Jumaat, 16 September 2011

aku selalu lupa hari..

salam~

terasa lama betul tidak menulis di blog ni. kebelakangan ni aku sibuk sikit. ada masanya, aku tidak sedar pun hari tu hari apa. mana tidaknya, tiap kali aku masuk kerja mesti tengok tarikh di punch card dulu. kalau tidak memang aku tak tahu lah hari tu berapa haribulan. erkk, adakah aku ni tanda-tanda amnesia? T_________T

semakin dekat 18 oktober ni, semakin berdebar pula rasa. sebenarnya tarikh tu tarikh konvo aku. ni kena explain awal kang ada ingat aku kawen tunang lak. lalalala...

setakat ni, 80% persediaan untuk pergi Kuching tu suda siap. yalah, tuk konvo kali ni cuma aku dengan mama yang pergi jadi aku mestilah memastikan semuanya berjalan lancar. mama pula ni first time dia pergi Kuching jadi harap-haraplah semuanya akan menjadi kenangan terindah untuk dia.

memandangkan aku urus semuanya sendiri, terpaksalah aku sediakan check list. almaklumlah pelupa macam aku ni memang sah-sahlah ada yang tertinggal. huahuahua..

check list konvo @kuching, sarawak :

balas borang penyertaan konvo

bayar yuran konvo

booking flight tiket

booking hotel

transportation airport-hotel

booking kereta sewa

bayar deposit kereta sewa

minta cuti dengan bos..haha.

buat pas lawatan mama

booking studio tuk gambar konvo

ready untuk upacara konvo :)


haha.. nampaknya tinggal beberapa perkara lagi yang belum settle. tapi, ni perkara yang akan disettlekan awal bulan depan. aku sangat teruja untuk pergi kuching kali ni. iyalah, datang untuk holiday mestilah berbeza dibandingkan dengan memerah otak belajar. kuikuikui..tak sabarnya rasa.

harap-harap semua perancangan sepanjang berada di kuching akan berjalan lancar. amin :) I'm coming back, Kuchingggg.....

2 doakan nina naik pangkat :):

Run Away berkata...

lepas raya kebyakan owg sibuk kan...hik...../salam kenal...;d

nina suhaina berkata...

salam kenal :)

haah, masing-masing dah buat hal sendiri..hikhik...