Selasa, 10 Januari 2012

pergi tak kembali..

assalammualaikum =)

Noi, masuk hari ni sudah enam hari mama kau meninggalkan kita kan? Hari keenam ini juga aku baru dapat kekuatan untuk tulis entri ni. Aku minta maaf noi sebab tidak hadir majlis pengebumian mama kau. Aku hanya tahu pemergian mama kau 3 hari selepas tu. Aku tahu kau masih noonoi yang aku kenal 13 tahun yang lalu. Tidak pernah mahu merisaukan kawan-kawan tentang diri kau.

Noi,

Aku harap kau kuat. Kuat untuk menempuhi semua dugaan ni di saat kau menghadapi peperiksaan akhir. Aku selalu teringin mau duduk lepak dengan kau tapi aku belum cukup kuat noi. Tiap kali aku teringat arwah auntie, air mata aku mesti mengalir. Aku belum cukup kuat untuk memandang kau sebab aku seolah-olah masih melihat arwah auntie ada bersama kita.

Kau ingatkah semalam time balik kerja petang tu aku lalu rumah aku? Aku sengaja sebenarnya. Aku harap memandang rumah kau tu kerinduan aku pada auntie akan berkurangan. Aku masih berharap yang berita pemergian auntie ni cuma mimpi noi. Tapi, bila ada kau di balkoni tu, aku sedar yang aku patut terima kenyataan auntie suda tiada.

Aku ingat lagi. Kali terakhir aku jumpa auntie time kahwin Mat tahun lepas. Auntie masih auntie yang dulu yang penuh kelembutan bila bercakap dan selama kita berkawan, aku tak pernah dengar auntie tinggikan suara marahkan kita walau kita suatu ketika dulu agak nakal .

Auntie berfikiran terbuka kan? kau ingatkah dulu time kawen ciko aku dengan fida bergurau mau kawen dengan boboi? Auntie pon tahu pasal gurauan kita kan. Tapi auntie relaks jak. Dia pon join juga layan kalau kita start merapu. Aku ingat lagi, sampai kawen mat pon, aku dengan auntie masih bergurau pasal tu.

Auntie tidak pernah marahkah walau time kita sekolah rendah dulu kita selalu lepak di garaj rumah kamu. Dulu, ada jak auntie hidangkan makanan untuk kita. Fries, ayam, macam-macamlah. Mama aku pon cakap auntie baik. Itu aku tahu. Sebab tu aku sayang auntie. Aku sangat-sangat sayang mama kau.

Mama kau memang baik sebab tu ALLAH pon sayangkan dia kan. Sekarang kita tak dapat tengok dia lagi kan? Aku akan sentiasa rindukan dia. Tapi, aku tahu. Dia akan bahagia di sana. Apa yang mampu kita buat sekarang hadiahkan bacaan yasin untuk dia. Auntie mesti gembira kan?

Noi, aku tidak mampu mahu menulis lagi. Terlalu banyak kenangan bersama auntie dalam kepala aku sekarang. Ntah kenapa air mata aku tidak berhenti. Mungkin mata aku ada masalah kot. Aku berhenti di sini dulu ar. Aku harap kau tahu, auntie selalu ada di hati dan noi, aku sentiasa sayang kau.

Khamis, 5 Januari 2012

Once upon a time..

assalammualaikum..

ni update via blackberry tapi ntah kenapa celcom ni tiada pula muncul via blackberry di bawah entri. tapi tidak mengapa. itu tidak penting.

hari ni senang hati betul di lab. happy bukannya sebab aku tidak lagi di blood bank. eh hellooo saya masih pegawai tabung darah ar. terima kasih pada orang-orang yang rajin betul menelefon tu. hahaha...

memandangkan hari ni khamis. jadi jirah sebagai ketua geng bas sekolah sudah buat keputusan warna ungu sebagai warna rasmi di lab..jadi setiap khamis semua mesti pakai ungu. dan kebetulan tadi veron, kak tina dan jes pakai baju batik rasmi lab. erk aku jangan cakaplah. jahit pon belum.

mula-mula memang plan mau ambik gambar tapi sampai masa hand over kerja pon masih busy. mujur jirah teringat time mau bali. so, sempatlah ambik gambar ramai-ramai di lab. hehe..
terharu betul tengok gambar ni. kawan-kawan susah dan senang insyaALLAH sebab mostly spend masa kerja di lab. memang dengan dorang ni lah berkongsi rasa. dan juga kawan-kawan yang teda dalam gambar macam shalfa, ayu dan cla =)

gambar ni dari kiri : jirah bini orang, laksmi bini orang, veron erkk aku tak tahu hihi, kak tini bakal ibu, jes gelpren orang, nina yang bujang dan cip mama orang. erkk atau aku patut taip nina tunang orang? erkkk...ok fine. huahuahua...

hopefully lepas ni merasa lah tulis "nina tunang orang" di gambar. eh tapi bertunang dengan siapa? adoii. baik aku tidur sekarang. penat ni baru balik kerja.

assalammualaikum =)