Jumaat, 27 April 2012

sleepy mode

 
sedar tidak sedar beberapa hari lagi bulan april ni akan berakhir. puasa belum diganti lagi. isk. sekarang banyak benda kena fikir. mana fikir pasal holiday bulan julai nanti, kena fikir lagi holiday plus shopping trip bulan ogos. lepas tu kena fikir lagi pasal renew insurans kereta bulan september. huaaa. nampaknya dari bulan julai sampai september ni bulan untuk menghabiskan duit.

untuk trip bulan julai ni seriously sangat sangat excited. mana tidaknya ini percutian bersama kawan baik noor fardziatun. rindunya dengan dia. sejak lepas induksi memang tak ada langsung peluang berjumpa. mujur sempat buat rancangan percutian kali ni.

Alhamdulillah mostly banyak benda dah settle. tiket dah beli. hotel pun sudah ditempah. jadi sekarang perlu sediakan diri jak untuk menjelajah. haha. seriously tidak sabar. setelah kerap kerja tujuh hari seminggu haruslah hadiahkan diri sendiri percutian. 

bulan mei akan datang ni juga agak sibuk sikit sebab ada kursus seminggu. huaa..berdebarnya. ni kursus kedua selepas bergelar staf kerajaan secara rasmi. kan bagus kalau incik kesayangan pun join kursus ni. ok fine. tu macam mimpi sebab kali ni kursus di INTAN. haha..

sekarang mahu tidurlah. sejak balik dari kerja malam jam 7 tadi aku belum tidur lagi. adakah mata ni begitu hebat? perghh padahal mahu bukak pon payah. tidur dululah. assalammualaikummm...
 

2 doakan nina naik pangkat :):

♥ nana i am ♥ berkata...

nina dear~ semoga Allah permudahkan setiap urusanmu wahai adik nina :) copppp!kena tambah satu lagi event on September : kak nana's wedding!nina wajib datang..hihi.

selamat berkursus & happy holiday in advance yar!! ^_^

nina suhaina berkata...

akakkk..wah september ke wedding? wahh.... haha.. InsyaALLAH. nanti pos kad jemputan tau. ekekeke.