assalammualaikum :)
bersiaran langsung dari kfc beaufort. mujur ada kfc ni kalau tidak memang modem aku ni tidak boleh digunakan. eh lupa mukadimah. aku sebenarnya baru sampai ke pekan beaufort dan bermakna aku telah memandu lebih 97km secara terus tanpa menggunakan pemandu gantian *fuhh..bangga dengan kemampuan diri sendiri..haha*
bertolak dari rumah jam 10 pagi sebab mahu singgah centre point sebab kak c-la mau ambik novel yang dia order di popular. sempat juga la untuk beli milky tea kegemaran di yoyo.lepas tu baru mula sambung perjalanan ke beaufort.

sebenarnya, matlamat utama perjalanan ni untuk attend kawen anak kepada kawan mama di bongawan papar. tapi, memandangkan esok juga ada jemputan kawen di papar *yakni labmate aku* maka kami pon buat keputusan untuk bermalam di borneo golf and resort club, bongawan.
kami sampai di papar jam 12 suda kot lepas tu pegi rumah kenduri kawen lebih kurang 25km la dari pekan papar. jauh jugaklah. sudalah aku pertama kali datang sini. lepas tu kena drive lagi. sampai rumah pengantin terus kena jemput makan sebab tidak lama lagi pengantin bersanding. aku tidak makan pon sebab terlampau penat driving lalu selera makan pon hilang. singgah sekejap jak. lepas tengok pengantin bersanding, terus gerak pergi resort sebab hujan lebat.
resort ni pon first time aku pergi. tidak pernah pergi dan dengar pun sebelum ni. gamble jak booking online tu pon kak cla yang buat. resort ni masuk dalam lagi, bukan tepi jalan. tapi seriously memang cantik. nanti mau honeymoon sini boleh? #dearfuturehusband. haha..

lepas check in, tukar tudung kejap sebab mahu sambung perjalanan pergi sini. tujuan utama untuk makan dan beli stok makanan. sebab resort ni terpencil dan tak nampak pon kedai makan di sekekliling melainkan coffee house di tepi padang golf -__________-
sampai jak pekan beaufort terus cari kfc. aku memang kelaparan. terus order chicken rice combo. sambil tunggu order apa lagi bukak laptop la dengan modem terpasang walaupon tempat ni ada wifi.ini jak peluang yang ada untuk update blog sebab dalam bilik tu jangan kan line untuk internet tapi line telefon pon tidak ada. kalau mau buat panggilan, terpaksa keluar dari bilik.

*paper bag hijau yang mengandungi laptop aku pon interprame skalik. pashmina pon bertukar jadi tudung. tidak kuasa mau makan pon pakai pashmina. lalalala..

ok, perut suda kenyang, blog suda update. sekarang apa lagi, tidur. aku mengantuk dengan kesejukan yang mencengkan esok attend kawen labmate pula, laksmi eriane.
#sengaja guna istilab labmate daripada officemate sebab kitaorang kan kerja di lab. dan istilah ni comel juga kan. haha.

0 doakan nina naik pangkat :):
Catat Ulasan