tadi, bila balik kerja syif malam tu, aku dengan kak tina gerak la pergi parking. kak tina balik dengan aku hari ni. kami kan pencinta alam sekitar, jadi perkongsian kereta itu digalakkan =) lepas tu, bila lalu khemah untuk perasmian hari kardiotorasik ka apa kejadah *Seriously aku tak ambil tahu pon sebab erkk busy kot* aku macam terpegun dan macam cepat-cepat nak bagitau pengarah hospital boleh tak pinjam khemah tu tuk majlis kahwin aku nanti? haha.
aku dah jatuh cinta dengan gabungan tiga warna khemah ni. merah, putih dan pink. macam mana ni. macam mana ni.tetiba rasa nak kahwin bila tengok khemah cantik macam ni. kahkahkah..
lepas tu, aku dalam hati dah macam sedih sebab cuma dapat snap sekeping gambar khemah pujaan hati tapi tanpa disangka masa kereta dah gerak tu, ntah macam mana aku cepat-cepat buka tingkap dan ambil gambar lagi.
aku bajet terror sebelah tangan pegang stereng, sebelah lagi pegang handphone. padahal terima kasihlah pada blackberry yang ada sporty mode tu. kalau tidak mesti gambar aku dah macam angin lalu. tiba-tiba hospital bersih betul langsung takda sampah. tapi sebenarnya time aku balik ni kelihatan pekerja sibuk menyapu sampah di tempat letak kereta ni.
tamat cerita khemah. lepas tu, balik rumah tidur dan bangun jam 12. mama berleter sebab dari semalam sepatutnya pergi TM Point tapi sebab aku malas mahu memandu, tertunda pergi hari ni. gerak pergi TM Point dengan niat untuk terminated streamyx. mujur dapat kakak pegawai TM yang baik hati. settle satu masalah. kalau tidak, tiap-tiap bulan lah aku bersedekah rm60 untuk streamyx yang tak boleh pakai.
sepanjang perjalanan tadi aku dengar cd zikir terapi Hafiz Hamidun. merdu. sampai aku rasa mahu berhenti tepi jalan sebab terlena dengar alunan zikir dia.
haruslah lapik kereta aku pon interprame juga. zikir ni murah. rm19.90. jadi harus beli yang original. kalau dulu, aku pasang cd maher zain tapi kakak dah ambil cd tu sebab itu dia yang punya. sobsob. kalau aku rajin kang aku belilah juga cd maher zain tu. boleh temankan cd hafiz ni dalam kereta.
pastu mama singgah giant on the way. tidak beli apa-apa pun. cuma cuci mata. hikhik. apit jak lah yang teruja tengok perhiasan tahun baru cina tu. aku pula teruja sibuk ambil gambar dia.
oh, standardlah generasi incik sulaiman suka bergambar di giant. memandangkan apit kecil, bolehlah keluarkan gambar dia posing di giant. muka bajet mahu suruh orang pergi tengok patung untuk tarian singa yang kena pamer. apit apit. nanti kita beli satu ok?
sampai rumah, baru buka pintu nampak satu parcel berdaftar atas meja kopi mama. aku nervouslah konon bajet ada orang nak buat suprise. haha. padahal dalam hati dah boleh agak ni mesti novel kak weeda yang dah sampai. dan ternyata, instinct aku memang tepat. tadaaaaaaaaaaaaaaa........
bila aku nampak cover dia ada kamera DSLR aku terus berangan-angan konon nak beli juga. padahal tak reti guna. sabar nina sabar. ingat percutian. ekekeke...
paling terharu, bila buka second page, kak weeda ada tulis pesanan,
hah, memandangkan gambar macam blur, aku siap taip. terima kasih kak weeda. sangat-sangat terharu baca kata-kata ni. InsyaALLAH saya akan ingat kak :)Especially for Nina,Tiada penyembuh sebaik Al-Quran,Jadikan ia sbg panduan hidupselamanya, TQ & Selamat Membaca!
jadi sekarang aku mahu pergi membaca novel dan berehat. penat kerja semalam belum hilang. seriously banyak sampel dan aku pun macam eh? amnesia kejap pasal kerja T_____________T asslammualaikum semua. bertemu lagi bila ada cuti. haha.
p/s: sama-samalah kita mengelakkan diri dari terjebak dengan sambutan hari kekasih 14 februari yang hanya membuang masa. berusahalah untuk mendapat cinta sebenar iaitu cinta kepada ALLAH S.W.T =)
3 doakan nina naik pangkat :):
Dear Nina,
Thanks so much sebab beli novel akak. Semoga mendapat manfaat daripadanya. Take care always dear :) Keep in touch! <3
@Weeda Airiza
akak..terharunyaaa :) terus buat novel best tau. hikhik..
insyaALLAH, akak tgh struggle nak habiskan manuskrip baru.. hehe thanks a lot :) <3
Catat Ulasan