Jumaat, 22 Oktober 2010

tensionn..

salam..
aku penat sikit arini. biasalah PPK di lab (dolu2 orang panggial atendan hospital) tidak datang kerja pulak. jadi harusnya aku la menjadi PPK hari ni dan menerima semua spesimen yang masuk ke makmal. dan ohh no spesimen itu datang tanpa henti okeh. dan aku rasa macam artis yang menandatangan buku peminat bila sign borang penerima spesimen tu *stop angan2 nina.haha*

ya, hari ni mood aku tak baik sket. aku cuma fikirkan tentang satu lagi lab report yang aku mesti siapkan minggu ni juga. aku penat ni. kereta lak meragam. da dua ari aku tak memandu ke hospital. oh kereta, aku taulah yang proton da keluarkan inspira baru tu tapi takkan ko merajuk la kot dengan kelahiran kembar ko tu? iskk..tak faham aku. huahuahua..

next week insyaALLAH mau attend charity dinner untuk sekolah kak c-la. aku pon tak faham dinner tu nak pungut sumbangan tuk apa tapi memandangkan dia kata charity maka aku pon pergi jak la.

dan paling penting, 10 HARI LAGI FINAL EXAM. aku rasa macam mau pengsan dulu kejap. semester ni cuma duduk 4 paper jak instead of 7 paper macam kelazimannya. dan dari 4 paper tu, 2 ada kajian kes. ya ALLAH..aku harap aku boleh jawablah. aku bab2 kajian kes ni memang boleh menyebabkan migrain betul la.

okeh nanti esok2 aku update entri lagi :)
*entri ni ditaip oleh dengan hati yang agak membara oleh orang yang bekerja setengah hari..

2 doakan nina naik pangkat :):

miss cloudy berkata...

salam singgah.. nice blog u have here..

nina berkata...

salam..thanx visit okeh..TQ :)