Sabtu, 3 Disember 2011

papar day 1 :)

assalammualaikum :)

bersiaran langsung dari kfc beaufort. mujur ada kfc ni kalau tidak memang modem aku ni tidak boleh digunakan. eh lupa mukadimah. aku sebenarnya baru sampai ke pekan beaufort dan bermakna aku telah memandu lebih 97km secara terus tanpa menggunakan pemandu gantian *fuhh..bangga dengan kemampuan diri sendiri..haha*

bertolak dari rumah jam 10 pagi sebab mahu singgah centre point sebab kak c-la mau ambik novel yang dia order di popular. sempat juga la untuk beli milky tea kegemaran di yoyo.lepas tu baru mula sambung perjalanan ke beaufort.

tengoklah betapa padatnya bonet ni walaupun cuma pergi untuk sehari semalam. ni gambar di depan rumah sebelum jalan. kelihatan juga hadiah untuk pengantin baru. haha ;p

sebenarnya, matlamat utama perjalanan ni untuk attend kawen anak kepada kawan mama di bongawan papar. tapi, memandangkan esok juga ada jemputan kawen di papar *yakni labmate aku* maka kami pon buat keputusan untuk bermalam di borneo golf and resort club, bongawan.

kami sampai di papar jam 12 suda kot lepas tu pegi rumah kenduri kawen lebih kurang 25km la dari pekan papar. jauh jugaklah. sudalah aku pertama kali datang sini. lepas tu kena drive lagi. sampai rumah pengantin terus kena jemput makan sebab tidak lama lagi pengantin bersanding. aku tidak makan pon sebab terlampau penat driving lalu selera makan pon hilang. singgah sekejap jak. lepas tengok pengantin bersanding, terus gerak pergi resort sebab hujan lebat.

resort ni pon first time aku pergi. tidak pernah pergi dan dengar pun sebelum ni. gamble jak booking online tu pon kak cla yang buat. resort ni masuk dalam lagi, bukan tepi jalan. tapi seriously memang cantik. nanti mau honeymoon sini boleh? #dearfuturehusband. haha..


sampai jak terus pergi posing tepi kolam renang. apakahhhh..sudahlah hujan, lepas tu siap pakai baju kurung lagi bergambar2 di tepi kolam renang. isk iskkk..

lepas check in, tukar tudung kejap sebab mahu sambung perjalanan pergi sini. tujuan utama untuk makan dan beli stok makanan. sebab resort ni terpencil dan tak nampak pon kedai makan di sekekliling melainkan coffee house di tepi padang golf -__________-

sampai jak pekan beaufort terus cari kfc. aku memang kelaparan. terus order chicken rice combo. sambil tunggu order apa lagi bukak laptop la dengan modem terpasang walaupon tempat ni ada wifi.ini jak peluang yang ada untuk update blog sebab dalam bilik tu jangan kan line untuk internet tapi line telefon pon tidak ada. kalau mau buat panggilan, terpaksa keluar dari bilik.



gambar gembira setelah menghabiskan 2 ketul ayam yang enak. beaufort ni memang terkenal dengan limau sebab tu di bulatan dia ada limau besar. ni first time aku sampai beaufort. jadi mesti ambik gambar sebab tak tahu bila akan datang lagi.

*paper bag hijau yang mengandungi laptop aku pon interprame skalik. pashmina pon bertukar jadi tudung. tidak kuasa mau makan pon pakai pashmina. lalalala..


wajah-wajah penting ekspedisi kali ni. aku, apit, kak cla dan mama. oh dan adik yang menjadi tukang amek gambar. haha..psst muka puas hati sebab dapat attend majlis anak kawan dia walau jauh. hakhak.

ok, perut suda kenyang, blog suda update. sekarang apa lagi, tidur. aku mengantuk dengan kesejukan yang mencengkan esok attend kawen labmate pula, laksmi eriane.
#sengaja guna istilab labmate daripada officemate sebab kitaorang kan kerja di lab. dan istilah ni comel juga kan. haha.


Khamis, 24 November 2011

an evening with besprenggg...

salam~

yeahh..ni adalah entri yang ditaip dalam keadaan mengantuk jadi kalau ada salah eja sila maafkan. haha..cerita ni bermula semalam bila aku dan liling dengan penuh semangatnya mau tengok filem twilight breaking dawn part 1 *ceh tajuk mahu penuh.haha*

kebetulan hari ni aku kerja syif pagi jam 7 sampai 3 petang. jadi abes kerja jam 3 tu terus balik rumah. sempat jugak lah jammed sebab sekarang kan tengah persidangan DUN Sabah ( laluan balik rumah aku tu memang kena lalu simpang DUN jadi tu yang buat jammed )

sampai rumah jam 3 plus plus cepat2 mandi, bersiap dan solat asar. pastu dalam jam 4 bergerak pergi rumah liling padahal jarak cuma 10 minit jak. haha..sampai 1borneo, terus pergi GSC ambik tiket yang direserved. ni liling yang booked. kalau harapkan aku memang hancurlah. lepas ambik tiket kami terus pergi mcD sebab aku lapar. uwarghh..

aku macm biasa lah makan chicken mcdeluxe classic. pastu sambil makan cit cat la kan. memandangkan jarang jumpa ni lah masa untuk catch up cerita masing2. termasuklah tanya " ko kapel dengan sapa sekarang?" haha..okeh, tu tipu. nda sentuh pon bab tu. haha..

lepas makan sedar2 jam sudah 5.30. naik panggung lah. tapi memandangkan belum boleh masuk, jadi kami lepak di rest&go gintell tu kejap. sempatlah urut-urut badan ni buat rasa segar sket. lepas tu, apa lagi masuk panggunglah layan edward..edward sangattt handsomeeeeeeeeeee..


sebelum masuk tengok filem sempat lagi posing dengan poster. ni bukti aku tengok filem ni okeh..hahaha...see, kami antara golongan yang teruja tengok tayangan pada hari pertama. filem ni memang okeh tambah-tambah lagi edward hensem tapi memandangkan panggung2 penuh, macam-macam bunyi bising yang kedengaran. termasuklah dari kanak-kanak. mujur masih sempat concentrate. tapi tu pon balik-balik tanya liling "dia mati ka ni?" haha..kesian liling terpaksa menjawab. mujurlah juga dia suda baca buku ni.

ntah berapa kali liling terpaksa dengar aku cakap edward ni ensem. erk tapi jacob pon hensem dalam filem ni. kelirunyaaaa *bajet terpaksa buat pilihan..hihi*

lepas habis tengok filem, kami turun bawah untuk makan tutti frutti. yeahhh tutti ni baru jak buka di kk. jadi mestilah kami ambik kesempatan lepak di situ juga.

ni la eskrem yogurt aku. terpaksa pakai mangkuk besar sebab mangkuk kecik dah habes. yang aku ambik ni perisa cappucino. memandangkan aku bukan penggemar manis, jadi aku cuma letak coklat chip dengan coklat rice jak. sampai sekarang masih terasa kesedapan coklat chip tu sedapnya..

erk, sebenarnya aku tak pandai pon pam-pam yogurt *eh betul ka istilah aku ni. arghh lantak..hoho* jadi liling yang tolong buat. yang kelakarnya, aiskrim aku dan liling dua-dua pon harga yang sama bila kena timbang. rm8 sumthing jak. murah kan? :)


sebelum memulakan suapan pertama. see? aku betul-betul makan yogurt aiskrim ni ar. bukan propa.. haha...

gambar kedua pemilik blog yang ntah apa-apa. tengah makan sempat lagi ambik gambar. full credit to my official photographer, cik liling. thanx beh. hihi..

lepas makan yogurt barulah kami gerak pulang dalam jam 8.30 malam jugak lah. seriously memang bestlah lepak dengan kawan lama. harap2 nanti dapat lepak lagi sebelum dia balik kampus. ..sekarang mau tidur. esok kena bangun awal sebab pergi bank bayar kereta. malasnya. tambah-tambah lagi bank tu di area yang sangat susah untuk dapat parking. hukhuk..assalammualaikum semua :)

p/s: beh, nanti keluar lagi, mau? bowling jom. haha ;p