Sabtu, 28 Januari 2012

istana bario..

assalammualaikum =)

tadi, godek-godek gambar dalam pendrive . lepas tu, terjumpa gambar-gambar lama time di kolej. paling best jumpa gambar bekas bilik. rindunya kalau ingat zaman di kolej. kalau dulu time di kolej, bangun untuk sembahyang subuh jap lepas tu confirm pintu bilik tu tutup sampai tengahari. haha. untunglah dapat roomate sekepala :)

time di kolej tu bilik cuma ada dua orang. tapi lupa la pula ambik gambar satu bilik. asyik-asyik bahagian aku. aku kan jiwang sikit punya orang. haruslah banyak gambar tuk kenangan. heeeee :)


ni la katil time sem 2 dan sem 3. uwarghh..rupanya dua semester katil ni milik aku. bilik bario 315. sebelah toilet. memang kalau malam agak menakutkanlah. tapi yang bestnya kalau bangun pagi orang lain berlari nak rebut turn mandi di shower, aku jalan slow jak confirm tetap sampai dulu. haha.

meja belajar haruslah kemas kalau nak ambil gambar. haha. ni gambar lepas habis final exam sem3. itu yang nota-nota semua elok tersusun. kalau time kuliah sampaikan salam lah meja belajar kemas begini. rindunya dengan pencilcase merah hitam tu.

bilik time sem4 dan sem5 tiada gambar. sebab aku kan buat internship di kk dan stay di rumah. tidak kuasalah aku mahu mengambil gambar bilik di rumah. hahaha.

sem6 kembali semula ke kolej. kali ni suasana baru sebab dapat roomate baru dan bilik baru. kali ni bario 313. ala, tak jauh mana pon dengan bilik lama. yang lagi best, bilik ni bersebelahan dengan bilik noor. memang angkat tilam la kalau cuti tidur bilik dia. haha.

comelkan color cadar dengan comforter ni? ni lah comforter kegemaran aku. miahaha. sudah sem6 haruslah pakai comforter.  barulah nampak dewasa. muahaha. tapi kelihatan baju berlipat di tepi bantal. hahaha.

aku bukannya minat pink sangat pon. tapi aku kan rasional. kalau pink cantik jadi pinklah aku ambil. dinding sungguh bersih ya adik-adik tanpa tampalan nota. oh kecuali nota nilai normal sel darah manusia. okeh fine. aku tak hafal benda tu jadi haruslah ditampal.


tapi memandangkan aku comel *okeh, pengsan T______T* haruslah tampal gambar family di bilik. yang sticky notes tu tajuk-tajuk penting untuk midterm. dan paling penting number flight untuk pulang rumah tiap-tiap bulan. kahkahkah. buku tebal merah tu buku blood transfusion. junior punya noor pinjam. tapi sampai habis induksi tak kena baca.

oiitt noor, mungkin sebab tu aku kena posting di blood bank. aku agak sebab buku ni la tun. aura dia kuat sangat dengan aku. haha. kalau kau letak di bilik ko aritu mesti ko pun posting blood bank. miahaha..

nasib baik cadar katil tegang time ni. tengok, langsir pon warna pink. sebenarnya semua blok pelajar perempuan curtain dia warna pink. mahu warna biru kenalah duduk di hostel lelaki. hahaha.

tengok telekung yang tersandar di bangku tu. sebenarnya telekung tu hadiah dari mama time masuk sem1. tapi hilang bila letak di surau hospital dua tiga bulan yang lepas kot. aku biasanya memang tinggalkan telekung di surau sebab tiap-tiap hari pergi sembahyang sana kan. sekali tengok satu hari tu telekung aku dah takda. memang sedih. sudahlah tu hadiah dari mama. takkan telekung aku pon nak curi? T________T sekarang aku letak telekung di lab jak. lebih baik begitu. setidak-tidaknya aku tahu telekung aku selamat.

okeh, tu sajalah nampaknya gambar bilik yang aku ada. nanti senang-senang aku godek gambar lama lagi. assalammualaikum =)

p/s: layout blog dah bertukar. dah jadi cantik macam yang dikehendaki. kalau nak juga boleh cari sis comel ni =)

0 doakan nina naik pangkat :):