Sabtu, 6 Jun 2009

welcome to kk.







penat sungguh aku arini. mana tidaknya seharian aku berjalan semalam bermula jam 11 pagi hinggalah jam 630 petang. hah, ni cerita yang berlaku semalam :

bangun pagi memang teruja betul sebab kakak yang first akan datang hari ni dengan family dia. urm tak sabar mau jumpa baby dia yang baru berusia 2 bulan tu. dan sebagaimana yang dijangkakan, bila dayana (baby kakak aku tu la) sampai di rumah jak, semua orang mula berebut nak timang dia. memang haru jugak la. tapi, tinggalkan dayana kejap sebab plan hari ni mau bersiar-siar ngan kawan kak c-la.

dalam jam 11 kami mula bertolak dari rumah. first thing to do, isi minyak dulu kat stesen minyak. pesanan bapa untuk mengepam angin kat tayar belakang terpaksa aku abaikan. sorry dad. sama ada bapa terlupa atau tidak tahu, aku manalah pandai pam tayar kereta. lesen memandu pun belum ada. adeh..hari ni position aku adalah juruarah jak. since belum ada lesen lagi, so aku just tunjukkan jalan jak.

first destinasi adalah muzium sabah. fuh, ni kali yang keberapa ntah aku pi muzium ni. nda tahu lah kenapa tapi bila part pi muzium jak memang minat aku kureng sket. sempat juga kami pergi kampung warisan di muzium tu. tapi, tak boleh komen lebih2 la..hoho..

panas betul cuaca tapi aku tengok nurul (adik bongsu aku) ngan adik(anak adik ipar kakak sulung aku) memang excited habis. hairan juga tengok adik tu. walaupun baru sampai ke rumah setelah menempuh perjalanan selama 5 jam tapi dia tetap bertenaga.hehe..lepas pusing-pusing di muzium seterusnya cari port makan. memang aku teruja betul bila kak c-la kata makan di restoran sri sempelang..urm di kepala aku time tu memang da terbayang keenakan dan kesegaran jus tembikai. yummyyy...

lepas makan, opss..solat time. apalagi, terus masuk center point tuk tumpang solat kat surau. hehe..sempat juga cari novel baru di eatons dan popular tapi lom ada lagi. tetiba rindu lak ngan MPH. hoho.aku pasti datang.

lepas solat, destinasi seterusnya adalah pantai tanjung aru. memang yang ni aku paling suka. aku da terbayangkan lekor ngan jeruk buah-buahan (memang makan jak yang aku ingat). sambil santai-santai di pantai ngan kak Jihan (kawan kak c-la tu la) dan kak c-la, tiba2 aku perasan yang ada sorang budak ni sebijik macam muka cousin aku. nasib baik lah kak c-la tiba-tiba pusing belakang dan terus tegur. rupa-rupanya memang cousin aku pun.astagfirullah...ni la bahana duduk belajar jauh2. jarang pulang cousin pon tidak kenal sudah.hihi..sebenarnya, bukan tidak kenal, tapi takut salah orang. tak ke haru jadinya. sempat juga jumpa cousin aku yang lain.

lepas pegi beach destinasi seterusnya adalah 1Borneo..yihaa..I come. ni la tempat yang aku paling gemar sebenarnya. sampai jak di 1B sempat lagi posing di helikopter komersial yang ada di situ. tapi, sesak betul 1B arini. maklumlah ada artis cina mau datang malam ni. aku lupa la plak nama dia yang aku nampak di banner tu. dalam sibuk-sibuk tu sempat juga aku beli novel sejujur hatimu-umi azrini tu. memandangkan aku da beli horizon cinta aritu jadi aku rasa rugi kalau nda baca novel dia yang first. nasib baik jumpa. sempat juga singgah di big apple makan 2 ketul donat coklat yang memang marvellous..

now, time untuk balik. memang penat betul. sampai rumah jak apalagi, bantai baca novel tu sampai abes dan tidur..hehe..

ok, balik pada cerita tuk arini plak. tadi, aku pi merayau-rayau kat blog orang lain. aku tak sabar mau beli novel jawapan yang pasti-eka fahara dan cinta dua jiwa-Rania Firdaus. adeh, aku da cari da tapi tak jumpa lak. memang sedih betul gak la. yang novel eka fahara tu memang la belum keluar tapi novel rania tu yang aku tak jumpa.hoho..

4 doakan nina naik pangkat :):

nAdyA berkata...

:p weih dh jadik follower aku ker? hehe.. hebat lau u bdri tepi hlkopter..mcm datin!haha

mamet berkata...

wakaka...
kalau naik kan tengok yang dari atas tu selalu suda tu aku buat. jadi dari tepi la bha unik sket.
aku ni kan memang pengikut kau..hahaha..

nAdyA berkata...

weih klu ko ada da tu novel....... jgn bgtaw i..jelez!

mamet berkata...

wakaka..
eh ko la yang pertama aku bgtau karang nad.