Jumaat, 16 Julai 2010

jom masuk bilik bedah..

hari ni hari yang agak sibuk di lab. dalam tidak sedar ni minggu kedua suda di makmal hematologi. bermakna aku ada dua minggu lagi untuk dihabiskan di makmal hematologi ni. setelah berbulan-bulan aku tidak terlibat dengan pengambilan dan penyediaan bone marrow akhirnya hari ni aku kembali ke bilik bedah.

tadi aku memang nervous la. first sebab aku tidak suka mau tengok orang terlantar sakit tidak berdaya. sangat menyentuh perasaan. kedua aku tension sikit bila kerja terlampau tekanan ni. pastu bila kena bagitau lagi prosedur akan dilakukan di bilik bedah lagi la aku nervous :(

masuk jak bilik bedah mula-mula tu kena lalui bilik persediaan dulu. masuk bilik khas amek baju kaler biru yang macam dalam tv tu (tidak dapat upload gambar aku ngan baju tu di blog atas sebab-sebab tertentu). kemudian ada almari besar la di tepi simpan baju yang asal. pastu pakai selipar khas yang kena sedia. eh tu bukan selipar. kasut bertutup. punya main banyak di rak. macam-macam saiz. itu memang steril la. aku yakin. suda siap pakai uniform biru tu pakai cap la pulak lagi.

suda jak lengkap semuanya baru masuk bilik bedah yang sebenarnya. di situ ada suda la beberapa doktor yang tunggu kami lebih awal. mujurlah patient ni da dibius lebih awal jadi tidak la aku terasa..lately ni juga aku rasa aku da lebih strong compared dulu2. hati da lebih kuat dan tabah. maklumlah kerja gini ni.

lepas selesai proses tu semua aku ngan kak lizah terus la naik lab dan proceed ngan proses seterusnya sebab sampel-sempel ni dihantar di makmal rujukan. lagipun hari ni aku buat banyak test sendiri. jadi memang puas hati juga la. masih banyak ujian yang dilakukan secara manual jadi memang yang banyak aku belajar. tapi semakin banyak yang aku belajar bermakna semakin banyak la aku tidak tahu..hihi..

okeh mahu tidur sekarang. esok pagi mahu oncall lagi sebab ada kempen derma darah. ahad pon sama. nampaknya minggu ni pack sket. nasib baik tiada boipren kalau tidak mesti dia da cabut lari. isk nauzubillah..beratnya mata..memang mengantuk la. assalammualaikum..

9 doakan nina naik pangkat :):

IntanBerlian berkata...

huhu wahhh adik pon masuk bilik pembedahan.huhu.

dulukan akak pon sama.nak tengok orang cabut gg je rasa nak pitam.

tapi Alhamdulillah dah ok.pengalman memang banyak mengajar kite.

NomborSebelas berkata...

err doktor kah?




http://nomborsebelas.blogspot.com/

nina suhaina berkata...

kak intan: aah kak..tak sampai ati nak tengok budak2 kecik kena cucuk bagaii.. harap2 ok la ni kak lelama..

sebelas: err kan da tulis saya medical lab technologist je..hihi..

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

si sebelas tu mmg die tahu nak ngorat doc puan je.

cam ko lah hahahah!

nina suhaina berkata...

hahaha..ala, apsal tak cakap kita?? hahaha..

uis gambar baru nampak..lalala..

Anna Boleyn berkata...

hallamak macam seriau lak baca entry neh. hana mmg x ley kor keje bab2 medic ni... huhu

p/s: hari ni macam2 slot baru akan keluar di HLN. Ada petua, ada resipi, love quotes and banyak lagi. jemput baca yerr. :)

nina suhaina berkata...

hehe hana...terpaksalah sekarang ni..okeh nanti I datang ek :)

azlina aziz berkata...

Salam. Hai, sabahan blogger?

Sebelum ni, try2 jugak cari Sabahan blogger tapi tak jumpa. So, this is the first.

Actually, saya pun bukan Sabahan secara tulen nya. Cuma berkahwin dengan Sabahan. So, automatically, i'm Sabahan also ;p

Unknown berkata...

pernah tgok doc ambik bone marrow..isk giler sakit..ni yg lab ke?? cari spesimen bone marrow..yg ade byk slide 2 kan..hehe