Isnin, 28 September 2009

hari ni?!

Aku takda cerita menarik hari ni. Macam biasa lah bila hari pertama kuliah ni macam2 perkara yang berlaku. tapi, masing2 masih mencari mood aku tengok dan tidak kurang juga yang masih dalam mood hari raya. td mr max masuk kelas sempat juga cakap pasal filem jin notti.

Semalam aku dan roommate aku keluar pi pekan. Saja jalan2 cari makan memandangkan café dan food court berdekatan kolej belum lagi dibuka. Dan sepanjang perjalanan tu aku berdebar yang amat. Kenapa? Kerana aku memandu..selepas peristiwa di malam 1 syawal itu jujurnya aku mula merasa serik untuk memandu. Apa yang berlaku di malam raya? Biarlah rahsia..ahah.. kadang2 aku rasa macam ada juga mau bingkaikan jak lesen ni dan gantung di dinding tapi rasa tidak berbaloi la pula.
aku rasa semalam tu macam pertama dan terakhir la kot aku driving di sini. penat aku mahu melayan perasaan takut aku tu.

Dua minggu lagi aku akan exam midterm dan dua minggu kemudian peperiksaan akhir aku pula menjelang. Aku memang cuak. Risau betul mau duduk exam. Memandangkan selepas ni kami akan menjalani praktikal jadi aku da mula packing barang sikit2. Da ada yang aku bawa pulang time cuti raya dan sekarang tinggal dua kotak lagi yang akan aku hantar melalui pos selepas peperiksaan akhir nanti. Lepas peperiksaan akhir nanti aku dengan kawan2 plan mau p jalan2..tapi tidak tahulah macam mana mungkin aku banyak spend masa di kolej juga sebelum pulang.

Paling penting buat masa sekarang ni aku mau selesaikan masalah broadband aku yang rosak tu..hoho..kenapalah modem tu rosak di masa2 begini. Tidak tahu bila boleh settlekan masalah tu.

‘apartment’ aku pon da makin cantik dengan kebun yang makin luas..hehe..bagus betul kalo benda tu betul.

0 doakan nina naik pangkat :):