assalammualaikum...
alhamdulilah, masuk hari ni sudah 23 hari ALLAH memberikan peluang untuk aku terus menikmati kehidupan yang sementara di dunia ni. Jadi, sempena usia yang menginjak menjadi 23 tahun ni *kenapa aku macam dah tua..sobsobsob* aku dan mama buat kenduri kesyukuran.
sebenarnya, aku sudah buat rancangan ni lama. sejak tahun lepas lagi. alhamdulillah ALLAH memudahkan jalan untuk segala-galanya termasuklah memurahkan rezeki untuk buat kenduri ni. memandangkan malam ni aku masuk kerja jam 9 malam, jadi kenduri dibuat jam 1 petang. sepatutnya buat lepas maghrib kalau ikut bapa. tapi macam pelik pula kalau tengah kenduri tiba-tiba aku keluar mahu pergi kerja T______T jadi, jam 1 petang laaa...
bangun jak pagi tadi lepas subuh terus bergegas tolong mama di dapur. ok sebenarnya aku tolong kupas bawang jak pon. lepas siap kupas semua bawang yang diperlukan, kisar semua bawang, lengkuas, halia tu, pergi susun kerusi di luar rumah.
sebenarnya bukan setakat susun, tapi sebelum tu kena cuci kerusi tu jugak sebab lama sudah tidak digunakan dan terbiar jak di tepi tembok rumah.

lepas tu susun kereta di ruang depan sebab selalunya mesti abang-abang sepupu dengan pakcik-pakcik kesayangan suka lepak luar ni. ntah kenapa.
erkk adalah nana dalam gambar ni. hahaha. kelihatan kemas di situ ya hasil kerja nina. miahahaha *gelak kejam*
sangat-sangat terharu tengok orang yang datang kenduri tadi. sampai ruang tamu dua-dua pon penuh. adik-beradik mama pon ramai yang datang. macam biasalah, baba, pacik mali, dan mak ju. oh yaya nenek kesayangan pon ada di kenduri cucu dia ni. sayang kamu semua sangat-sangat :)
sangat-sangat terharu tengok orang yang datang kenduri tadi. sampai ruang tamu dua-dua pon penuh. adik-beradik mama pon ramai yang datang. macam biasalah, baba, pacik mali, dan mak ju. oh yaya nenek kesayangan pon ada di kenduri cucu dia ni. sayang kamu semua sangat-sangat :)
gambar time kenduri tiada sebab memandangkan keadaan sesak jadi ambil gambar pon tidak dapat. asal aku nak ambik gambar, ada orang lalu. amek lagi, lalu lagi. lalu photographer picisan macam aku pon berputus asa. haha..gambar lauk pauk lagilah. kirim salam jak. haha. oh paling terharu adalah kehadiran kawan-kawan semasa belajar di kuching dulu. thanx guys. kamu memang yang terbaik.

oh. kejutan paling manis time majlis tadi bila mak ju datang bawa kek. haha. seriously terharu. tidak sangka mak ju bagi kek sebab kan jemput untuk datang kenduri.
aku sengaja buat begitu. mahu tau kenapa? tahniah meninggalkan alam belajar. haha. ni kek cheese. sungguh ayu pula ada bunga bagai ni. kawan-kawan mama cakap sedap. betullah tu kot sebab aku main sumbat-sumbat jak dalam mulut. tidak sempat mahu menikmati.
kek yang terakhir adalah kek idaman hati. coklat moist. nyummm. sampai sekarang masih terasa kek ni . sedap. kek ni tak kena hidang pon. eh sebenarnya kena hidang time Datuk Jainab datang jak. rasanya mau makan kek ni lagi. arghh..dan yang pasti, ketiga-ketiga kek ni di tempah di kedai yang sama. tu la sedap.
ok, nanti cerita lagi. sekarang ni di lab. esok pagi baru habis kerja. pastu malam esok kena masuk kerja balik sebelum cuti. tak sabar mau cuti. teeheee...assalammualaikum :)
ok, nanti cerita lagi. sekarang ni di lab. esok pagi baru habis kerja. pastu malam esok kena masuk kerja balik sebelum cuti. tak sabar mau cuti. teeheee...assalammualaikum :)
2 doakan nina naik pangkat :):
eh eh..kawan ikah ka?..kenal ikah :)
lawa intan edit ur blog :)
biru.....sedap je tengok :)
@ecadwinkyasha
haah. kitaorang sekelas time form4 ngan form5. pandaikan sis intan edit? :)
Catat Ulasan