Jumaat, 6 April 2012

unfeeling well...

 
fuhh..kembali bersiaran dari blog tercinta. hari ni hari pertama aku kerja dalam bulan april sebab isnin dengan selasa lepas aku cuti. lepas tu rabu pergi kursus. tup tup khamis pula dapat sick leave gara-gara demam panas. tak pasal-pasal kena diagnos URTI. siap kena marah dengan mama sebab mama anggap anak dia jatuh sakit sebab terlalu sibuk bekerja. oh mama, ketahuilah anakmu ini kena hujan pada hari kejadian. hahaha...ok fine tiba-tiba aku macam pening bila sedar apa kejadah aku kerja ketika sabah sekarang tengah cuti umum. sudahlah kurang sihat *batuk..hukkkk*

tadi sebelum masuk makmal jumpa incik kesayangan. well, haruslah bertemu walau sekejap. lepas tu siap tunjuk ubat yang aku dapat dari klinik semalam. memandangkan aku jenis yang malas makan ubat dan selalu makan ubat ikut suka hati, maka incik kesayangan siap tulis waktu untuk makan ubat di bahagian belakang tu. hahahaha..


 see..tertera nama aku dengan jelas di situ. makanya ini memang ubat aku, sudah terang lagi ber spot light di situ ya. huk hukk..

 aku rasa incik kesayangan sangatlah memikat jiwa bila buat benda yang simple dan sweet begini..arghh tidak. hati tolong jangan jatuh berkali kali..hihi. siap ada pesanan mesti habis nampaknya di situ. sayang kamu, incik umair.

mau rehatlahh. penat lak aku rasa menghadap laptop ni. assalammualaikumm :)

0 doakan nina naik pangkat :):