Khamis, 30 September 2010

selamat tinggal assignment ;)

salam...

entri kali ni aku taip sambil tersenyum gembira ala2 muka comel depan notebook sendiri.haha..teka kenapa? yeah ada kaitan dengan tajuk aku ni la. alhamdulillah segala pujian bagi ALLAH S.W.T. Sebenarnya tiada ayat yang boleh aku gambarkan untuk bagitau betapa gembiranya aku assignment aku semua da disiapkan untuk tempoh pengajian diploma aku ni. erk aku rasa mau ulang. ya SUDA DISIAPKAN SEPENUHNYA. haha..


memandangkan ini tahun akhir, jadi ini adalah semester terakhir yang ada assignment sebab untuk semester terakhir nanti buat laporan kajian kes jak di dalam makmal. jadi tanpa disangka aku telah berjaya menyiapkan semuanya. fuh..lega selega-leganya. aku tidak sangka aku akhirnya berjaya memandangkan aku tiada mood pon mau buat sebelum ni..haha *gila malas punya budak..grrr*


okeh okeh abes cerita pasal assignment aku yang da siap tu. maknanya aku da boleh senang lenang la ni. hihi..kang kalau aku terus cerita pasal assignment ni ada lak yang jeles.lalalala....
tadi sebenarnya ada sambutan hari raya di makmal dan majlis perpisahan untuk kak sal. tapi aku tidak sempat ambil apa-apa gambar makanan sebab bila da siap susun jak tetamu da mula datang.


mula-mula jamuan tu memang plan untuk warga patologi tapi since makanan da banyak betul, bos pun dengan baik hatinya jemput doktor-doktor yang menumpang mesyuarat di makmal kami tu dan juga staf-staf di unit pentadbiran yang merupakan jiran kami tu. haha..dorang mami pun ada juga..hihi..nda ada cerita ngan mami tadi. mami banyak senyum jak tengok gelagat kam sibuk gambar2. mami macam mau bawa cakap tadi tapi aku segan la..lagipon hati rindu. jadi tidak boleh tengok mami lama2 nanti tambah rindu..hihi.. macam-macam makanan ada tadi. antara menu dia udang sambal petai, kuah lodeh, ketupat, kari ayam, kuetiaw seafood, ayam panggang, ayam kfc dan pasta..erk memandangkan aku tak pandai makan pasta, aku tak tahu tu pon pasta. mujur kak lynda bagitau *sigh*.


tima-time mami tengah makan tu aku pon bantai amek gambar ngan kak lynda. haha..kami memang gila bergambar juga sket ;p oh ya, ada juga gambar ngan kak sal tadi time bagi present kat dia tapi gambar tu di kamera dia. tunggu kak sal upload baru leh amek :) memang terasa kehilangan bila kak sal tiada lagi di makmal. macam baru jak semalam kami berjumpa buat kali pertama dan kak sal bagi tunjuk ajar dia yang pertama..oh menn. mula rasa sedih. jadi masa untuk layan gambar la..


with kak lynda tersayang..senyum nda berapa menjadi sebab ada mami di depan..haha..




gambar time mobile besar-besaran di centre point dengan baju korporat jabatan..*kak sal yang pakai tudung hijau*

memandangkan assignment aku suda siap jadi malam ni mau merayau-rayau di blog orang la.haha..hati sangat lega sekarang..urm mau buat lab report la kejap lagi *tiba2 jadi dak rajin..haha*

p/s: esok jamuan raya hospital. hiasan memang gempak suda tu tadi. so mesti pakai baju raya yang gempak la juga ni esok nampaknya :P

Isnin, 27 September 2010

esok cuti umum ~

tajuk entri memang tak boleh blah. aku cakap sini awal2..itu TIPU. kang tak pasal2 aku kena saman sebar maklumat palsu.haha.

aku penat arini. orang cakap, monday blues isnin kan? blues la sangat aku. haha. sampai jak di lab pepagi aku da kena update result hujung minggu lepas dari central lab. pastu dalam keadaan mamai2 pepagi *mamai la sangat..haha* tunggu sampel dari dewan bedah lak. biasalah hospital buat biopsi bagai kan.

lepas tu sambung tengok slaid pap smear yang telah didiagnosis lak. okeh aku sangat pening. itu tidak boleh tipu la. suda la aku sorang2 di lab tadi dan bila aku tengok pap smear tu macam makanan pon ada suda.*erk dan2 sel orang jadi makanan lak*

okeh okeh. dan ini pengakuan BERANI MATI lak.aku mau siapkan dua assignment malam ni dan doakan aku berjaya okeh..

psstt:rasanya buat assignment bertemankan air mata lagi best..lalala..

Ahad, 19 September 2010

oh tidakk...kerja lagi??

salam..

aku tidak tahu kenapa tapi aku mesti buat entri ni jugak. haha *gelak kejam* aku rindu la weh. rindu...adoi..rindu ngan lolly. haha..okeh okeh selain lolly, aku rindu daktu sebenarnya. rindu sangat2. rasa macam mau sms dengan dia 24/7. huhu *tidak logik okeh nina*

okeh lupakan soal itu kejap. esok mula kerja semula. boleh tak aku tambah cuti lagi? uwarghh...rasa macam malas sungguh mau memulakan praktikal kembali setelah dua minggu bercuti. tapi tidak mengapa. memandangkan aku telah bekerja sehingga jam 10 malam semalam, makanya aku mau cuti sehari la pasni.

aku da terasa da penat walau belum start lagi. kembali berhadapan dengan doktor, nurse dan patient ohh aku belum sedia mentally lagi. malasnya bila memikirkan mau menghadap komputer dan slide sel-sel manusia esok. *terasa mau ber-facebooking saja esok..hoho* oh tidak. nanti makan gaji buta lak aku ;p

esok jamuan raya di makmal juga. arghh sedih lak aku rasa mau pegi jamuan raya dengan memakai labcoat. haha..tengah tunggu kak sal mengupload gambar2 semalam jugak dari kamera dia. almaklumlah pertama kali membuat baju korporat makmal itu (walaupon belum jadi staf makmal tu, tapi kami dapat juga baju korporat tu..yihaa). okeh2 aku da penat menaip. perut pon da bunyik2 lapar. adoi jahanam diet sebelum puasa. macam mana ni. isk?

adik pon da balik asrama kat cyberjaya. tambah sunyilah rumah dan takda orang nak berfacebooking sampai lewat malam bila dia da balik asrama. dan kepulangan dia menyebabkan aku terpaksa cakap gudbye my digicam. mesti nak gila bergambar dekat sekolah la tu ;p huhu..

boleh ka aku mau mood jiwang kejap? yihii..

" Apakah salah jika aku menyinta...Apakah salah jika engkau ternyata.....Pilihan hati....Belahan jiwaku ini.. =)"

p/s: assignment ada satu lagi belom siap dan dua buku laporan yang kena hantar esok belum siap lagi..erkk cover buku laporan juga belum ada.adoi nina T______T mesti siapkan malam ni.

Ahad, 5 September 2010

jom pi kl..

haha..aku rasa nak gelak2 sekarang. mana tidaknya. orang lain semua dok balik kampung yang aku lak dok menyibuk di kl ni awatnya? haha..lucu betul bila naik flight pi kl ngan orang yang balik kampung.

semalam aku memang penat betul bila sampai kl. belum sempat lagi mau jalan2. aku cuma sempat ronda2 bazar masjid jamek ni jak dan yang lawaknya aku ngan dorang mama meredah hujan di pasar malam. haha..damn excited. orang ramai betul la kat kl ni. mujur malam tadi hujan kalo tidak sure susah mau lalu pasar malam.

hari ni mau pegi taman pertanian shah alam dan midvalley. yihaa...inilah masanya untuk shopping. haha..abeslah duit mengalir bagaikan air. aku mau menikmati cuti kali ni dengan sepuas-puasnya..dan terima kasih kepada hotel yang mempunyai wifi ini.haha..

*aku tak tahu kenapa hati merasa terluka betul sekarang. should i give up right now? why the feeling comes again? after years i dont feel it and i now i feels it again. terima kasih kepada dia yang telah mengabaikan aku. sorry dont blame it on me.