Jumaat, 23 September 2011

majlis berinai ;)

salam~

hari jumaat kembali lagi. dan aku menaip entri dalam keadaan penat dan mengantuk. hari ni macam biasalah. hari jumaat maksudnya hari agak lapang tanpa sampel yang berlambak. aku pon tidak tahu kenapa tapi tiap kali jumaat mesti tabung darah ni sunyi sikit.

tapi, walaupun tabung darah aku tetap terasa penat. sebab habis jak kerja jam 5 tadi, aku terpaksa tunggu kak c-la habis sekolah jam 6 untuk ambik aku. lepas tu kak c-la pula sampai sekolah jam 6.30 petang. mana tidaknya, luyang ni tiap kali tengahari dan petang memang jammed. yang dekat pun jadi jauh.

lepas tu tadi baru sampai ums bapa suda called. malam ni sebenarnya majlis pernikahan sasa, salah seorang sepupu aku. bapa sasa ni adik bapa aku. jadi kami kira sepupu sekali. but since aku baru kerja dan cuti pula sudah tinggal sikit, jadi kami pun buat keputusan untuk balik kota belud lepas kerja. sampai rumah jak, bapa terus cakap malam ni kena bermalam di kota belud T_______T..apalagi bergegas bersihkan diri dan kemas pakaian.

memandangkan jam sudah menunjukkan jam 8 malam tadi time bertolak dari rumah, aku pun buat keputusan pakai jeans. yalah, kalau sudah jam 8 tu memang tidak sempatlah tengok majlis berinai dia.

sampai jak di rumah ni tadi, orang lengang suda. toleh kanan nampak muka sepupu. toleh mana-mana pun nampak sepupu yang lain pula. lepas tu ntah macam mana aku dengan kak c-la boleh terpandang almari lama di rumah ni. sebenarnya rumah ni rumah mama dengan bapa. tapi since kami sudah pindah kota kinabalu, family adik bapa ni la yang tinggal di sini. dan disinilah juga majlis akad nikah dan berinai tadi berlangsung.




terjumpa piala masa ikut pertandingan bercerita tahap 1 dulu. tidak sangka aku banyak piala. haha..piala-piala yang dibelakang tu pun kepunyaan aku juga.

yang paling seronok, kakak ada bawa laptop dan broadband. jadi sementara orang di bawah tu tengah sibuk karaoke, baiklah aku di atas ni update blog. haha..tapi mata suda mengantuk ni. baik aku tidur dulu. kenduri esok kena bangun awal lagi. salam~

p/s: memandangkan aku datang lambat, maka aku tiadalah gambar sepanjang majlis berinai. jangan tanya aku mana gambar pengantin lak. memang tiada. haha ;p

0 doakan nina naik pangkat :):