Sabtu, 26 Disember 2009

aku yang terselamat.. ~

urm tajuk entri aku kali ni ada kaitan dengan apa yang aku baru jak lalui tadi..sampai sekarang aku masih takut sampai tidak dapat berfikir apa2..tadi nyaris2 aku kemalangan..bukan sekali nyaris tu tapi dua kali berlaku nyaris tu..

ceh, tiba2 aku lompat pi klimaks tidak tahu mana pendahuluan cerita ntah apa semua..actually tadi aku, kak c-la dan nurul pi la bandar..macam biasa la jalan mau cari barang. sampai jak bandar memang jammed sampai teda tempat mau parking. jadi aku pon pegilah wisma merdeka kunun mau parking sebab itu jak dekat dengan segama kan..ntah macam mana bila sampai di tengah2 mau pi parking tu (sebelum kaunter parking tu la) jammed dan aku terstuck di tengah2. time break tu memang la tiada masalah tapi bila aku mau naik tu tiba2 kereta tu reverse plak. punyalah aku takut time tu. itu satu. kemudian bila mau lalu palang di tempat parking tiba2 kereta tu ter'reverse' dan ternyata la aku tersalah masukkan gear. mujur ALLAH masih sayangkan aku kalau tidak aku rasa da lama kereta belakang tu cium bumper belakang kereta tu. aku memang takut...kak c-la pon suda sampai menjerit..keadaan time tu memang teruk dan ngeri..

lepas jak gitu terus aku tidak jadi parking dan turun bawah..lepas ni aku rasa memang wisma merdeka tu jadi black list la aku takkan naik lagi parking di situ dan sekarang aku mula fikir untuk 'berehat' seketika daripada memandu. memang macam aku terbayang2 lagi time tu dan aku tidak tahu bila trauma ni mau hilang..tapi cuma tinggal seminggu sebelum aku melapor diri di hospital tu. semoga ALLAH memberikan petunjuk Nya.

hampir 21 tahun aku hidup dan memang inilah detik paling teruk dalam hidup aku..memang mengerikan dan menjadikan aku sedikit trauma..tu jak la aku mau cerita..mau pegi menenagkan diri dulu dan membina kembali semangat aku yang telah hilang ni..terasa hidup aku seakan2 menjadi sepi dan seperti separuh jiwaku pergi =( nanti aku cerita lagi..assalammualaikum..

Jumaat, 18 Disember 2009

penat ~

assalammualaikum..yeah..salam maal hijrah 1431H. semoga tahun baru ini akan menjadikan kita lebih baik daripada tahun2 sebelumnya. tapi aku bukan mau cerita pasal tu sebenarnya. tapi pasal penjelajahan aku hari ni. isk, penat sungguh sampai tidak boleh cakap.
semua mula jam 11 tadi..fuh, pengembaraan bermula dari jakel tuk beli baju sekolah nurul..then dari situ jalan2 lagi sampailah di bandar dan situlah episod sedih aku bermula.
punyalah jammed bandar sampai aku rasa macam mau bagi award paling teruk tu di bandar ni jak...argh sangat geram jak..nyaris2 kaki aku patah asyik tekan brek..mana tidaknya kereta banyak betul sampai tidak boleh bergerak..fuh, mujur aku dapat parking di mall tu walaupun di tingkat 6..sungguh sengsara. sakitnya kaki aku..
aku memang penat sampai novel "cinta datang lagi" yang aku baru beli pon aku belom sempat baca..argh sungguh penat dan sekarang aku mau tidur.

Khamis, 17 Disember 2009

princess n da frog ~

tiket wayang aku semalam..hoho =)

aku baru jak tengok wayang semalam. sebenarnya tidak plan pon tapi bila satu taman ni black out kak c-la pon bagi idea yang sangatlah bernas iaitu menonton wayang.lalu dalam kegelapan kepekatan malam tu aku, mama, nurul dan kak c-la pon jalan la pi tengok wayang. mujur dekat..
sampai sana wayang memang mau mula suda. nasib baik sempat. tapi dorang 3 tengok 'santau'. cis ~ memandangkan aku takut dan bagi mengelakkan aku tak dapat drive pulang (alasan yang sangat tidak logik..haha) aku pon tengoklah princess n the frog..

mula2 masuk tu aku tak expect sumthing yang boom ka sebab besalah nama jak suda kartun kan. dalam kepala aku memang terbayang suda mesti macam yang aku baca di buku cerita time budak2 dulu.
tapi rupanya bila wayang tu start jak dia memang berlainan dari yang kita baca time budak2 dulu..kartun ni memang best dan lagu2 dia pon siok juga walaupun cuma dalam kartun..paling penting filem ni ada moral value yang dia mo sampaikan..hehe..
aku rasa filem ni memang best tapi tidak boleh la aku cerita panjang-panjang kan sebab filem ni baru keluar kan? tapi itulah. filem ni kasi tunjuk macam mana dalam hidup ni banyak perkara yang kita tak expect boleh berlaku termasuk jatuh cinta dengan orang yang kita tak suka..haha..yeah.
kalau ada kesempatan aku memang mau tengok lagi filem ni. hah bestnya...ok, nanti aku cerita lagi..jenguk2 facebook luk..

Selasa, 15 Disember 2009

hikayat aku berjalan kaki ~

aku tak tahulah apa da jadi dengan sistem keimunan aku ni. masuk jak minggu ni aku bukannya makin sembuh tapi terus diserang selesema juga...sudahnya aku bukan setakat batuk malah selesema juga.

aku bukan ada cerita apa pun mau cakap di blog aku ni cuma aku sakit hati jak tadi..tadi, aku keluar lah kejap, temankan kak c-la tunggu kawan dia..on da way balik rumah baru aku perasan ada anjing kat hujung lorong rumah aku ni. dan anjing jiran aku ni sangatlah garang..yang aku heran, da tau anking tu garang buatlah apa biarkan berkeliaran kat tengah laluan orang tu? kalau tengah malam ke apa aku boleh consider..ni lewat petang..dan anjing tu memandang aku dengan garangnya. cis...

memandangkan aku takut, aku pon amek la jalan jauh sket..dalam hati da bengang dengan minatang tu tadik..dalam aku mengang2, aku jalan la kat tepi sambil aku ni berhati2 sebab banyak lopak (skill tidak mau seluar basah)..ntah macam mana time aku jalan tu ada seorang manusia ni yang membawa naza ria sengaja dok himpit aku kat tepi tu..cis..mementanglah aku cuma jalan kaki..aku punyalah kecik ati..mentang2 kereta dia tu masih baru..

iklan jap..macam mana la batuk aku ni nak sembuh sedangkan malam ahad tu bila batuk aku da agak ikey dan2 aku pergi tengok konsert pesta 1malaysia..lucu juga bila ingat malam tu sebab aku asyk batuk2 jak sampai makcik depan aku ni da dok pandang aku semacam jak..yg penting malam tu memang best sebab ramai2 lepak kat padang tu tengok konsert ngan dorang mama, dorang kak anis dan dorang along..duduk2 ramai2 macam tu teringat zaman kecik2 dulu..memang best bila sesekali dapat kumpul ramai2 gitu..
tidak boleh tahan lagi mau bersin2 depan laptop ni..nanti la sambung cerita lain lak lagi..assalammualaikum..

Jumaat, 11 Disember 2009

aku yang terlupa..

fuhhh...( setelah sekian lamanya dapat juga aku update blog aku ni sambil batuk2 ). masuk arini da lebih seminggu aku batuk dan aku sungguh risau. kenapa aku risau? nanti lab bagi report "acid fast bacilli seen" plak. kalo yang tu ada la report tu pesakit tibi, menunjukkan ada mikroorganisma yang bernama Mycobacterium tuberculosis di sputum tu. nauzubillah..nasib baik batuk aku da wokey2 sket berbanding hujung minggu lepas. eh, tetiba aku da masuk mikrob pula..isk isk..aku bukan nak cerita pasal ni sebenarnya..

aku mau cakap tentang apa yang aku buat lately ni..sejak first day aku smpai kat rumah ni,boleh dikira berapa hari jak aku benar2 stay kat rumah..yang lain tu aku merayau la ngan dorang mama. penat memang penat tapi memang enjoy..paling enjoy bila prepare kawen kak atin..time tu tak terasa penat langsung sebab kumpul2 ramai2 satu family..memang kecoh. masing2 borak smpai lewat malam. itu yang aku sampai lupa mau update blog..hoho..

lately ni juga aku selalu pergi 1borneo..besalah lepak2 harris tapi teda juga buku baru..yang ada tu pon aku da beli. dua tiga ari lepas aku pegi centre point..memang teruja.haha..pasal lama tidak pegi kot..ada juga lah beli barang2 sikit. esok pon aku busy juga. esok plan mau balik kampung..yeahh...harap2 smua berjalan lancar..nanti aku sambung tulis lagi ek..aku da malas..assalammualaikum..