Sabtu, 19 Mei 2012

bukan kisah dongeng ~

  
miahaha..bersiaran kembali dari makmal tercinta. memandangkan boring, adalah lebih baik merepek di blog dari melayan perut yang lapar T_T Entri ni ditaip dalam keadaan mengantuk. mana tidaknya, sekarang jadual padat mengalahkan ketua kampung sebelah..

bermula dari hari kursus terakhir intan, pulang rumah tidur sejam terus bergegas balik tuaran tercinta *sekarang sudah tidak berapa cinta..haha*.. balik dari tuaran pula sempat bersihkan diri dan buat apa yang patut terus bergegas pergi lab pula.

dan sekarang, kisah aku ni masih berlarutan. balik dari kerja awal pagi tadi aku tidak sempat tidur pun. mama sibuk bawa anak perempuan dia yang paling susah mo jumpa ni borak. dan akibatnya? aku masuk kerja petang ni tanpa rehat..sungguh rasa hebat disitu sampai rasa mau guling-guling di lorong belakang hospital ni sambil nyanyi kuch kuch hota hai. haha.

by the way tadi mair beli majalah kesukaan aku. eh mesti ditekankan disitu majalah kesukaan. haha. untung betul kena bayar time beli majalah. almaklumlah majalah pengantin tu kan mahal. haha. eh tapi tak berapa kisah juga la mahal sket sebab kita beli tuk kegunaan bersama kan mair? miahahaha ;p

mair bayarkan lunch tadi juga..oh sungguh baik hati incik kesayangan ni *padahal memang dia yang bayar selalu pun* bagus juga la latihan. nanti kang kan kena sara jaga orang. jadi lebih baik latihan dari sekarang. lalalalala.. lepas tu mair tolong bayarkan parking kereta aku juga tadi sebab aku takda duit kecik. kang kalau bagi duit terlebih besar orang cakap menunjuk la plak walaupun hakikatnya besarlah sangat duit tu nina. hahaha :P

lepas tu tadi time tengah mesin running mair call.ohh macam biasalah aku mengadu lapar. tipikal nina yang kononnya diet. haha. lepas tu mair cakap,
nanti kalau lapar bagitau ar

hahaha..terus rasa mair la lelaki paling sweet. kahkahkah. pedulilah dengan orang lain dia serius. yang penting dengan aku dia sweet.

ok, karangan untuk hari ni suda terlebih panjang. now masa untuk running QC mesin dan ajar junior buat reaction..aww tetiba feeling senior mengajar dah. haha. assalammualaikum..

2 doakan nina naik pangkat :):

cahaya cta berkata...

untungnya kena belanja =)weehee

nina suhaina berkata...

haha..nanti suda pulang kk bawalah abg keluar mkn.haha.