Sabtu, 12 Mei 2012

how I meet my so call mr right ;)

 

 haha.. akhirnya. suda lama plan mau buat entri ni tapi sebab selalu sibuk maka selalu tiada kesempatan *mata juling atas*.

sebenarnya segan kalau mau ingat kisah aku dengan mair ni. haha. sebab sebab ala aku yang perasan kewujudan dia dulu. miahaha.. rasanya first time aku jumpa mair dalam bulan ogos. tengah bulan puasa. macam biasalah aku tengah buat QC untuk mesin di jabatan dia. tapi dia tak perasan pun aku. aku time tu pandang sekali terus terfikir "laaa...mamat senior kat kolej juga". time ni aku bajet kecewa lah sebab apsal semua pon senior di kolej ni weh? tidak cukup time di kolej sampai dah kerja pun muka sama juga. macam mana aku nak jatuh cinta? hahaha..*ketuk kepala sendiri*

lepas tu, seriously memang take time kami bertegur sapa sebab masing-masing pun serius. aku ingat lagi bila dia pergi komen album profil picture aku. ayat serius tidak boleh blah,
serius time aku nampak komen ni gelak kuat-kuat. fine. layan aku macam aku pun geng dia juga. haha. 

lepas tu, bila lab dah pindah aras, aku pon dah habis tempoh rotation di makmal tu tiba-tiba kami pun mula start bertegur sapa dan borak. mungkin sebab time tu aku start buat oncall suda. well, oncall adalah masa untuk tidak perlu menjadi formal. mula-mula tu kawan biasa-biasa jak sehinggalah kematian rakan sekerja dia, stephen. *I miss u, steph :( * to be honest, stephen ni memang orang pertama di jabatan mair ni yang aku rapat. memang kamceng. boleh geng.

jadi bila dia tiada tu memang rasa sangat kehilangan. dari situ lah aku dengan mair menjadi semakin rapat. sebab kami selalu borak pasal steph hingga tanpa sedar mula rasa something bila lama tidak nampak mair : p sampai satu tahap aku terfikir dalam hati "apa agaknya terjadi kalau aku bercinta dengan mair?" haha. curious juga kadang-kadang macam mana aku boleh terfikir benda gitu. lepas tu entah macam mana kami mula jarang terserempak sampai aku rasa yang benda yanga ku fikir tu mustahil. entah-entah mair tu ada awek.

sehinggalah satu hari tu di tahun 2012, haha. aku di kaunter makmal. dan time tu ada benda yang kami curious di lab. entah macam mana time tu aku pergi jumpa mair dan tanya dia. oh dia sangat gentleman time ni layan pertanyaan aku yang entah apa-apa tu walaupun dia sangat-sangat busy time tu *aku dah start berdebar bercakap dengan dia time ni*.

jadi petang tu memandangkan dia suda membantu aku pun sms lah. actually aku sms ucap terima kasih jak pun. ntah kenapa dia reply sms kerek semacam. tapi dari cara dia reply tu boleh nampak yang dia malu tapi mahu bersms dengan aku. kahkahkah :p ntah macam mana hubungan tu mula berlanjutan hingga ke peringkat yang seterusnya. mungkin sebab nampak dia bersungguh-sungguh mahu bawa hubungan tu ke peringkat yang lebih serius dan bukan sekadar cinta monyet.

dan Alhamdulillah, hubungan kami ni masih bertahan sampai ke hari ni. masih di tahap bahagia. sebab dia pun sangat-sangat mengambil berat dan rajin melayan aku yang entah apa-apa kenkadang ni. contoh macam bila aku sms dia tadi,

me: mau mkn mcd :(

mair: nt mlm kt singgah syg atau telefon
see, respon yang sangat menggembirakan walaupun hanya benda kecil. tapi apa kejadahnya mau makan sama-sama malam ni syif kami tidak sama T___T doakan kami terus meniti kebahagiaan dalam hubungan ni. till jannah, InsyaALLAH. love u, mair :-*

p/s : ada orang cakap, kalauu kita sayang seseorang tu, kita kena lepaskan dia pergi. kalau dia kembali maknanya dia memang milik kita. jadi aku anggap dulu tu aku dah pernah lepas mair dan sekarang dia milik aku la kan? miahahaha.

2 doakan nina naik pangkat :):

Unknown berkata...

oh macam tu pula ceritanya.hehe.

nina suhaina berkata...

hahahaha...