Isnin, 28 September 2009

hari ni?!

Aku takda cerita menarik hari ni. Macam biasa lah bila hari pertama kuliah ni macam2 perkara yang berlaku. tapi, masing2 masih mencari mood aku tengok dan tidak kurang juga yang masih dalam mood hari raya. td mr max masuk kelas sempat juga cakap pasal filem jin notti.

Semalam aku dan roommate aku keluar pi pekan. Saja jalan2 cari makan memandangkan café dan food court berdekatan kolej belum lagi dibuka. Dan sepanjang perjalanan tu aku berdebar yang amat. Kenapa? Kerana aku memandu..selepas peristiwa di malam 1 syawal itu jujurnya aku mula merasa serik untuk memandu. Apa yang berlaku di malam raya? Biarlah rahsia..ahah.. kadang2 aku rasa macam ada juga mau bingkaikan jak lesen ni dan gantung di dinding tapi rasa tidak berbaloi la pula.
aku rasa semalam tu macam pertama dan terakhir la kot aku driving di sini. penat aku mahu melayan perasaan takut aku tu.

Dua minggu lagi aku akan exam midterm dan dua minggu kemudian peperiksaan akhir aku pula menjelang. Aku memang cuak. Risau betul mau duduk exam. Memandangkan selepas ni kami akan menjalani praktikal jadi aku da mula packing barang sikit2. Da ada yang aku bawa pulang time cuti raya dan sekarang tinggal dua kotak lagi yang akan aku hantar melalui pos selepas peperiksaan akhir nanti. Lepas peperiksaan akhir nanti aku dengan kawan2 plan mau p jalan2..tapi tidak tahulah macam mana mungkin aku banyak spend masa di kolej juga sebelum pulang.

Paling penting buat masa sekarang ni aku mau selesaikan masalah broadband aku yang rosak tu..hoho..kenapalah modem tu rosak di masa2 begini. Tidak tahu bila boleh settlekan masalah tu.

‘apartment’ aku pon da makin cantik dengan kebun yang makin luas..hehe..bagus betul kalo benda tu betul.

Sabtu, 26 September 2009

sabar..sabar..

Assalammualaikum..
Wah, aku tulis entri lagi untuk minggu ni. Lately ni rajin lak aku tulis entri tau. Urm aku mahu cerita pasal semalam ni. Benda ni buat aku marah gak la sket..isk..kisah dia macam ni..

25 september 2009 (jumaat)

Hari ni aku balik kolej suda..sedih plak mau balik asrama lebih2 bila teringat muka dayana tadi yang macam sedih jak bila aku amek dia tapi tak bawa dia jalan. Sampai jak di airport, aku lama betul stuck depan kaunter check in gara2 sistem computer di airport tu down. Pastu nasib baik gak la aku dapat tempat duduk tepi tingkap. Lega la sket. Then aku jumpa 2 budak satu kolej yang sama batch ngan aku. At least ada gak kawan aku pulang kolej jadi kelegaan adalah berganda.

Masuk jak flight, kepala aku da sakit. sistem down jadi flight delay dekat setengah jam juga. Dan ceita yang menguji kesabaran aku pun bermula. Sudalah duduk dalam pesawat yang tidak bergerak dengan aircond yang perlahan jak, boleh2 plak budak2 yg duduk blkg aku ni buat bising. Ok, itu aku boleh sabar lagi sebab aku boleh consider dorang ni excited naik kapal dengan kawan2 (baca:dorang ni masih menuntut ar di IPTA yg dekat gak la dengan kolej aku).

Yg buat aku XTAHAN adalah, mamat yang duduk betul2 di belakang aku ni dengan slumber nya menghentak2 kaki dia di seat aku..halloooo..dia ingat kerusi aku ni punching bag ka apa. Mula2 aku ingat dia tak selesa tapi yang buat aku bengang adalah dia boleh gelak2 dengan kawan2 dia dan semakin menghentak2 kaki dia situ. Dan akibatnya? Kerusi aku tertolak ke depan. Dia buat kerusi aku macam buaian. Mula2 dia tolak smpai tak boleh lagi then tiba2 tarik kaki dia buat kerusi aku ke belakang dengan mendadak. Aku memang mendidih betul suda time tu. Bayangkanlah selama flight tu delay mamat tu buat macam tu.

Aku kalau tak sabar tadi aku rasa memang ada juga yang gaduh dalam flight tadi. Yang buat aku bengang, aku pon bekas penuntut di universiti tu juga. Jadi tak payahlah berlagak. Sakit betul hati aku.

Bila flight tu naik jak cuaca memang tak bik dan kapal asyik bergoyang jak. Perasaan aku time tu tak payahlah cakaplah. Tuhan jak yang tahu. Hingga sampai satu tahap jus oren yang aku pegang tumpah sket di baju aku. Mujur juga aku bawa jaket time tu, leh cover. Sampai sekarang kepala aku masih pening lagi naik flight tu.

Sampai kolej feeling sedih + sayu tu tak payahlah cerita. Terasa benar aku keseorangan. Last2 aku tidur. Lunch aku hari ni kfc jak. Itupun yang aku beli bila sampai airport (baca:aku tak gemar makan kfc). Dan malam skalik lagi aku kena makan kfc bila café kolej dan gerai di food court tutup. Uwarghh…yang pasti lagu raya ni buat aku sedih..sobsob..walaupun kembali ke kolej selepas raya keenam tetapi aku tetap sedih dan feeling aku macam tak pulang beraya jak..

Urm, itu jak lah cerita aku untuk semalam. Nanti aku tulis lagi..assalammualaikum..

Jumaat, 25 September 2009

masih dalam mood raya..

assalammualaikum..

urm untuk kali ni sebenarnya aku mau cerita pasal semalam. aku terlewat post kan entri ni dan sedar2 jam da melebihi jam 1 pagi. huhu.. ok, diulangi ni cerita semalam ek.

bangun pagi jak aku da semangat sket sebab hari ni hari last aku beraya kat sini untuk tahun ni memandangkan aku akan pulang ke kolej esok jadi semangat sket la aku. tempat pertama yang kami pegi adalah hypermall. aku bukan ada mau beli apa2 pun. just main2 dengan dayana kejap dan urm belikan ben hadiah birthday..sori ben, da jadi belated lak birthday ko ek (baca:birthday dia 23 sept).

lepas tu, apa lagi balik kampung jap untuk pegi rumah terbuka kak anis. nasib baik bukan aku yang memandu lalala boleh rilek2 kat seat penumpang. sampai jak rumah mama tua, apalagi makan la. menu hari ni adalah ayam panggang..yummy..yang paling best adalah lepas makan boleh petik buah rambutan lagi yang tengah berbuah..urm teringat time aku kecik2 aku ngan kak c-la panjat pokok rambutan ni.

dan sebelum balik, kak anis sempat bagi aku duit raya memandangkan aku akan pulang esok..uwarhhh...tersangatlah saya terharu..tidak ku sangka di usia begini aku masih mendapat duit raya dan jumlahnya pula tersangatlah lumayan..terima kasih kak anis ^_^
balik dari sana aku rilek2 kejap then aku pon start tolong mama buat tart nanas memandangkan tart nanas yang telah dibuat sebelum raya berjaya aku habiskan dan kini aku masih mahukan biskut itu untuk dibawa pulang ke kolej. dan hasilnya? aku masih membakar biskut hingga sekarang.

balik pada cerita hari ni 25 hb..sebenarnya aku samgat mengantuk sekarang dan dalam masa beberapa jam lagi aku akan pulang ke kolej aku semula..hoho..naik kapal lagi. lately ni aku rasa macam da tak larat mau naik kapal. sungguh meletihkan..jadi macam mana mau balik? takkan naik sampan kot..haha..isk aku ni..

urm mata da berat. sambung lagi nanti..harap2 cuaca hari ni baik agar flight aku berjalan lancar..insyaALLAH..aminnn...

Rabu, 23 September 2009

raya lagi..

assalammualaikum..
apakah cerita hari ni? hah, arini ada cerita best sket. tadi macam biasalah arini kena pegi beraya lagi. tapi, awal2 pagi lg ada adegan dramatik suda. bila aku tgk hp aku jam 10 bru aku sedar ada mesej dan call dari kak atin (kakak sepupu aku yang kami rapat). risau juga. then, rupa2nya kami dapat jemputan untuk pegi open house family tunang dia ^_^ yihaa...jadi, dalam jam 12 gitu aku satu family pegi la rumah dia. hoho..

sampai jak sana ada baba's family..maklumlah biras dia kan. then kami pon apa lagi makan lah. kek coklat dia memang sedap. nyum nyum..aku makan nasi jak ngan sayur campur plus serunding. no more lemang dan rendang sebab aku takda mood. ada tembikai juga jadi arghhh..aku gumbira..

lepas makan, borak2 lagi. then tanpa disangka2 yihaa ada sesi bergambar juga. kami pon bergambar la one family (baca:bulan 12 nanti memang sah la kami jadi one family..insyaALLAH ^_^) cantik gambar tu. lebih2 lagi amek ngan bakal pengantin kan..haha..

lepas dari sana, kami pon balik la kampung. hari ni pi rumah pacik mali lak. aku makan ketupat jak. still kenyang lagi dari rumah tunang kak atin tu . kami situ dalam sejam jak. then pulang rumah lak.

esok turn rumah kak anis lak..tak sabar mau pi rumah dia. kak anis memang sportting gila. haha..tapi yang pasti seminggu cuti ni aku sibuk main dengan dayana (anak kakak sulung aku tu). aku memang mudah betul geram tengok baby ni. mesti rindu ngan dia nanti.

urm jari aku pon da penat so jumpa next entri..mata aku pon mengantukk..zZzZz...

Selasa, 22 September 2009

raya time

huh, arini aku rasa penat betul. macam tidak larat jak lagi badan aku ni. mana tidaknya, hari ni adalah hari untuk rumah terbuka family aku. so, memang penat sket gaklah. tapi yang bestnya dalam sibuk2 tu aku sempat gak 'lari' jap. terima kasihlah untuk uni ngan gurl (bespren time skolah dulu) sebab sudi datang open house aku. lepas open house aku, kitaorang mula gerak pi rumah ex classmate yang lain. fuh, lama tidak jumpa dorang.

walaupun aku fobia + takut mau drive tapi tadi aku kena drive juga kalau tidak macam mana mau pulang. Tuhan saja yang tahu perasaan aku time tu. rumah yang pertama kami pegi rumah pami. makan2 jak sini pastu pi rumah ary lak.

di rumah ary makan lagik sambil ambil gambar tapi gambar tu di kamera ary so kena tunggu ary letak di facebook la dulu baru leh amek. ada tono ngan topex gak. memang excited jumpa dorang. lebih2 lagi topex. memang banyak betul kenangan dengan dia lebih2 lagi sebab kami adalah kawan baik. macam reunion lak dan memang riuh rendah kami. lama tak jumpa macam2 cerita yang timbul dan pastinya saban tahun memang muka2 ni la juga yang akan berkumpul di hari raya. kalau tahun lepas ada yang datang berpasangan, tahun ni semua(baca:ada yang memang single la..haha) datang secara solo sampai betul2 nampak macam perjumpaan budak sekolah menengah..argh..rindu betul dengan kenangan kita dulu..haha..

lepas tu, pi rumah enab lak. tapi aku tak lama sebab kena balik awal sebab ramai sedara datang rumah kan. tapi, ternyata aku rugi sebab bila sampai rumah aku da terlepas jumpa kak atin ngan miaw..hoho..

sampai rumah jak ada pakcik mali's family, pakcik majin's family, abg li's family. then, tidak lama gitu baba pon datang ngan family (baca:abang mama aku yang memang kitaorang rapat).

paling best bila jumpa pakcik majin's family sebab dorang kan tinggal di semenanjung jadi memang susah mau jumpa. jumpa ibu (baca:isteri dia la) tadi dan dia pon tak berapa caqm aku da. maklumlah da dewasa.huahuahua.

dan sekarang, aku sibok update blog ni plak. aku rasa da penat ni. jumpa lagi. assalammualaikum..

Isnin, 21 September 2009

catatan di hari raya?!

selamat hari raya semua. urm hari ni hari raya kedua tapi aku tidak buat apa2 pun. aku cuma stay di rumah jak dan satu-satunya rumah yang aku pegi adalah kali ni adalah rumah bapa sedara aku. aku tak berapa ada mood untuk hari raya kali ni. mungkin pasal aku nak exam kot.

sepanjang hari ni aku cuma usik dayana jak..urm dia ni baby kakak aku yang first. penat aku sakat dia sepanjang hari ni. dan sibuk bina kehidupan baru di yoville. hah, itu jaklah.

Sabtu, 19 September 2009

salam aidilfitri semua..

ni kad raya yang kawan2 sekelas aku bagi..masyeh korang..



p/s:kad raya ni untuk semua yang bagi aku kad raya dan semua yang mengenali aku walau dimana jua anda berada..syukran jazilan anta wa anti..


Dua tiga arini aku asyik pasang lagu raya jak..tahukah anda mengapa? Iya, tepat skalik sebab malam ni adalah malam melihat anak bulan..walaupun cuti aku hanya bermula sehari sebelum raya (hari ni la tu) tapi aku tetap pulang ke kampung halaman..haha..balik kampung..oOoO balik kampung hati girang.


Aku baru jak sampai rumah petang tadi. Terus jalan kejap ngan mama dan nurul. pastu berbuka jak dengan semangatnya aku cuci tingkap dan tolong pasang langsir. ekeke..
Tidak sabar betul mahu berhari raya sok. aiseh..terujanya..tapi still berpada-pada gaklah.


Selain tu aku sibuk dengan kebun aku ni. Aish sejak kebelakangan ni aku memang jadi petani yang berjaya betul la. Teruja tengok tanaman aku tu tumbuh dan aku akan terus berusaha. Haha..


Di kesempatan ini, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada keterlanjuran kata silap dan salah selama ini. Semoga lebaran yang menjelma ini akan memberikan kebahagiaan dan keberkatan pada kita semua..InsyaAllah. akhir kata selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin.



Rabu, 2 September 2009

hehe..


aku baru habis baca novel ucapkan kau rindu-murni aqila tu. bila tengok watak adham tu memang gentleman dan aku rasa setiap wanita mesti mengimpikan lelaki idaman macam adham tu yang tenang jak. bagi aku, bertemu lelaki yang macam adham tu akan menjadi salah satu perkara terbaik dalam hidup.

penyabar dan beriman. aiseh..nampaknya buat sementara waktu ni lelaki idaman aku macam adham la plak. punyalah caring..teringat plak watak dalam filem G.I Joe yang aku tengok baru2 ni. tapi, bila baca pasal bercinta satu tempat kerja ni, aku serta merta teringat rakan2 sekolej aku *sengih* urm..kadang2 memang manis untuk dikenang tapi pasti ada hempedu yang datang menyapa.

hehe..stakat ni best juga perhati gelagat diaorang tu. urm novel ni memang best. rugi sapa yang tak beli. aku memang teruja baca novel ni tadi.

*smile..*

yihaa..aku gembira hari ni sebab novel kedua murni aqila ni selamat juga tiba ke tangan aku. hehe. memang teruja dan tidak sabar lagi mau baca.

jadi, aku mau baca novel la sekarang. oh ya, semalam daus ngan kingsz ada p rumah. tapi bukan datang menziarah cuma singgah kejap jak. akhirnya daus sampai juga p rumah aku ni.

ok, nanti sambung lg ek..selamat berpuasa.