salam~
hari ni aku bangun pagi dengan perasaan gembira. haha.. mana tidaknya, walaupun tidur di rumah orang tapi kalau sudah dapat satu bilik yang lengkap dengan katil semua haruslah gembira kan. haha..yang penting, aku nyenyak tidur sepanjang malam. mata ni pun tahu jak jam berapa mau buka. bijak betul ;p seriously kami jarang bermalam di kampung. rasanya suda 4 tahun kami tidak bermalam di kampung ni.
bangun jak, cepat-cepat pergi rumah pengantin yang cuma sebelah pagar untuk ambik seterika. pastu bergegas iron baju. mana tidaknya, pagi ni aku ada misi penting dan kakak kata, misi penting ni mesti dilaksanakan sebelum orang ramai datang.
dan misi penting aku tu adalah..jeng jeng jengggggg......................

lepas jak ambik gambar, apa lagi makan time la.

lama juga la kami cuci piring. sedar-sedar jam 1 petang suda. tapi memandangkan pengantin lelaki belum sampai, jadi lepak di atas rumah kejap. time tu la terjumpa si comel oyuyu ni. erk sebenarnya nama dia ayu tapi ntah kenapa time dia kecik panggil oyuyu macam comel lak :)

rumah lama dekat kampung ni memang lain sket design dia. aku pon heran mana bapa dapat idea untuk buat ruang bertingkat dalam rumah dia. dulu besi-besi coklat di belakang ni tempat aku praktis menjadi tarzan kota belud dulu. fuh, mujur sekarang sudah jadi budak ayu ;p
lepas tu, bila pengantin lelaki sampai tadi, ntah macam mana aku boleh terjebak jadi tukang pegang tirai pelamin pula. dan pastinya memang lah aku dapat duit tol. lalala..untung betul ;p macam biasalah, lepas sanding, pengantin sibuk posing-posing bagai di pelamin dan aku pula? sibuk angkat beg masuk kereta sebab mau balik. jadi, sekali lagi, waktu persandingan ni pon aku tiada gambar pengantin. haha..
time tengah salam-salam mahu balik tu, ijo' *dia ni adik pengantin perempuan dan sepupu aku yang paling rapat. seriously, zaman kanak-kanak kami dulu kami la konon ala-ala kembar. haha* muncul dengan idea bawa mama gambar di pelamin. haha. adakah dia pon teringin mau kawen? lalala...

lepas ambik gambar dengan mama, ijo' bawa aku lak ambik gambar. haha..

erkk tapi apsal aku nampak ganas jak dalam gambar ni?? hahaha..
