Isnin, 5 Julai 2010

"boleh tolong trace result tak?"

haha..lamanya aku tak dengar ayat ni. sebulan weh. haha..tadi hari pertama bekerja semula setelah sebulan bercuti. eh silap silap berpraktikal semula. tiada la suspen ka apa macam mula2 datang dulu sebab tahu suda kan keadaan lab hospital ni macam mana.

tadi, buat pertama kali aku masuk lab hematologi ni. mula2 memang nervous jugak jumpa kak lijah. nasib baik hari ni dia okey..ngehh...dia memang selalu okey sebenarnya. lepas kak lijah briefing sikit2 tadi, aku pon start la run test semua. dan hari ni aku cuma handle mesin tuk full blood count. memang sejak masuk lab jam 10 tu sampailah waktu lunch jam 1 aku berdiri jak depan mesin tu. memang banyak betul sampel tadi sebab hari isnin.

bila suda jam 2 tu memang macam ok sebab lab tidak suda sibuk macam pagi dan kali ni ada chance la duduk kejap. bila lama nda jumpa doktor2 ni macam2 suda yang berubah. ada yang datang ngan fesyen rambut baru, ada jugak yang makin berisi dan ada juga doktor baru. haha..

honestly cakap, sejak cuti sebulan ni memang lupa suda macam mana suasana kelam kabut lam lab tu. tadi bila banyak doktor datang bawa sampel2 dorang tu semua memang macam panik2 jugak la aku sket. ehh bukan panik tapi penat. haha..

bila suda jam 4 gitu sampel teda kan aku pi menyibuk di makmal biokimia sana. pastu ada la doktor2 datang trace result. walawehh..lamanya aku nda pegang komputer makmal ni. nasib baik masih ingat macam mana guna sistem LISS tu. kalau nda memang juga la aku ni. urm macam biasalah doktor2 tu asyik mahu result cepat jak padahal kadang2 sampel tuk ujian yang dorang request tu belum sampai pon di lab tapi sudah call trace result. ek elehhh...

hari ni hari pertama jadi budak final year. macam2 cerita. dan aku memang penat betul. tumit kaki pon terasa sakit ni sebab lama betul berdiri. jadi mau tidur dulu. esok mahu kerja lagi. assalammualaikumm..

3 doakan nina naik pangkat :):

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

ko dah senior.

sila tolong budak2 dgn ikhlas keke.

*erk

bellar0ssa berkata...

dah jadi final year da..heeee..

nina berkata...

lolly : haha..aku memang ikhlas wehh..dorang je tak hargai..huahuahua..

kak intan: haha..yeahh...excited kak da nak kerja..