ceh..tajuk entri memang tidak boleh blah. erk tapi sebelum tu sebenarnya aku bukan sengaja tidak mahu update blog ni tapi beberapa hari ni belog ni ada problem sket. tidak dapat login. mujurlah malam ni dapat. Jadi bolehlah update entri pasal farewell party last week :)
actually khamis lepas adalah hari pengumuman result. jadi, budak2 part6 medic lab tech buat farewell party aritu juga. organiser? mestilah kawan-kawan aku yang dedikasi tu. alhamdulillah, aku lulus semua paper dengan pointer yang memuaskan hati jugaklah. setimpal dengan usaha aku selama ni.
paling menggembirakan, dapat A untuk subjek kegemeran 'blood bank'. sebelum ni 5 semester dapat B+. Mujurlah usaha yang sedikit gigih kali ni membuahkan hasil. Heart u, sir sibat and miss sano :-*
erkk okeh, straight to the point. lepas pengumuman result jam 9.30 pagi tu, kami pon lepak la bilik kuliah sambil tunggu lecturer datang. standardlah buat farewell party di bilik kuliah sebab malas mau fikir tempat. huahua.. tapi memandangkan lecturer hanya datang jam 10.30 macam tu, jadi kami apa lagi. jom bergambar.
lepas tu seorang demi seorang lecturer datang dan majlis pon bermula. macam biasalah, baca doa, ucapan pengetua, ucapan penasihat akademik dan makann..memang lapar la. even pengetua pun cakap lapar sebab dia cakap dia tidak sempat pon amek breakfast since she rushing mau announce result exam. paling menggembirakan, bukan setakat lecturer jak datang, tapi pembantu makmal yang bertugas di lab pun datang. ya, mereka pun banyak menolong juga walaupun baru jumpa sem ni :)
selesai makan, sambung sesi bergambar lagi. entah kenapa, suasana sedih sket. maklumlah ni adalah jamuan terakhir kami bersama. setelah tiga tahun bersama, suka duka, memang terlalu banyak untuk dikenang.

itu jak la cerita untuk malam ni. esok update pasal tengok nur kasih the movie kelmarin :)

2 doakan nina naik pangkat :):
ninaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, miss you =)
wuiii kiut nya blog ni....banyak bunga ...cantik2...
Catat Ulasan