Selasa, 22 Mac 2011

exam time :[

salam~

tetiba rasa mau update blog. sebenarnya aku masih dalam minggu midterm. tapi memandangkan suda penat mau menghadap nota tu jadi menjenguk-jenguk la blog ni kejap. aku baru selesai duduk 3 paper setakat ni. mikrobiologi perubatan, sitologi dan patologi anatomi. maknanya aku masih ada 4 paper lagi. esok paper parasitologi perubatan dan tabung darah. khamis lak paper biokimia. dan paling best, paper terakhir hematologi jumaat.

aku tak tahu la mo komen apa paper mikrobiologi perubatan. demm ar. aku terasa kepala aku serabut sekarang. penuh dengan bakteria-bakteria semua. suda la paper mikrobiologi ni susah. adoi..da agak da mesti dia tanya pendiagnosan makmal. fuh, suka buat aku pening.

dan sebelum aku pening oleh cacing-cacing yang akan ditanya esok, baik aku mulai hafal mulai sekarang. mo hafal nyamuk lagi. oh, hafal tabung darah juga. kalau pembedahan nak bagi berapa pain darah, kalau beranak nak standby darah ke tidak. erkk aku macam nak buat nota kuliah pula di sini.

doakan aku dapat pointer yang baik macam sem lepas ek. assalammualaikum.. :)

Sabtu, 19 Mac 2011

detik-detik klimaks..

salam..



ceh, tajuk entri memang tak boleh blah langsung. haha..dan-dan detik-detik klimaks. tapi memang klimaks pon sebab tinggal beberapa hari lagi untuk meninggalkan bulan mac dan memasuki bulan april.

aku suka april. yeahhh *sambil feeling2 nyanyi lagu fazley* haha. sebab dalam 5 kali hujung minggu tu, hanya dua kali aku berada di kolej. yes, harus guling2 happy di situ. biasalah, budak2 lab macam aku ni harus lah buat kerja luar tangkap nyamuk >.< memerlukan teknik di situ ya, untuk memastikan nyamuk tidak mati semasa ditangkap. haha..

minggu depan start suda midterm exam sepanjang minggu. ni pon sebenarnya baru jak abes test untuk biochem dan mikrobiologi jumaat lepas. tapi alhamdulillah dapat markah yang memuaskan juga la. sambung lagi minggu depan alamatnya memang tak rehat la ni. kena berjaga untuk study midterm.

dari 5 mei exam final akan bermula. final yang sebenar-benarnya la sebab pasni kalau lulus da anes la. lepas final exam sambung lak dengan kursus malaria. urm ni wajib course untuk medic lab jadi mau tak mau kena ambik juga dan ini pon ada exam dia juga. bercinta dengan mikroskop la jawabnya ni kalau suda masuk bab malaria bagai. abis kursus malaria, sambung lak dengan kursus induksi yang mungkin akan mula 29 mei. fuh..memang padat meletup la bulan mei ni. lepas satu then satu exam.

sekarang pon start suda pening kepala. adoi..rehat dulu. hehe~

motip letak gambar? saja suka-suka sebab malas mau upload di facebook..

salam :) see u guys soon :) hehe..


Ahad, 13 Mac 2011

cuti tamat :"(

salammm....


lama pula tidak update blog. since connection internet tidak okeh jadi susah sket mau update blog dan blogwalking..cehh jadi ni adalah short update live dari mcDonalds Kuching International Airport..haha..

sedar tak sedar abes suda cuti midsem dan tibalah masa yang dibenci. haruslah masa mau pulang kolej. huhu..sedih jak mau pulang kolej kali ni since 8 ari yang lepas adalah cuti aku yang terbaik. balik kolej ni macam biasa la kena siapkan lab report pastu ready tuk midterm sepanjang minggu depan.

tadi sampai jak di airport KK cepat-cepat check in. bapa da pulang awal sebab stay lama2 di airport pon bukan ada apa2 (bajet independent la konon padahal nak cover line sedih..huahua ). lepas check in terus masuk balai berlepas.. demm awal time tu. suda setengah jam di balai berlepas, tiba-tiba bapa call:

bapa: di mana suda ni?

nina: dalam balai berlepas suda..

bapa: ok juga semua? duit ada kan?

nina: okeh okeh. tinggal tunggu mau boarding jak ni kejap lagi.

bapa: oh, ok yalah...

terharu jap. bapa tetap risaukan anak dia ni rupanya. tiap kali mau balik kolej mesti bapa gelabah. pantang lambat sikit sms mula la kena call. jadi, untuk kakak dan adik, hadapilah kenyataan yang bapa memang sayang angah lebih. huahua...


tetiba rasa sedih lak..oh no..rindunya ngan rumah..kalau la boleh baik tiap2 minggu..takpa nina..mesti BERSYUKUR..ko tu tiap-tiap bulan balik...


muka budak tak rela nak balik kolej..

okeh la. mau gerak balik kolej dulu..chow ~ salam :)

p/s: tak sabar mau pi pesta buku. mau beli novel Hlovate banyak2..lalala..