Jumaat, 30 Disember 2011

imbasan 2011 :)

assalammualaikumm..memandangkan esok last disember, mari kita imbau kenangan 2011 :)

januari

-hari pertama fly pergi Kuching untuk balik kolej.
-sampai kolej, sapu bilik, mop lantai, cepat2 keluar pergi waterfront untuk beli barang keperluan. sempat bergambar. first day crying di waterfront. homesick :(


-birthday terakhir di kuching. terima kasih untuk semua yang buat suprise di secret recipe, the spring kuching tu. miss u all ;)
-jumpa balik dengan geng kamceng noor, macth dan ching2 *hug* sayang korang sangat-sangat.


februari dan mac

tiada yang menarik aku rasa. sepanjang dua bulan ni aku balik dua kali ke kota kinabalu :) dua bulan ni banyak penilaian mid term jak. dan yeah I managed to doing well. ehemm *nada perasan* hihi.


april

-bulan terakhir kuliah. tapi dua minggu sebelum final exam sempat fly pergi KL dengan family untuk attend pesta buku antarabangsa KL.
-First time naik flight direct dari Kuching pergi KL. sorang-sorang pulak tu. first time juga naik bas pergi KL Sentral sorang2 :)
-sempatlah bergambar dengan Dr HM Tuah, Anis Ayuni dengan Norhayati Berahim.
Bold


-Alhamdulillah, berjaya menjawab soalan exam walau agak sukar.


mei

-masih ada paper beberapa subjek.
-join aktiviti beramah mesra dengan junior Diploma Teknologi Makmal Perubatan di Pantai Pasir Pandak, Kuching. "hai hai, saya kak nina :) "



-jamuan perpisahan bersama barisan pengajar.
-pengumuman keputusan peperiksaan akhir. Alhamdulillah, keputusan setimpal dengan usaha yang dicurahkan :)


jun

-terpaksa menghadiri kursus induksi hampir dua minggu di kolej.
-pertama kali mengambil keputusan tidak pulang ke rumah bila cuti seminggu. menghabiskan masa di bilik noor dan ching2.
-berjaya membeli peti televisyen bersama noor. haha..

-paling manis, gambar sempena hari terakhir di kolej ni. gambar sebelum pergi airport balik KK. see jam kami..sama jenama lain warna jak. "noor, i really miss u badly :( "

julai

-pertama kali bergelar kakitangan khidmat awam. sangat-sangat nervous. pertama kali bergelar MLT di HQE II :)


ogos

-pertama kali berpuasa sebagai staf kerajaan.
-gaji tertunggak. belum masuk pon.
-beraya tanpa gaji. hahaha..

-gambar favourite 1 syawal di rumah yayah :)


september


-gaji masuk. yeayyy...beli handphone baru sebab handphone lama keypad sudah tercabut. memang payah mau sms. so, beli handphone baru ni.

*malangnya handphone ni sudah diwarisi tanpa kerelaanku oleh cik nurul shaeera..oitt adik, jaga handphone angah ni baik-baik. ni harta pertama wooo....

-beli notebook baru sebab dell tu mengalami kepecahan skrin jadi tidak dapat digunakan. beli notebook sebab senang mau angkut kemana-mana. well, aku kan traveler. haha..


*ini pon mendapat tuan yang baru esok sebab cik nurul shaeera mahu. apakahhh...terpaksa beli notebook baru tahun depan..*nada sedih padahal hati lonjak-lonjak mahu beli warna biru pulak. haha*

-paling istimewa, september 2011 dapat beli bibi ni dengan hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah :)


i love u so much bibi .. lalalalala..jangan habiskan duit aku untuk servis ko okeh. miahahaha...


oktober

-dapat bawa mama pergi kuching. ni first time mama sampai sarawak. Alhamdulillah dapat bawa mama jejakkan kaki ke sarawak.
-pesta konvokesyen..yeahhh...I'm officially a graduan.


-salah satu gambar pre konvo. thanx tu azie yang jadi photographer tidak berbayar. nanti konvo kau aku lak tolong cousin ar..
- ni pon aku lupa suda taman rekreasi apa nama dia. tapi area simpang tiga la. ramai jak orang jogging situ pandang aku posing-posing dengan jubah konvo. hahaha..

-berjaya juga merealisasikan impian utama mama untuk bertemu Pak Nil.


-tapi macam biasalah aku dengan apit mesti enterprame. Kami orang pertama okeh bergambar dengan paknil time ni. hahaha..

november

-hidup macam biasa. tiada yang menarik.
-birthday mama..love you :)


disember

-first time attend kawen rakan sekerja walaupun ni jemputan dari orang yang ketiga.
-first time drive bibi sampai beaufort. jauh woo..

bersama-sama kawan satu lab, ayu dan veron :)



oh pengantin perempuan ni labmate kitaorang..hehe..



dan yang paling istimewa sempena 2011 adalahhh.........................................................



ini dia blackbery bold kesayangan hati. akhirnya..berjaya juga dimiliki. ni adalah impian untuk tahun ni. nda sangka tercapai. hehe..

ok, aku tengah kerja syif malam ni. jumpa lagi..assalammualaikum :)

Sabtu, 3 Disember 2011

papar day 1 :)

assalammualaikum :)

bersiaran langsung dari kfc beaufort. mujur ada kfc ni kalau tidak memang modem aku ni tidak boleh digunakan. eh lupa mukadimah. aku sebenarnya baru sampai ke pekan beaufort dan bermakna aku telah memandu lebih 97km secara terus tanpa menggunakan pemandu gantian *fuhh..bangga dengan kemampuan diri sendiri..haha*

bertolak dari rumah jam 10 pagi sebab mahu singgah centre point sebab kak c-la mau ambik novel yang dia order di popular. sempat juga la untuk beli milky tea kegemaran di yoyo.lepas tu baru mula sambung perjalanan ke beaufort.

tengoklah betapa padatnya bonet ni walaupun cuma pergi untuk sehari semalam. ni gambar di depan rumah sebelum jalan. kelihatan juga hadiah untuk pengantin baru. haha ;p

sebenarnya, matlamat utama perjalanan ni untuk attend kawen anak kepada kawan mama di bongawan papar. tapi, memandangkan esok juga ada jemputan kawen di papar *yakni labmate aku* maka kami pon buat keputusan untuk bermalam di borneo golf and resort club, bongawan.

kami sampai di papar jam 12 suda kot lepas tu pegi rumah kenduri kawen lebih kurang 25km la dari pekan papar. jauh jugaklah. sudalah aku pertama kali datang sini. lepas tu kena drive lagi. sampai rumah pengantin terus kena jemput makan sebab tidak lama lagi pengantin bersanding. aku tidak makan pon sebab terlampau penat driving lalu selera makan pon hilang. singgah sekejap jak. lepas tengok pengantin bersanding, terus gerak pergi resort sebab hujan lebat.

resort ni pon first time aku pergi. tidak pernah pergi dan dengar pun sebelum ni. gamble jak booking online tu pon kak cla yang buat. resort ni masuk dalam lagi, bukan tepi jalan. tapi seriously memang cantik. nanti mau honeymoon sini boleh? #dearfuturehusband. haha..


sampai jak terus pergi posing tepi kolam renang. apakahhhh..sudahlah hujan, lepas tu siap pakai baju kurung lagi bergambar2 di tepi kolam renang. isk iskkk..

lepas check in, tukar tudung kejap sebab mahu sambung perjalanan pergi sini. tujuan utama untuk makan dan beli stok makanan. sebab resort ni terpencil dan tak nampak pon kedai makan di sekekliling melainkan coffee house di tepi padang golf -__________-

sampai jak pekan beaufort terus cari kfc. aku memang kelaparan. terus order chicken rice combo. sambil tunggu order apa lagi bukak laptop la dengan modem terpasang walaupon tempat ni ada wifi.ini jak peluang yang ada untuk update blog sebab dalam bilik tu jangan kan line untuk internet tapi line telefon pon tidak ada. kalau mau buat panggilan, terpaksa keluar dari bilik.



gambar gembira setelah menghabiskan 2 ketul ayam yang enak. beaufort ni memang terkenal dengan limau sebab tu di bulatan dia ada limau besar. ni first time aku sampai beaufort. jadi mesti ambik gambar sebab tak tahu bila akan datang lagi.

*paper bag hijau yang mengandungi laptop aku pon interprame skalik. pashmina pon bertukar jadi tudung. tidak kuasa mau makan pon pakai pashmina. lalalala..


wajah-wajah penting ekspedisi kali ni. aku, apit, kak cla dan mama. oh dan adik yang menjadi tukang amek gambar. haha..psst muka puas hati sebab dapat attend majlis anak kawan dia walau jauh. hakhak.

ok, perut suda kenyang, blog suda update. sekarang apa lagi, tidur. aku mengantuk dengan kesejukan yang mencengkan esok attend kawen labmate pula, laksmi eriane.
#sengaja guna istilab labmate daripada officemate sebab kitaorang kan kerja di lab. dan istilah ni comel juga kan. haha.