Ahad, 1 Januari 2012

kelawarrrr.....

assalammualaikum =)

lega tengok layout blog ni sudah berganti. aku tukar layout ni bukan sebab tahun baru ar. tapi sebab kak tini komplen blog aku crowded betul. ada pula masa kakak aku sorang tu jadi stalker adik dia. hai hai kak tini dan nana kesayangan angah =)

hari ni hari yang pack. balik kerja jam 7 pagi tapi standardlah jadi MLT jangan ingat kau akan pulang tepat-tepat time tu. lepas tu around dalam jam 7.30 sudah sampai rumah. ingatkan bolehlah tidur tapi charger laptop belum jumpa. charger tu dah hampir seminggu misplaced. malas mau cari sebenarnya tapi sebab adik mau bawa laptop tu pergi cyberjaya terpaksalah. hukk..

aku cuma jumpa charger laptop tu jam 9 sedangkan jam 10 bapa cakap mahu gerak pergi airport suda. sudahlah belum tidur lagi. dalam aku tengah pikir tu rupa-rupanya aku terlelap dan hanya sedar bila semua orang sudah bersiap. apakahh....


mujur aku tidak ambil masa untuk bersiap. cepat-cepat bersiap dan iron pashmina. haha..


memandangkan bukan aku yang drive, haruslah sesi bergambar dilakukan. lamanya tidak duduk di tempat penumpang. selalu di tempat pemandu jak. seronok betul naik kereta tidak payah pakai seat belt. erkk tapi saman untuk penumpang tempat duduk belakang tu bukan mula hari ni kah? okeh abaikan. aku pun tidak pasti T_________T

sampai jak di Kota Kinabalu International Airport, ramai betul budak tajaan biasiswa macam adik tengah tunggu turn mau drop bag di kaunter. dorang ni fly awal pergi semenanjung sebab kena balik rumah biasiswa tu dulu sebelum pergi mendaftar. aku macam biasalah. tukang angkat beg. paling tidak boleh blah bila tengah angkat beg adik yang besar gedabak tu boleh-boleh abang di kaunter tu cakap,

"kau perlu makan banyak ni tau supaya kau kuat angkat beg"

uwarghh..sampai hati dia cakap begitu. haha.. lepas jak check in beg-beg adik, marilah kita bergambar-gambar macam airport ni aku yang punya. muahaha...


okeh, terkeluar gambar budak yang sibuk bertwitter di handphone dia. "kau ingat kau artis nina sibuk reply twitter?" miahaha..

lepas gambar sorang-sorang, aku cepat-cepat pergi tempat bapa. lepas tu siap panggil adik sama mama lagi bergambar. haha. mujur aku biasa berlakon jadi pelancong di tempat sendiri. cepat-cepat feeling pelancong.


jadi gambar ni ditabalkan gambar terbaik untuk tahun ni. haha. tapi aku nampak besar dalam gambar ni *ayat tipikal takut menghadapi kenyataan diri sendiri semakin berisi* .. dan ya aku kelihatan terlebih gembira dalam gambar ni.

lepas gambar, bapa terus bawa cari tempat makan dalam airport sebab lama lagi flight adik. dan pilihan bapa adalah mcD sebab tu jak paling dekat dengan balai berlepas. sempat jugaklah duduk di mcD hampir 3 jam gara-gara flight adik terlewat dua jam. mujur bukan aku driver. kalau tidak memang aku tidurlah di mcD ni. muahaha...

lepas hantar adik balik rumah sambung tengok konsert reunion akhir AF. tapi tidak berapa menarik hati memandangkan kaer azami tidak ada. haha..


gambar penutup untuk entri hari ni. bapa with anak kesayangan. hai hai kakak dan adik ;p oh ya, bapa terpaksa melayan karenah anak dia ni sambil membebel. "buang duit begitu untuk beli handphone jak?" .. walaupun nada bapa macam marah, tapi sebenarnya bapa bukan marah pon. bapa sangat memahami anak dia. selagi guna duit sendiri, takda hal la. haha..

*adik baru jak call dari KL cakap mau balik rumah cuti sekolah nanti.. baik aku pengsan sekarang. huahuahua..

0 doakan nina naik pangkat :):