Jumaat, 22 Oktober 2010

tensionn..

salam..
aku penat sikit arini. biasalah PPK di lab (dolu2 orang panggial atendan hospital) tidak datang kerja pulak. jadi harusnya aku la menjadi PPK hari ni dan menerima semua spesimen yang masuk ke makmal. dan ohh no spesimen itu datang tanpa henti okeh. dan aku rasa macam artis yang menandatangan buku peminat bila sign borang penerima spesimen tu *stop angan2 nina.haha*

ya, hari ni mood aku tak baik sket. aku cuma fikirkan tentang satu lagi lab report yang aku mesti siapkan minggu ni juga. aku penat ni. kereta lak meragam. da dua ari aku tak memandu ke hospital. oh kereta, aku taulah yang proton da keluarkan inspira baru tu tapi takkan ko merajuk la kot dengan kelahiran kembar ko tu? iskk..tak faham aku. huahuahua..

next week insyaALLAH mau attend charity dinner untuk sekolah kak c-la. aku pon tak faham dinner tu nak pungut sumbangan tuk apa tapi memandangkan dia kata charity maka aku pon pergi jak la.

dan paling penting, 10 HARI LAGI FINAL EXAM. aku rasa macam mau pengsan dulu kejap. semester ni cuma duduk 4 paper jak instead of 7 paper macam kelazimannya. dan dari 4 paper tu, 2 ada kajian kes. ya ALLAH..aku harap aku boleh jawablah. aku bab2 kajian kes ni memang boleh menyebabkan migrain betul la.

okeh nanti esok2 aku update entri lagi :)
*entri ni ditaip oleh dengan hati yang agak membara oleh orang yang bekerja setengah hari..

Jumaat, 15 Oktober 2010

rasa macam mau tidur :'(

salam~
aku pon tak faham apasal entri aku lately ni macam sedih2 jak..ehh wake up nina. dont be sad unreasonable. huhu..dalam dua hari lagi aku akan duduk exam speaking muet. tapi still tak prepare lagi..

hari ni last day aku di central lab. mood? demm happy sebab tidak payah naik bukit 200 meter tiap2 pagi dan petang..okeh aku ulang 200 meter okeh..bak kata abang cherry nda sempat la mau kurus sebab da kena balik lab biasa.hihi..

tadi sepanjang hari duduk terima spesimen jak. pastu bila petang dengar abang asyairi bagi tutorial. paling tidak boleh blah bila abang cherry mengadu dia kena panggil sir oleh student. eh hello abang cherry, abang tu da jadi staf la. jangan mau angan2 macam di kolej lagi ar. haha..

dan yang paling bermakna arini bila pengumuman dalam bajet 2011 apabila gaji minima kakitangan kerajaan tahun depan. tidak sabar mau ditauliahkan jadi paramedik next year. mesti mau study hard ni supaya lulus exam final year ni..semoga ALLAH memudahkan segalanya..aminnn :)

sekarang asyik dengar lagu ni jak..urmm rindu :)
"sayang aku tahu
kita tak banyak bicara
kau jauh disana
ku menyimpan tanya..
sayang aku tahu
kita tak banyak bertemu
namun hanya kamu
yang ada di hati"

p/s: cukai handphone da dihapuskan. urmm mau beli handphone baru la :)

Selasa, 12 Oktober 2010

muet oh muet..

salam~
diam tak diam hari selasa suda. yeahh selasa suda..apa yang istimewa selasa ni? nahh..aku cuti lahh.ko ada? haha..aku memang super duper gembira ni sebab cuti. penat betul aku rasa. hidu bau xylene dengan absolute alcohol di lab tu lagilah. buat aku rasa macam mau pengsan jak adoii.

selasa yang aku sangkakan boleh buat aku bangun lambat rupanya tidak juga. huhu..lepas solat subuh, macam biasalah tidur balik. nda kerja kan? apalagi..tau2 kak c-la kasi bangun jam 6.30 pagi dan minta hantar pegi sekolah. aisehh..ingatkan abes suda dia jaga budak PMR. ada lagi pulak. dengan muka baru bangun tu dan pakai tracksuit sama tshirt jak aku pon pegi hantar kakak. sempoi kan? haha..

lepas tu sampai rumah dalam jam 8.30 pagi suda. mau dekat2 jam 9. biasalah jammed kan orang pergi kerja. aku jak yang tidak kerja ;) rasa sangat bahagia okeh bila tiba2 ada cuti di tengah2 hari bekerja..*tuk abang ashyairi sorilah saya cuti arini okehh bang..sila bincang2 esok ;) haha..*

mula2 kakak suruh ambil jam 10.30 sebab ikut jadual time tu la budak2 abes exam tapi sekali tengok dalam jam 9.50 kakak mesej cakap dia on da way pi kk suda. tidak payah ambik dia di sekolah sebab jumpa di kk jak. oh noo..suda la aku belum mandi pastu aku mau pergi pejabat pelajaran lagi urus muet. mau tahu kenapa? aku dapat slip pendaftaran tapi bila check online teda pulak. punyalah sedih kan? haha..

mula2 pergi PPD tu pegawai dia plak teda. mujur ada pacik pegawai yang lain tolong bagi phone number pegawai yang lagi satu. jadi bincang melalui telefon jak? hebat kan? huahuahua.. pastu pegawai tu suruh pegawai unit peperiksaan sana wisma muis. aku pon pergilah sama mama..mama mengantuk2 suda ni temankan aku.

pastu sampai di unit peperiksaan tu nasib baik staf di kaunter tu tidak sombong. lepas tu, dia suruh jumpa penyelia peperiksaan plak. okeh korang boleh kira berapa orang pegawai aku jumpa arini. haha..penyelia tu baik okeh. aku memang lega betul time tu. da la risau jadual MUET belum tahu bila.

then lepas bagi dia salinan penyata pendaftaran aku tu dia pon bagiau aku akan amek ujian speaking 18 oktober. maknanya isnin depan. aku sangat nervous okehh..belum mula study apa2 pon ni. mau start praktis cakap english ni mulai esok..

aku sangat takut sekarang. harap2 semuanya okeh..pray for me..go nina, you can do it :)

medic lab technologist in the making..

salam..
yeahh..tajuk entri aku kali ni memang super duper tidak boleh blah. okeh okeh ni entri sebnarnya khas untuk jawab pertanyaan annelida . anyway, thanx for following okeh :)

medical laboratory technologist atau dalam bahasa Malaysianya adalah Juruteknologi Makmal Perubatan yang korang boleh jumpa di makmal2 hospital ataupun sesetengah klinik2 kerajaan. klinik swasta pun ada juga dan kalau korang perasan, sekarang ni dah ada banyak makmal swasta yang dibuka contohnya clinipath tu *terpromo lak di situ. haha*..

okeh, MLT ni adalah golongan yang bertanggungjawab untuk menjalankan sebarang ujian sama ada ujian pengesanan ataupun ujian lanjutan untuk membolehkan doktor melakukan diagnosis penyakit pesakit. MLT ni lah yang akan menjalankan ujian dari sesukar2 ujian alat pengesanan dadah sampailah ujian yang mudah macam ujian pengesanan kehamilan..hihi..

okeh, di sesetengah tempat, selain berada di makmal MLT ni juga bertanggungjawab unuk memerhati sesetengah mesin yang terdapat di dalam wad dan melakukan laporan. macam mesin ABG yang digunakan untuk mengesan artery blood gas tu, biasanya setiap wad ada dan tugas MLT adalah untuk melihat keadaan mesin tersebut dan membersihkannya *biasalah kalau guna sampel darah tu mesti ada kesan darah terpercik atau melekat =) *.

selain itu, MLT ni juga korang akan jumpa bila ada blood donation ek..eh tapi jangan salah sangka lak. biasanya dalam satu team yang buat blood donation tu bukan setakat MLT jak tapi ada nurses ngan doktor gak. tapi kalau nak tahu mana satu MLT, pergi jak bahagian periksa kumpulan darah. hah tu memang MLT conquer la tu..haha..

MLT ni memang orang jarang jumpa sebab di makmal jak kan. takda MLT jalan2 di wad melainkan bila adanya prosedur MLT buat begitu macam tuk sesetengah cases. tu memang MLT akan kelihatan la. tapi sedih bila ada orang tanya, "kerja apa?" pastu mestilah jawab MLT kan..tapi kami jarang la sebut MLT tu. haha..its sound very formal. sometimes we just say "lab". but then people will stared at you and asking "lab?" ohh no..eh tetiba terspeaking london lak..memang ramai yang masih tidak tahu MLT ni dan menganggap kami ni nurse.sobsob..

eh menjawab soalan ka suda entri ni? kalau ada lagi mahu tahu tu tanya jak ar.. =)

Khamis, 7 Oktober 2010

jamuan raya lagi??

salam..

aku tidak tahulah kenapa lately ni aku rasa macam kurang ada mood sket. tapi aku enjoy dengan hidup aku sekarang. haha..oh ya, untuk minggu ni dan minggu depan aku berada di central lab untuk buat praktikal di makmal patologi anatomi.

biasalah, macam 'houseman officer' tu, kami yang lab ni pun ada masanya kena travel dari satu hospital pergi hospital lain untuk praktikal. kerja aku sekarang ni senang jak. haha..walau macam boring tapi aku gembira dengan lawak-lawak staf :) tapi, kena hati-hatilah kalau mau komunikasi dengan pathologist dia sebab pathologist2 dia ada yang dari luar negara. maunya aku bukak kamus gak ni karang.haha..

aku tidak tahu apa yang aku rasa sekarang. kenapa lah hati aku ni? aku di makmal patologi anatomi ni. karang nda pasal2 hati aku ni aku buat biopsi juga la karang.huh ~ walau di lubuk hati aku macam ada rasa terkilan sikit tapi ada benda lain yang buat aku gembira.

erk aku rasa macam mau nyanyi jak sekarang..jom nyanyi dengan aku..
"malam ini ku sendiri..
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah sudah

Tuhan kirimkan lah aku
kekasih yang baik hati..
yang mencintai aku
apa adanya..."
"lihat langit di atas sana
tersenyum melihat tingkah kita
selalu ada peristiwa
yang membawa pertengkaran..

maksudku hanya ingin yang baik
untuk kita berdua dalam bercinta
baiknya aku buruknya aku
terimalah aku apa adanya

pastikan kau dengan aku
jangan ada cinta lain
tak pernah aku terlintas
niatku untuk berpaling"

erk apasal ngan aku ni? huhu..esok jamuan raya dekat lab. oh no..makan lagi la jawabnya. aku mesti diet ni. mesti..tapi tidak perlu diet betul sekarang. ada benda lain yang buat aku kurus lebih cepat dari diet. huhu T____________T

P/S: macam mau stay a bit longer dekat central lab. mau tenangkan hati sendiri dan bila yakin dah betul-betul strong baru balik dekat lab.

Ahad, 3 Oktober 2010

raya di hospital ;)

salam..

ni sebenarnya cerita jumaat yang lepas tapi memandangkan aku agak busy *busy la sangat..hoho*jadi baru hari ni aku dapat upload gambar di laptop ni. jumaat yang lepas hospital tempat aku praktikal ni buat majlis sambutan hari raya tuk semua la. kakitangan , patient dan keluarga patient tu skalik. jadi, inilah masanya melaram dengan baju raya.
memandangkan aku malas mau cari baju tuk final dinner next sem di kolej tu maka satu baju raya tu kena disembunyikan dulu.haha..jadi terpaksa beraya ngan baju ni lagi..sobsob..haha..
sebelum acara start baik aku posing dulu di dewan persidangan ni..haha..thanx tu kak liza yang sporting macam aku ;p

pastu masuk la lab kejap. update result patient bagai. check spesimen yang kena despatch pegi central lab semua. pastu tiba2 kak latifah masuk dan minta tolong potong lodeh. suddenly aku jadi ala2 dak jawa terakhir lak potong2 lodeh kat pantry.hihi.

da siap potong lodeh tu, aku terus pergi bahagian gerai-gerai di depan tu sambil jenguk. dan kak latifah bawa berita gembira lagi. aku kena minta jaga gerai sate.haha happy weh. gerai paling top ni dan pasti aku glamor skalik *gila glamor betul la..huhu*

tapi sebelum mula menyusun sate posing dulu. kang muka comot tak best.haha..

tapi sesuai jak tempat posing ni betul2 di depan papan penamaan semula hospital haha..gambar ni dengan matron anita dan kak suhaila. *suddenly dunia dipenuhi wanita yang lebih matang*

pastu mula sibuk menyusun sate ke dalam beg plastik untuk diagihkan before dapat call dari kak saerah. rupanya takda kak saerah takda kereta dan dia tidak tahu macam mana mau pegi hospital.da la dia masak kuah kacang tuk gerai lab lalu aku cepat2 lari2 lagi turun bawah mau pegi parking..gila sengal. nak juga lari da la pakai heels..eh lupa mau cerita. rumah kak saerah di bawah bukit hospital tu jak..hahaha..first drive pakai heels..

pastu bila naik blek mau settle suda sate tu kena packed. jadi aku tolong sikit2 jak. tapi sambil pack tu sempat lagi gambar.with matron anita again

makanan memang banyak yang sedap. da la gerai banyak. abes jahanam diet aku. haha..mencik betul. orang memang ramai la.masing2 ngan baju raya dan sate kami dalam masa setengah jam da abes. hihi..

okehlah tu jak cerita raya aku, dan ni la antara kenangan terbaik memandangkan aku cuma praktikal. thanx to warga HWKKS :)