1. memandangkan ada staf lain di makmal yang bernama nyna, jadi semua staf di makmal panggil aku, suE termasuklah juga semua yang berurusan dengan aku di hospital except those yang satu batch dengan aku di kolej sebab dorang dah terbiasa panggil 'nina' ;)
2. garang dan tegas bila berkaitan dengan kerja. haha..tapi sebenarnya aku ok jak kalau kena bawa borak oleh staf lain yang pergi makmal. kan kak mas dan kak dayang? hakhak..
3. sebelum belajar dalam bidang MLT, aku sempat belajar di uitm kota kinabalu. fakulti sains gunaan :)
4.bekas penuntut di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching.
5.minat Kaer Azami sejak umur 15 tahun sampai sekarang. woit woit... dan kami adalah friends di facebook. haha..
6. I'm workaholic for the time being. haha :D
7. Sukakan melancong. bilalah airasia nak ambil aku jadi duta ni? aku penat dah turun naik kapal ;)
8. aku lebih peramah di twitter berbanding di dunia realiti. di dunia sebenar aku lebih banyak mendengar dari bercakap.
9.aku tak makan sayur. seriously. tapi aku makan cendawan. kalau dia kategori sayur la T_T ada certain sayur yang aku makan macam sambal terung. kalau terung kena masak lain selain sambal aku memang tak makan. sebab tu aku failed kalau masak sayur. sebab aku tak makan. huahua..
10. aku suka warna biru tapi kereta aku warna kelabu T___________T
11. aku mula makan ayam kfc spicy bila aku final year di kolej. sebelum tu dunia aku memang ayam original. tiap kali nak order ayam kfc mesti oringinal. hukhuk.. *sekarang aku tiba-tiba teringin nak makan ayam kfc la pula. cis *
12. tempat kerja sekarang adalah hospital pertama tempat aku posting after habis belajar.
13. aku tak tengok pun ombak rindu sebab aku rasa maya karin tak sesuai jadi izzah << kadang-kadang aku memang bajet pengkritik filem sikit. haha..
14. suka dengan Lisa Surihani. oh, siapalah tidak sukakan perempuan secomel dia :)
15. nothing on you adalah ringtone terkini aku pakai. sejak matluthfi upload video dia nyanyi lagu tu di youtube. haha.
16. hadiah untuk hari ibu tahun ni adalah paling istimewa untuk mama sebab ni hari ibu pertama setelah aku bekerja. pokai pokaiiii~ hahaha..
17. jarang keluar pergi shopping complex tanpa mama. kalau bukan dengan mama pun mesti dengan liling .. oh kami bespren sejak lower 6 dulu :)
18. dulu time form 4 wakil sekolah main bola jaring dan bola baling. time sekarang hampeh. kasut sukan hanya sekadar perhiasan di rak kasut.
19. time tingkatan 4 dan 5 dulu jadi pemantun terbaik sekolah..haha *pengsan* kadang-kadang aku memang ayu sikit. huahua..
20. dulu pakai wedges pergi kerja. tapi sebab leceh mau memandu dan malas mau tukar-tukar kasut jadi sekarang pakai flat shoes.
perghh.. berjaya juga aku merepek. aku kerja ni. kerja oi kerja. isnin lepas aku direct oh. kerja 14 jam. aku pengsan kejap tapi sedar semula bila teringat yang kena bayar oi kerja lama-lama tu. lagipun aku kan harapan negara. haha. ok, mari sambung buat ujian keserasian darah patient. jumpa lagi blog. assalammualaikum =)
0 doakan nina naik pangkat :):
Catat Ulasan