Sabtu, 9 Julai 2011

aku benci medical check up~

salam~

hari ahad lepas AJ mesej bagitau di website SPA suda boleh click untuk jawab surat terima tawaran. time AJ mesej tu sebenarnya belum sampai rumah pun. masih lagi on the way balik dari kampung, Tuaran. sampai rumah jak memang kelam kabut la on streamyx buka laptop dengan gaya yang bajet mesti jawab tawaran masa tu jugak. hoho..

pastu, rabu dapat panggilan dari SPA cawangan sabah bagitau ada surat tawaran di pejabat dorang. so, kena pergi sana untuk ambil surat tawaran perlantikan tetap..teehhee..memang excited la pergi amek surat ni sebab ingatkan boleh tahu sudah bila start posting tapi rupanya bukan dia bagitau pun posting bila tapi dia cuma bagitau gaji berapa.

dan sekarang apa yang perlu aku buat adalah melakukan medical check up. sebenarnya aku memang malas buat medical check up. mana tidaknya, dalam tempoh 4 tahun sejak aku habis SPM ni ntah berapa banyak da medical check up aku buat. standard la jadi paramedik ni bila ada infeksi jak memang immediately aemua akan kena suruh buat check up kot-kot kena jangkitan.

semalam aku pegi Klinik Luyang tapi malangnya Luyang pula tak mahu terima kami, budak-budak yang baru mau posting ni buat medical check up atas alasan terlalu banyak result yang belum diambil. jadi diaorang hanya buat medical check up untuk those yang kerja di Kota Kinabalu sahaja. demm ar...so isnin mau pegi Tuaran lak buat medical check up. seriously ni la usaha terakhir aku. kalau Tuaran pun tak mau terima budak baru buat medical check up, "sori SPA saya tak dapatlah ikut arahan awak"..sudahlah aku memang jarang pergi dapat khidmat kerajaan..nasib baik dia cakap mau pengesahan dari pegawai perubatan kerajaan kalau tidak memang aku lebih rela buat medical check up di Poliklinik Permai ni jak. dekat jak dengan rumah.

beberapa minggu lagi akan posting. boleh nanges ka ar kalau kerja time bulan puasa? sudahlah bulan pertama kerja lagi tu. cobaannn..harap-harap aku tidak kena buli la dengan patient. haha..kalau posting ni nanti, kami la batch umur paling muda dalam makmal. hoyeahh..

apakah gambar ni?? wakaka..aku tidak tahu apa matlamat aku dengan incik donovan bergambar macam ni. haha..(disclaimer:dia bukan boyfriend saya, dia senior saya) ekekeke..

p/s: selamat menjadi ahli keluarga kementerian kesihatan malaysia, nina ;) ..

Sabtu, 2 Julai 2011

konvo KSKB Kuching 2011

salam~

beberapa harini aku busy survey sana survey sini hotel di bandar Kuching sebab aritu bila buka fanpage group tiba-tiba AJ Joshua cakap yang konvokesyen kolej akan dibuat di Kuching. Aku apalagi. memang sangat-sangat excited sebab mama belum pernah sampai Kuching jadi ingat mau bawa mama round-round Kuching.

tapi ntah sapa cakap time induksi aritu yang konvokesyen akan diadakan di Bintulu. seriously memang down lah sebab aku cuma pernah pergi Bintulu sekali. so, macam mana mau jadi tour guide mama kalau aku pon pernah pergi sekali jak kan?

so, bila AJ da bagitau aku memang si kudung dapat cincin la. cehh.tiba-tiba masuk peribahasa lak. haha..tapi time tu curious la walau busy bagai nak rak google hotel. jadi penyelesaian adalah inbox Pengetua kolej aku. maksudnya Ketua Program Lab Tech ni la. sebab before ni dia yang busy meeting convo jadi mestilah dia tahu kan? malangnya dia tak reply inbox aku tapi,

dia pergi komen di wall post classmate aku lak T.T adoi la madam ni ( gambar dikaburkan untuk tujuan keselamatan..ekeke...)

see, maknanya convo akan diadakan di Kuching..hoorayyy..mari jerit ramai-ramai dengan gembira..jadi, malam ni mahu pergi tengok filem sekali lagi dengan mama..hihi..

p/s: tahniah untuk Imam Muda Hassan. semoga menjadi ikon belia yang baik. Alhamdulillah :)