Jumaat, 4 Jun 2010

jom lawat kota kinabalu..

assalammualaikumm..urm memandangkan malam ni aku mengantuk dan mood kureng tuk mengupdatekan blog jadi jom aku bawa jalan-jalan di Kota Kinabalu. kita jalan2 di KK sajalah okehh ;) hihi..jum jum..
ni adalah pemandangan kalau tiba2 berdiri di jeti di tepi bandaraya..nampak pulau di kejauhan dan yang paling penting nampak tak bot laju tu? hehe..

dan yang paling unik di KK adalah di tepi pasar besar KK ni banyak bot-bot nelayan yang berlabuh dan menanti masa untuk turun ke laut.

okeh bila jalan sket lagi nampak lah tempat ala2 pentas ni yang menghadap sunset..romantik la kononnya dan memang banyak lah orang bergambar. aku pon heran jugaklah dan setakat ni aku belum pernah lagi gambar kat sini (ayat jeles tak dapat gambar kat situ..haha) yang aku pasti tempat ni tipa petang asalkan tak hujan memang sentiasa ada pengunjung.

kekadang ikan ni pon jadi mangsa kena panjat tuk bergambar..haha..replika kuda ni banyak di sepanjang anjung ala2 jeti ni ;)
ni la shopping complex paling popular di sabah sebelum ni,centre point. sebab sebelum ni 1borneo belum dibina kan jadi semua pergi di sini la. di CP ni semua ada. panggung, boling, butik2 fesyen, makanan dan semua la. CP ni memang agak luas jugak dan terdapat kolej swasta dan pejabat yang menyewa di bangunan ni. selalunya pelancong memang datang sini gak la cari2 souvenir..urm kedai2 di CP ni sampai tingkat 5 jak. yang atas2 tu kebanyakannya pejabat suda.
ni satu lagi tempat membeli belah di KK. nama dia erm wisma merdeka. tempat ni dibuka awal sebelum CP lagik..kira dia macam senior la..hihi..wisma ni terletak bersebelahan dengan Hyatt Hotel Kota Kinabalu (tempat penginapan untuk anak kapal MAS..haha) . chop chop..adehh..

ni gambar apa pulak ni? hehe..tetiba aku amek gambar brand2 ni pulak kan..hah. ni aku nak cerita ni. ni gambar melancong versi malam. tadi melancong waktu siang.
tadaaaaaaaaaaaa...........inilah jawapannya..
eh silap lak amek gambar. memperkenalkan 1borneo hypermall atau nama samaran dia 1B. urm shopping complex pon ada nama samaran suda sekarang..haha..1B ni walaupon hanya ada beberapa tingkat saja tapi luas dia makoii aku pon tak sudah2 asyik sesat. memandangkan 1B ni terletak di pinggir bandar jadi bas shuttle di sediakan dari warisan square (bangunan depan centre point tu)pegi 1B ni.
apa yang dia jual tidak payah la aku cakaplah kan. sebahagian dia hah tu la yang kena display di iklan tu. ekeke..kalau jalan2 di sini poket jak lah mau tebal. ni tempat untuk anda yang mementingkan gaya dan kualiti. tapi kalau mau tengok wayang pon boleh sebab sini ada GSC..jadi, sinilah aku sebenarnya..di panggung jak okeh..


apa yang istimewa di 1B ni adalah banyak pilihan hotel di sini pada harga yang berpatutan.. antara hotel dia tu ada novotel, courtyard, tune. yang melengkung kaler kuning tu la pintu masuk utama 1B. okeh enough about 1B. Jom kita jalan pi tempat lain lagi.

hah, ni adalah shopping complex yang terbaru di KK ni iaitu Suria Sabah. see, masih ada lagi hiasan tuk pesta kaamatan tu. hikhik. di sini pon ada GSC gak tapi banyak lagi kedai yang belum bukak. yang istimewa dan utama di sini adalah METROJAYA. oh ya yang buat aku rasa best jugak sebab sini ada branch nasi lemak antarabangsa di KL tu. Suria ni betul2 tepi laut tapi jangan cuba terjun lam laut okeh. tak akan berjaya..haha..

pemandangan KK pada waktu malam. still same ngan tempat lain. tak adalah beza sangat. tapi yang pasti KK ni lebih cepat sunyi la berbanding bandar2 besar yang lain sebab waktu perniagaan kat sini agak singkat jugaklah.
dan yang ni adalah pasar kraftangan atau dahulunya dipanggil juga Pasar Filipina. sejak semakin dikenali ni dia da tukar nama jadi pasar kraftangan. di sinilah pusat bagi semua pencinta2 mutiara terutama wanita untuk beli semua perhiasan yang berasaskan mutiara macam rantai, gelang dan butang. sini memang banyak pilihan. selain mutiara, barang2 perhiasan yang lain pon ada.
biasanya tempat ni memang selalu sibuk dengan pengunjung la terutama pelancong yang mahu beli souvenir. dan di sini tawar menawar memang berlaku dengan pesat ;)
yang paling istimewa di KK ni yang kena kira macam mercu tanda dia la kan adalah maskot ikan ni yang ada di tepi Hyatt Hotel. di belakang bangunan Wisma Merdeka yang tadi tu la. okeh ni gambar malam.


hah, ni pula gambar waktu siang. ni la ikan tu. so beware di tengah KK ada todak. haha..tapi ingat itu cuma patung okeh..
urm aku rsa ni jak la dulu untuk malam ni. siapa2 yang mau datang KK tu jomlah datang jalan2..leh pegi Nexus Resort skalik dan banyak lagi tempat pelancongan yang telah dikomersialkan. KK pon da semakin maju sekarang. ok assalammualaikum ;)

3 doakan nina naik pangkat :):

embun d tengah malam berkata...

bestnya wei..

cantik gambar2 tu semua

The Godfather berkata...

sabah mmg best gk la kalau nk g bercuti.. tp kne g bukit2 die tgk air terjun die air pns die mcm2 lg ade kt sane..

nina berkata...

hafiz : ko dah2 la tengok gambar tu. meh sini plak.

godfather: a'ah, nak pi air terjun memang mencabar sket..jalan kena bukit bukau..