Isnin, 20 Februari 2012

happy belated birthday,, mama =)


mujur sempat update blog.  memandangkan lately ni agak busy, kadang kala berhari-hari tidak buka laptop. jadi harus gunakan setiap masa terluang yang ada ni. hari ni istimewa sedikit sebab tarikh dia 20 februari 2012. to be honest, time-time single ni aku pernah lah terfikir. haha, pernah sahaja okeyy untuk pilih tarikh 20 februari ni sebagai tarikh pertunangan. hahaha *sorok muka belakang teddy bear* tapi memandangkan aku takda calon pon *batuk* maka haruslah aku membiarkan sahaja tarikh itu berlalu.

malangnya, aku tetap mahu buat sesuatu yang istimewa hari ni. something yang simple and sweet untuk orang-orang yang aku sayang. maka, tempah kek hari lahir untuk mama. Tapi belated jak lah sebab birthday mama 20 november yang lepas. happy belated birthday mama. angah love you more than everyone do :')

terima kasih untuk ayu sebab sudi tolong contact hajar booking kek ni. design kek ni pun dibuat oleh ayu dengan hajar juga. terima kasih ayu. kang majlis kau bulan 5 aku bagi hadiah special ok? hakhak.

walaupun kek ni untuk birthday mama, tapi tetap perisa kegemaran aku T_____T sangatlah teruja dapat makan kek chocolate moist idaman hati ni.

see ada bola-bola coklat macam selalu dibeli time kecil-kecil dulu. comel jak perkataan happy birthday dia ni. haha. ohh bola-bola coklat ni kegemaran apitlah. apa lagi. memang dia yang di depan.

memang puas hatilah dengan design kali ni. so far hajar memang tidak pernah mengecewakan walau tiap kali buat tempahan mesti serahkan bulat-bulat dengan ayu. selalunya ayu lah tukang design. mujur ada ayu =)

errkk tapi baru perasan adik tidak dapatlah rasa kek ni sebab dia tiada di rumah. sebenarnya kek ni mau repat lagi next month untuk adik. tapi malangnya time tu hajar busy la pula. jadi tidak dapat mau order. hai hai nurul shaeera. tengok gambar sajalah nampaknya dik ;)

gambar-gambar kek ni semua diambil di lab sebab bila sampai rumah aku malas mahu ambil gambar. tu yang habis semua plug pon interframe dalam gambar sekali :")

oh, terima kasih jugalah untuk kawan-kawan yang wish belated birthday mama terutamanya liling. sayang kamu ketat-ketat. haha. jiwang tak aku beh? lalalala~




ahad lepas, time jalan-jalan di Plaza Wawasan sempatlah beli buku motivasi ni. memandangkan tajuk dia macam tu, jadi aku pun bersemangatlah membeli. tapi belum sempat baca lagi buku ni. sedang mencari masa yang sesuai. maybe hujung minggu ni, InsyaALLAH =)

Lepas tu tadi terfikir kalau letak buku-buku macam ni di dulang hantaran cantik juga kan? sekurang-kurangnya bolehlah sampai ke anak-anak cucu nanti buku-buku macam ni.

walaubagaimanapun, yang paling penting sekali aku dah beli cd maher zain. hoyeahh. limited edition. siap ada lagu inshaALLAH dan for the rest of my life dalam bahasa melayu. memang cd ni lah yang aku dok repeat dalam kereta.
jadi kalau naik kereta aku tu memang akan terasa attend konsert maher zainlah. aku peduli apa. daripada dengar yang ntah apa-apa tu, baiklah dengar maher zain kan? jadi buat masa sekarang zikir terapi hafiz hamidun tu direhatkanlah buat sementara waktu. hakhak.

harap-harap esok semuanya akan baik-baik sahaja. ntah apa yang merisaukan aku esok. hukhuk. assalammualaikum..

0 doakan nina naik pangkat :):