asalkan dikenali di tempat sendiri dan ada fans yang setia, its more better. dan kami sempat gak bergambar. lets check it out. hihi..


gaya formal aku dan felix..hihi. nervous jugak mau amek gambar ngan artis time dinner gini.

gaya slumber ya ya babe..peace no war. gambar ni bukan rapat okeh. no lentok2 kepala kat bahu bagai. tapi sebab dia berdiri kat belakang aku tu yang nampak macam bahu kami rapat tapi sebenarnya tidak ek. harap maklum. haha.

pas amek gambar dengan felix tu aku memang sangat puas hati dan aku rasa sungguh berbaloi pergi dinner ni walaupun terpaksa rushing tadi dan memang berbaloi la bayar *macam la aku guna duit aku..adoi nina nina* kebetulan acara pon da habis jadi aku, mama ngan kak c-la pon mau pulang. acara penutup dia adalah vvip tu menyanyi. haha..memang best la. tak sangka. kitaorang pulang asing2 ngan bapa memandangkan dia AJK dan kitaorang pon datang asing2 takkan mau kasi tinggal kereta lagi satu kan. dan sebelum pulang, gambar terakhir tuk semalam


dua wanita penting dalam hidup incik sulaiman..hihi...pose babe..tu yang penting..

sebab aku tak pandai guna ada satu application tu jadi gambar aku ni satu2 la. memang nampak banyak lak kan..hihi. bersabarlah tengok muka aku yang ala2 comot tu okeh.
assalammualaikum...

Isnin, 12 April 2010

semerah cinta stilleto..


gambar ni aku amek dari incik wikipedia..hoho..terima kasih incikk..hihi..(eh incik ka..wakluu)

urm aku baru balik sebenarnya dari GSC tengok semerah cinta stilleto. bukan baru jugak la. da dua tiga jam juga aku da menghadap laptop ni.
bila cakap pasal filem ni aku memang tak boleh berhenti dok sengih2..filem ni memang lawak betul la. padan la dia dilabel filem komedi romantik. dan bila tengok aksi farid ngan lisa, aku pon rasa nak bercinta gak (sepuk gak nina ni karang..) haha..memang best la dan aku rasa tak rugi tengok filem ni.

time aku pi panggung tadi kebanyakannya yang datang memang remaja la dan yang menariknya dorang ni pon datang ngan family macam aku gak. tapi yang aku paling bangga bila aku adalah pembeli pertama untuk tayangan hari ni filem tu..haha..harusnya David Teo bangga ngan aku *sigh*

ya, memang banyak pengajaran yang kita leh dapat daripada watak leto ngan stila tu dan yang paling penting, tak ada yang sempurna di dunia ni. " ketidaksempurnaan diri awak, keluarga awak, hidup awak adalah kesempurnaan bagi saya"..hihi..aku memang tersentuh betul tengok filem ni. tapi dalam pada tu memang gelak gak la habis-habisan ngan penonton-penonton yang lain sampai kekadang aku rasa macam terlupa lak nak kontrol ayu..muahaha..

bila babak leto ngan stila jalan2 tepi kolam memalam tu macam sweet la plak aku nengok. haha..da la sweet pastu aku rasa sangatlah best dan aku pon nak mandi jugak kat tempat kolam gitu weh. isk..ni yang buat aku rasa nak belajar berenang sekarang ni wei..Daniel Bego, please ajar me berenang sekarang wokehh (pangg juga kat situ..haha..)

nila tengok kenchana dewi lagi cakap india abeslah aku terus sengih walaupun hakikatnya tak faham langsung. dan memang tak terasa la filem ni da sampai penghujung. makin dekat nak abes, aku makin banyak gelak lak..dan tanpa disangka, oh men..kamal adli ada kat dalam filem ni..hihi..

aku tak bolehlah nak cerita banyak2. karang tak suspen plak. pasni kalo ada masa aku nak tengok gak lagi..hihi..memang lawak..


Jumaat, 2 April 2010

tarek nafas lega ~

tarik napas hembus..tarik nafas hembus..fuhh..setelah beberapa minggu ni baru aku rasa aku da kembali hidup yang normal..emosi da stabil, hati pon seakan-akan da takda perasaan *(yo la tu nina..hihihi) memang sangat-sangat lega setelah aku berjaya menyiapkan semua assignment tuk semester ni. alhamdulillah. terasa hidup sungguh gembira dan bermakna..haha..aku memang rasa sangat lost ngan blog ni sebab lama tak update cerita..sangat sedih ok.

now aku mau cakap destinasi pelancongan aku kali ni. ni cerita semalam la. giler semangat aku semalam. walaupun flight jam 7 pagi tapi aku da bangun since jam 3 walaupon jarak rumah dan airport tu memang dekat. then dalam jam 5.30 kitaorang da gerak pi airport dan sampai dalam jam 6. memang sangat teruja dan nervous gitu. kepala memang pening2 sebab tak cukup tido.

naik flight jak aku da sengih memanjang. aku, mama ngan kak c-la of course la duduk sama2. belom sempat aku melayan perasaan tetiba flight da sampai la plak. sangat ramai pelancong okehh..ntah berapa orang jak yang macam kami.hihi.

sampai sandakan tunggu2 kejap then abang zul aka my brother in law pon sampai dengan dayana dan kami teros pulang ke rumah (kak tini tak ikot ambek sebab kena mengajar. huhu) dekat jak rumah ngan airport dan aku ngan dayana bermain2 sampai penat. haha..sebenarnya semalam la birthday dayana tapi memandangkan semalam bukan public holiday jadi kak tini celebrate hari ni la.

sepanjang hari semalam aku berehat di rumah jak. bila malam kami pegi rumah macik sedara abang ipar aku dan on da way pegi tu sempat gak la singgah servay. dan aku sangat teruja okehh..sangat2 berbeza servay dia ngan yang ada dekat kk. dan yang pasti, aku dapat comforter baru tuk kegunaan sendiri..hahaha..(abeslah nak bawa gi airport.haha)

dalam perjalanan tu juga kitaorang terjumpa satu banglo yang memang gempak giler dengan design ala2 disney..oh my God..aku sangat2 teruja wokeh tengok banglo tu dan saya bangga jadi anak Malaysia (haha..tetiba lak)

kat sandakan ni memang banyak tempat pelancongan la aku rasa sebab banyak hutan2 lagi dan ada pusat pemeliharaan orang utan yang dekat jak ngan rumah kak tini ni. dan bila sampai rumah malam tadi aku terus tidor tanpa sedar diri. isk..kurang sopan betul..

dan hari ni memang sambutan birthday dayana tu sungguh meriah. ramai anak jiran2 kak tini yang datang dan suasana memang sesak gak la sket. dan aku?? tak sempat pon nak salin baju shantek2 aku sebab busy tolong mama prepare makanan..sedih okehh..jadi aku tak la letak gambar dayana time birthday..eh ada gambar dayana time birthday tapi kat handphone..nanti la aku upload...hihi..

Khamis, 1 April 2010

cuti..jum jum..

alamak..aku da lama tak update blog. sekarang aku da kat sandakan. alhamdulillah.. walaupun hujan renyai tapi flight berjalan dengan lancar sebagaimana yang dijadualkan. first time pegi sini dan aku memang teruja. tak sabar mau jalan-jalan. my flu belum sembuh lagi. sangat tidak selesa sekarang..untuk my niece yang tersayang, dayana batrisya happy birthday dear..

kejap lagi mau pegi kenduri lak. mujur ada broadband leh la update blog..nanti aku sambung cerita ar..