Jumaat, 20 April 2012

tentang cinta

hari ni aku sangat sangat lesu. kepenatan nampaknya telah terkumpul semenjak hari isnin sampailah hari jumaat. erkk atau kalau mengikut tafsiran cip, aku sebenarnya letih sebab terlalu fikirkan hari esok. haha..

sebenarnya aku lupa hari ni giliran aku audit di unit sajian T___T mujurlah encik romzi di unit sajian tu telefon lab untuk ingatkan aku. hukhuk. so terpaksa tinggalkan sampel blood bank sekejap dan pergi ke unit sajian. first time pergi audit memang awesome la. walau berdebar sebab kena periksa setiap barang tu dengan betul. paling best, dapat tips bezakan halia tempatan dengan import. erkk ketaralah aku ni tak pandai pilih halia selama ni. huaaa...

time tengah periksa barang tu juga tadi sempatlah belajar pilih honeydew juga sebab since honeydew ni macam susah sikit mahu buat pilihan. mana tidaknya, bukan nampak pun isi dalam tu. lama juga lah aku di unit sajian. ingatkan sekejap. sudahlah perut pun start lapar suda asyik tengok makanan. haha.

mujurlah semuanya berjalan lancar. dan sekarang aku mahu start turun dapur tunjukkan bakat. harap-harap esok semuanya berjalan lancar. hihi..

rindu dengan orang yang ambil gambar ni. sobsob..

2 doakan nina naik pangkat :):

•NADiERA SUNDARA• berkata...

:) comel nyaa muka dia malu2..
hikhikhik

nina suhaina berkata...

hakhak. terasa segan diambil gambar.