Ahad, 29 Januari 2012

Farewell lunch


memandangkan aku masih bercuti, jadi update blog adalah perkara terbaik untuk dilakukan di rumah. kesian gambar-gambar terperam dalam phone. ni memang farewell lunch untuk adik yang pulang a day after kami pergi lunch ni.

 lokasi tempat makan kali ni Hotel Promenade Kota Kinabalu. memandangkan kami pergi tu 31 disember, memang ramai orang dekat cafe tu. mujur dah booked. oh ya, kalau time perayaan pergi sini atau public holiday memang seelok-eloknya buat tempahan dulu sebab time tu orang akan ramai. kalau weekdays tak apa.

memandangkan parking di depan hotel tu penuh, terpaksa parking di Plaza Wawasan dan berjalan kaki menuju ke hotel. mujur dekat. tapi walau dekat sempat juga lah mekap kalau nak cair. yang gembira jalan kaki ni hanyalah apit. gambar ni sebenarnya dia tengah menari. haha. mujur tangkap guna mode sporty kat handphone jadi tak adalah gambar dia gerak-gerak.


sementara tunggu staf kafe tu cari meja kitaorang, sempatlah gambar-gambar di lobi. erkk maybe ambil feeling duduk di pelamin? *pengsan*

lepas tu, meja kami sangatlah best sebab dia di bahagian paling hujung dan berdekatan dengan meja dessert. orang belum ramai pon dekat ruang ni. kebanyakannya duduk di bahagian yang menghadap kolam renang, jadi bolehlah anggap dessert itu kita yang punyaaaaaa...hahahaha...


sebelum ambil makanan, gambar dulu mama. oh gambar ni adik yang ambil. hai nurul shaeera :P meja sangat kemas sebelum makanan datang. lepas makanan datang memang susunan pisau garfu pon dah ntah jadi apa-apa ntah.


ni menu pertama. cafe ni tidak serve nasi on that day jadi terpaksa ambil apa saja nasi yang ada. tekak aku very the melayu. spagetti bagai memang tak lalu la. jadi marilah melantak nasi lemak di tengahari :'(  ntah apa nama lauk yang aku ambik tu. aku pon tak tahu. yang pasti ada wantan la. dan ketam maybe. miahaha...


ni lah sebab utama makan di sini. sebab boleh melantak seberapa banyak sate tanpa keraguan dan kebimbangan. tapi ni bukan aku sorang yang makan ek. ni satu meja punya iaitu 6 orang.

lepas tu apa lagi mestilah ambik kek yang banyak tersusun tu. banyak pilihan okeh. sampai aku tak tahu mahu makan kek yang mana satu. ada kuih muih tradisional juga. tapi memandangkan aku bajet kuih-kuih tu tiap-tiap pagi pun ada macik tepi kedai jual jadi mestilah aku makan kek sebanyak yang makan. oh time ni aku belum ada kesedaran tentang kolesterol. sekarang baru ada penyesalan.


kek blueberri dan coklat moist yang sangat sedap sampai aku rasa mahu menjilat sudu. blueberri tu jenis aiskrim kot sebab sedap sangat sampai aku rasa mahu makan dan makan dan makan lagi tanpa memikirkan akibatnya. coklat moist tak payah cerita. memang terbaik. tapi ntah kenapa sampai hari ni rasa blueberri tu yang lebih melekat di hati. eh. haha.


memandangkan aku sudah kenyang jadi bila dapat makan dua potong tembikai susu sahaja. uwarghh. banyak lagi kot buah yang aku tak ambil. icecream pon tidak sempat. memandangkan terlalu  banyak pilihan maka aku menjadi keliru. eh.

memandangkan anggur tu dipotong kecil maka aku segan untuk ambil banyak. tapi anggur ni pon elly yang makan. oh, makngah mithali betul aku.


me : ma, angah rasa angah mahu kahwin la. mama rasa ok tak?
mama: *muka tak percaya*

okeh, tu dialog tipu. jangan percaya. hahaha.
 
okeh, tu jak lah gambar untuk lunch ni sebab adik fedup mau layan aku ambil gambar. dia kan moody. biasalah orang sibuk bercinta belajar. kahkahkah.




0 doakan nina naik pangkat :):