Khamis, 2 Jun 2011

goodbye everyone :"(

salam ~

ceh..tajuk entri memang tidak boleh blah. erk tapi sebelum tu sebenarnya aku bukan sengaja tidak mahu update blog ni tapi beberapa hari ni belog ni ada problem sket. tidak dapat login. mujurlah malam ni dapat. Jadi bolehlah update entri pasal farewell party last week :)

actually khamis lepas adalah hari pengumuman result. jadi, budak2 part6 medic lab tech buat farewell party aritu juga. organiser? mestilah kawan-kawan aku yang dedikasi tu. alhamdulillah, aku lulus semua paper dengan pointer yang memuaskan hati jugaklah. setimpal dengan usaha aku selama ni.

paling menggembirakan, dapat A untuk subjek kegemeran 'blood bank'. sebelum ni 5 semester dapat B+. Mujurlah usaha yang sedikit gigih kali ni membuahkan hasil. Heart u, sir sibat and miss sano :-*

erkk okeh, straight to the point. lepas pengumuman result jam 9.30 pagi tu, kami pon lepak la bilik kuliah sambil tunggu lecturer datang. standardlah buat farewell party di bilik kuliah sebab malas mau fikir tempat. huahua.. tapi memandangkan lecturer hanya datang jam 10.30 macam tu, jadi kami apa lagi. jom bergambar.

sebelum pergi jamuan. di bilik noor ni dengan chung. actually ni first time pakai shawl setelah 6 sem di kolej ni. haha.. nervous juga la rasa. sudahlah bukan reti sangat pon pakai shawl ni. mujur ada noor sayang.



see, there is my name "suhaina"..errk tapi memandangkan tulisan kecik tidak nampak la pula. kalau mau tengok juga boleh zoom la. apa boleh buat. huhu..




lepas tu seorang demi seorang lecturer datang dan majlis pon bermula. macam biasalah, baca doa, ucapan pengetua, ucapan penasihat akademik dan makann..memang lapar la. even pengetua pun cakap lapar sebab dia cakap dia tidak sempat pon amek breakfast since she rushing mau announce result exam. paling menggembirakan, bukan setakat lecturer jak datang, tapi pembantu makmal yang bertugas di lab pun datang. ya, mereka pun banyak menolong juga walaupun baru jumpa sem ni :)




selesai makan, sambung sesi bergambar lagi. entah kenapa, suasana sedih sket. maklumlah ni adalah jamuan terakhir kami bersama. setelah tiga tahun bersama, suka duka, memang terlalu banyak untuk dikenang.

dengan Puan Indra, lecturer untuk microbiology..luckily she is sabahan jadi ada juga geng kalau rindu mau cerita pasal sabah :)

kek cheese yang super duper sedap. you did well Edo. pandai kau pilih kedai kek. sampai ari ni pon aku masih terasa kek yang sedap ni lagi. lapar la plak.


emcee of the day, muhammad shah. dari uitm kk sampailah kolej ni bersama. banyak suka duka sama-sama sampailah jadi bespren. banyak kenangan kalau mau ingat balik. erk termasuk kenangan mengusik jiwa kan shah ;p lets keep dat one as secret :)


dengan math. dan entah kenapa aku paling suka gambar ni. erkk mungkin sebab aku nampak tinggi kot? hahaha...

itu jak la cerita untuk malam ni. esok update pasal tengok nur kasih the movie kelmarin :)

Isnin, 23 Mei 2011

tunggu result ni macam nak tunggu akad nikah~

salam~

okeh, fine. tajuk aku macam hiperbola sikit. tapi takpa sebab aku yang macam sengal kebabom ni pon tidak kisah. jantung aku ni degup sikit punya kuat sampai mau keluar suda ni rasanya dari badan. sekarang ni kalau check nadi confirm la tekanan sistolik dan diastolik tu akan tinggi buat pertama kalinya.

nanti mesti ada yang akan cakap "elehh, setakat tunggu result final exam..kalau belajar mesti boleh punya"..ya, kau cakap memang la senang. ni aku ni yang bersengkang mata duduk 7 subjek wajib tu. ada 14 kertas semuanya dalam tempoh 7 hari okeh..

sebenarnya, mungkin kalau bukan final sem, aku pun tidak la kisah sangat. rileks lah ada next next sem lagi. tapi ni da last sem. next apa kejadahnya lagi. adoi. lagi haru pasni lagi dua minggu akan start induksi. ya, kursus wajib untuk kakitangan kerajaan untuk pengesahan jawatan. erkk, nampaknya aku da mula jadi penjawat awam pula suda ni.

aku risau ni. kalau bukan esok, maka lusa result akan keluar. apa mau buat ni? apa? apa?? tekanannyaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... sem ni memang buat pressure la. dari awal sampai la nak habes. perghh induksi nanti lagi la. super duper pressure. cukup-cukup sampai masa balik rumah aku lak yang kena diagnose hypertension. adoi.

by the way, sarawak tengah sibuk persiapan gawai. banyak betul kedai buat jualan murah. erkk jadi marilah menghabiskan masa mengukur jalan >>> guna alasan konon-konon mau beli souvenir tuk dorang mama. hoho..