Jumaat, 27 April 2012

sleepy mode

 
sedar tidak sedar beberapa hari lagi bulan april ni akan berakhir. puasa belum diganti lagi. isk. sekarang banyak benda kena fikir. mana fikir pasal holiday bulan julai nanti, kena fikir lagi holiday plus shopping trip bulan ogos. lepas tu kena fikir lagi pasal renew insurans kereta bulan september. huaaa. nampaknya dari bulan julai sampai september ni bulan untuk menghabiskan duit.

untuk trip bulan julai ni seriously sangat sangat excited. mana tidaknya ini percutian bersama kawan baik noor fardziatun. rindunya dengan dia. sejak lepas induksi memang tak ada langsung peluang berjumpa. mujur sempat buat rancangan percutian kali ni.

Alhamdulillah mostly banyak benda dah settle. tiket dah beli. hotel pun sudah ditempah. jadi sekarang perlu sediakan diri jak untuk menjelajah. haha. seriously tidak sabar. setelah kerap kerja tujuh hari seminggu haruslah hadiahkan diri sendiri percutian. 

bulan mei akan datang ni juga agak sibuk sikit sebab ada kursus seminggu. huaa..berdebarnya. ni kursus kedua selepas bergelar staf kerajaan secara rasmi. kan bagus kalau incik kesayangan pun join kursus ni. ok fine. tu macam mimpi sebab kali ni kursus di INTAN. haha..

sekarang mahu tidurlah. sejak balik dari kerja malam jam 7 tadi aku belum tidur lagi. adakah mata ni begitu hebat? perghh padahal mahu bukak pon payah. tidur dululah. assalammualaikummm...
 

Rabu, 25 April 2012

tentang dia :')

 

akhirnya..25 tiba lagi. hikhik.. happy monthsary dear. terharu kita mampu bertahan sampai ke hari ini. terima kasih untuk semua hari-hari yang membahagiakan kita lalui bersama. terima kasih juga sebab selalu mampu sabar layan orang yang merajuk.

mungkin kita tidak dapat bertemu setiap hari tapi yang penting ada di hati kan? :) take care yourself for me. kalau ada yang mau dekat cepat-cepat lari jauh-jauh tau? haha. terima kasih untuk segala-galanya incik kesayangan. rindu kamu selalu. jaga diri dan jaga kesihatan.

terima kasih juga sebab banyak bersabar. haha..teringat tentang kejadian time demam hari tu.

me : syg demam. batuk batuk juga.
mr U: iya? URTI mungkin syg.
me : eii nda mungkinlah. mana ada.
kahkahkah..dan-dan membantah cakap dia. padahal memang kerja dia tiap-tiap hari buat diagnosis orang.  erkk sebenarnya time dia cakap URTI tu aku bayangkan UTI. kahkahkah. tak pasal-pasal dia mengalah. tapi yang sadisnya bila pergi klinik memang sah sahlah diagnosis URTI. terima kasihlah selalu mengalah incik kesayangan. syg sangat terharu :')
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
 number one for me
 I love you and always do :')