Sabtu, 24 September 2011

hari kedua di Kota Belud~

salam~

hari ni aku bangun pagi dengan perasaan gembira. haha.. mana tidaknya, walaupun tidur di rumah orang tapi kalau sudah dapat satu bilik yang lengkap dengan katil semua haruslah gembira kan. haha..yang penting, aku nyenyak tidur sepanjang malam. mata ni pun tahu jak jam berapa mau buka. bijak betul ;p seriously kami jarang bermalam di kampung. rasanya suda 4 tahun kami tidak bermalam di kampung ni.

bangun jak, cepat-cepat pergi rumah pengantin yang cuma sebelah pagar untuk ambik seterika. pastu bergegas iron baju. mana tidaknya, pagi ni aku ada misi penting dan kakak kata, misi penting ni mesti dilaksanakan sebelum orang ramai datang.

dan misi penting aku tu adalah..jeng jeng jengggggg......................


bergambar di pelamin. haha..sampai jak di rumah pelamin, aku dengan kakak terus menonog pergi pelamin. mujur pelamin dia di halaman rumah jak jadi tidak payahlah kami bersusah payah mahu naik atas lagi semata-mata untuk ambik gambar.

lepas jak ambik gambar, apa lagi makan time la.

posing dengan mama lepas makan. belakang yang warna hijau tu la rumah lama kami :) time ni orang belum ramai lagi. lepas jak ambik gambar, aku dengan kakak terus menyingsing lengan tolong cuci piring.

lama juga la kami cuci piring. sedar-sedar jam 1 petang suda. tapi memandangkan pengantin lelaki belum sampai, jadi lepak di atas rumah kejap. time tu la terjumpa si comel oyuyu ni. erk sebenarnya nama dia ayu tapi ntah kenapa time dia kecik panggil oyuyu macam comel lak :)


"oyuyu, nanti angah kawen jadi pengapit angah tau. tapi make sure time tu comel macam ni jugak ar. ekekeke ;p "

rumah lama dekat kampung ni memang lain sket design dia. aku pon heran mana bapa dapat idea untuk buat ruang bertingkat dalam rumah dia. dulu besi-besi coklat di belakang ni tempat aku praktis menjadi tarzan kota belud dulu. fuh, mujur sekarang sudah jadi budak ayu ;p

lepas tu, bila pengantin lelaki sampai tadi, ntah macam mana aku boleh terjebak jadi tukang pegang tirai pelamin pula. dan pastinya memang lah aku dapat duit tol. lalala..untung betul ;p macam biasalah, lepas sanding, pengantin sibuk posing-posing bagai di pelamin dan aku pula? sibuk angkat beg masuk kereta sebab mau balik. jadi, sekali lagi, waktu persandingan ni pon aku tiada gambar pengantin. haha..

time tengah salam-salam mahu balik tu, ijo' *dia ni adik pengantin perempuan dan sepupu aku yang paling rapat. seriously, zaman kanak-kanak kami dulu kami la konon ala-ala kembar. haha* muncul dengan idea bawa mama gambar di pelamin. haha. adakah dia pon teringin mau kawen? lalala...


eh,apasal tiba-tiba ada muka aku menyibuk ni? hahaha..sayang betul gambar ni tak cukup sorang. kalau tidak lagi meriah :)

lepas ambik gambar dengan mama, ijo' bawa aku lak ambik gambar. haha..

seriously time ambik gambar ni aku memang penat menahan gelak. mana tidaknya, time kami ambik gambar ni, orang masih ramai stay dekat khemah. lepas tu siap pandang-pandang semacam lagi. iyalah, bukan semua tetamu di majlis tu tahu kami ni sepupu sekali. sudahlah muka tidak seiras langsung. hopefully tiadalah yang salah sangka aku ni girlfriend dia. haha..lagipun aku dengan dia ni hukum dia muhrim, wuduk tidak batal pun. jadi, tidaklah aku segan sangat.

erkk tapi apsal aku nampak ganas jak dalam gambar ni?? hahaha..

0 doakan nina naik pangkat :):