Sabtu, 25 Ogos 2012

aku suka dia ♥



ehemm. kembali bersiaran di 25hb. ya. memandangkan penyakit malas kian menular maka new entri pastinya hanya akan muncul pada setiap 25 hb. kalau ada di tarikh lain tu kira bonus la tu. haha. seriously sekarang aku sangat sangat sibuk. dengan persediaan yang hanya beberapa bulan lagi ni, dengan makmal yang semakin sibuk, fuhh rasa macam tidak larat jak.

tapi yang paling penting mujur ada incik umair tercinta. haha. *muntah hijau*.. sebenarnya hari ni aku kerja. ya, aku bekerja macam hari -hari biasa. tiada yang berbeza. lepas tu tadi terdengar satu lagi ni di radio. terus rasa hati berbung-bunga. ngehhh...sebab tiba-tiba terasa lagu ni macam untuk aku dengan incik umair pula. okey agak perasan perah santan di situ.

Perkenalan kami memang macam lagu ni la. mula dengan tengok dari jauh jak. jarang kot tegur. walau bekas belajar di kolej yang sama dulu, tapi masing-masing buat hal sendiri time tu. sekadar berbalas senyuman di jalanan tu biasalah =) Lepas tu time sudah kerja pun ambil masa juga la mau bertegur. Paling penting, ambil masa rahsiakan hubungan dari kawan-kawan. hahaha.

Masa mula-mula bercinta, tiap kali berjumpa mesti blushing sebab tengah berahsia kan. hihihi. Lepas tu memang tabahlah dengar usikan kawan-kawan sebab tiap kali berjumpa mesti memerah. tapi sekarang memang tiada lah suda mau blushing blushing. kontrol kontrol ayu pun tiada. sempoi  jak semua. hihihi.

Jadi, untuk incik mair ehem ehemmm..nah lagu ni untuk anda. happy anniversary, insyaAllah bakal kekasih halal :)

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

p/s: tadi dapat hadiah yang istimewa sebab draft kad jemputan dah siap :)

 

1 doakan nina naik pangkat :):

Intanberlian berkata...

nina.. rindu nak baca tulisan nina. huhu. dia dah buat wedding prep entriesss. heeee. jeles.