Khamis, 30 September 2010

selamat tinggal assignment ;)

salam...

entri kali ni aku taip sambil tersenyum gembira ala2 muka comel depan notebook sendiri.haha..teka kenapa? yeah ada kaitan dengan tajuk aku ni la. alhamdulillah segala pujian bagi ALLAH S.W.T. Sebenarnya tiada ayat yang boleh aku gambarkan untuk bagitau betapa gembiranya aku assignment aku semua da disiapkan untuk tempoh pengajian diploma aku ni. erk aku rasa mau ulang. ya SUDA DISIAPKAN SEPENUHNYA. haha..


memandangkan ini tahun akhir, jadi ini adalah semester terakhir yang ada assignment sebab untuk semester terakhir nanti buat laporan kajian kes jak di dalam makmal. jadi tanpa disangka aku telah berjaya menyiapkan semuanya. fuh..lega selega-leganya. aku tidak sangka aku akhirnya berjaya memandangkan aku tiada mood pon mau buat sebelum ni..haha *gila malas punya budak..grrr*


okeh okeh abes cerita pasal assignment aku yang da siap tu. maknanya aku da boleh senang lenang la ni. hihi..kang kalau aku terus cerita pasal assignment ni ada lak yang jeles.lalalala....
tadi sebenarnya ada sambutan hari raya di makmal dan majlis perpisahan untuk kak sal. tapi aku tidak sempat ambil apa-apa gambar makanan sebab bila da siap susun jak tetamu da mula datang.


mula-mula jamuan tu memang plan untuk warga patologi tapi since makanan da banyak betul, bos pun dengan baik hatinya jemput doktor-doktor yang menumpang mesyuarat di makmal kami tu dan juga staf-staf di unit pentadbiran yang merupakan jiran kami tu. haha..dorang mami pun ada juga..hihi..nda ada cerita ngan mami tadi. mami banyak senyum jak tengok gelagat kam sibuk gambar2. mami macam mau bawa cakap tadi tapi aku segan la..lagipon hati rindu. jadi tidak boleh tengok mami lama2 nanti tambah rindu..hihi.. macam-macam makanan ada tadi. antara menu dia udang sambal petai, kuah lodeh, ketupat, kari ayam, kuetiaw seafood, ayam panggang, ayam kfc dan pasta..erk memandangkan aku tak pandai makan pasta, aku tak tahu tu pon pasta. mujur kak lynda bagitau *sigh*.


tima-time mami tengah makan tu aku pon bantai amek gambar ngan kak lynda. haha..kami memang gila bergambar juga sket ;p oh ya, ada juga gambar ngan kak sal tadi time bagi present kat dia tapi gambar tu di kamera dia. tunggu kak sal upload baru leh amek :) memang terasa kehilangan bila kak sal tiada lagi di makmal. macam baru jak semalam kami berjumpa buat kali pertama dan kak sal bagi tunjuk ajar dia yang pertama..oh menn. mula rasa sedih. jadi masa untuk layan gambar la..


with kak lynda tersayang..senyum nda berapa menjadi sebab ada mami di depan..haha..




gambar time mobile besar-besaran di centre point dengan baju korporat jabatan..*kak sal yang pakai tudung hijau*

memandangkan assignment aku suda siap jadi malam ni mau merayau-rayau di blog orang la.haha..hati sangat lega sekarang..urm mau buat lab report la kejap lagi *tiba2 jadi dak rajin..haha*

p/s: esok jamuan raya hospital. hiasan memang gempak suda tu tadi. so mesti pakai baju raya yang gempak la juga ni esok nampaknya :P

0 doakan nina naik pangkat :):