Ahad, 2 Mei 2010

derma darah.

gambar ni dari abang google..terima kasih abang googlee....

okeh..untuk memandangkan aku da cakap nak tulis pasal derma darah untuk next entri jadi jom ketahui siapa yang boleh menjadi penderma darah..check it out guys :)

syarat2 fizikal :
*berat badan melebihi 45 kg
*tekanan darah sistolik 110-140mmHg, diastolik 70-90 mmHg
*sihat
*kadar nadi (pulse) di antara 50-100 denyut seminit
*berumur 18 hingga 60 tahun
*kekerapan menderma 3 bulan sekali
*tidak hamil atau menstrual period
*tidak mempunyai sebarang penyakit
*kandungan hemoglobin tidak kurang 12.5 gm/dl bagi perempuan dan 13.5 gm/dl bagi lelaki

okeh..settle pasal syarat fizikal. sekarang aku nak cakap pasal darah tu plak. pernah tak korang fikir dalam darah yang kena pungut tu ada apa? (selain pengawet darah la..haha) okeh okeh jum aku terangkan.

okeh now korang pernah dengar tak pasal whole blood? ala, kalau korang derma darah mesti korang pernah dengar kan atau kalau menjalani pemindahan darah tu mesti ada nurse atau doktor sebut2 kan. okeh jum kita tengok apa itu whole blood..

-dipungut dari penderma : mengandungi sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma.
-dibiarkan seketika di suhu bilik -untuk proses viable phagocyte berlaku
-isipadu darah :200-300ml
:400-450 ml(biasa)
dan dicampur dengan antibekuan
-darah dipungut ke dalam single bag, double bag atau triple bag (jadi kalau korang derma darah pasni boleh tanya MLT on duty tu beg apa yang dia guna..hihi :)
-kegunaan-pendarahan berterusan(bleeding), persediaan untuk surgeri, pemindahan darah kes New Natal Jaundice (bayi yang kena penyakit kuning).ni bahagian untuk pemeriksaan hemoglobin dan pemeriksaan kumpulan darah penderma..

jadi, aku rasa cukuplah dulu informasi aku untuk kali ni..kalau anda menepati mana2 kriteria di atas, tolonglah menderma darah untuk menyelamatkan nyawa. setitis darah mampu menyelamatkan nyawa :) kalau ada apa2 soalan pasal pendermaan darah ni bolehlah tanya ek..insyaALLAH mana yang boleh aku jawab tu akan aku jawab..jumpa lagi..hihi..

2 doakan nina naik pangkat :):

princeduyong berkata...

baru je 10 kali...masih tak cukup...

nina berkata...

takpa2..teruskan usaha ek :)