Sabtu, 30 Julai 2011

lab warming :)

salam~ ni cerita semalam, 29 Julai 2011. jadi anggaplah kamu baca cerita ni semalam ar. huahua..

seriously aku berdebar hari ni. sebab semalam jirah kata arini aku kena buat maintanance untuk mesin siemens tu dan juga kena buat Quality Control. aku risau juga ni sama ada nota yang aku salin ni lengkap atau tidak. sebab kadang-kadang aku sendiri pun tidak faham apa yang aku salin ni T_T

sampai jak di lab, jirah ada sudah di pantry minum pagi dengan dorang kak etam. ya, dia sampai awal sebab dia kerja waktu pejabat yang start jam 7.30 pagi. aku mula jam 8.00 pagi tapi malangnya aku selalu sampai awal.

bila jam 7.30 jak, orang yang shift pagi mula handover tugas. mula-mula pagi-pagi ni kena bersihkan bench di lab la. buang sisa-sisa klinikal, buat calibration untuk mesin urin dan make sure semua peralatan disposable yang diperlukan ada. lepas tu, aku mula buat daily maintance di mesin siemens. memang terasa nervous dia sebab mesin tu memang penting di makmal untuk buat ujian-ujian utama macam ujian fungsi hati, profil ginjal, tahap kolesterol, paras glukosa even untuk enzim kardiak juga. ada lagi lah fungsi-fungsi dia yang lain juga. lepas buat daily maintance, kena tengok mana-mana reagen yang suda abes untuk tambah. untuk mesin siemens ni, reagen utama dia yang perlu dipastikan sentiasa ada ABS la.

lepas make sure daily maintance, aku kena buat QC lagi pula. dan alhamdulillah, semua nilai QC masuk dalam range jadi maknanya boleh buat ujian. lepas tu jirah suruh aku run semua test biochem yang kena request arini. oh ya, kalau ada sesiapa yang request ujian biochem arini bolehlah tengok sign dan cop nama aku di bawah result tu. teehee...

lepas tu jam 11 ada meeting staf patologi. ni meeting pertama aku dan yang paling mengejutkan adalah salah satu agenda meeting tu adalah memperkenalkan staf baru. sudahlah aku tidak bersedia. haha.. mujur keluar juga suara. lepas mesyuarat, ya ni la acara paling ditunggu-tunggu hari ni. makan time.

jamuan ni menurut kata dorang jirah adalah untuk staf-staf yang akan berpindah dan telah berpindah iaitu BJ, fizah dan hellary. tapi lepas sesi penyampaian hadiah untuk dorang, tiba-tiba aku dan Ah Yee *Ah Yee ni staf Queen Elizabeth 1 yang kena pindah sini untuk menggantikan BJ* kena panggil potong kek..memang terkejut dan terharu sangat time ni. mana tidaknya, apsal kami pula yang kena potong kek..rupa-rupanya....

tengah cover perasaan terharu yang amat :) bersama Ah Yee. kelihatan peti sejuk yang besar pun mau interframe juga..apakah T_________T

eh, gambar kek tidak kelihatan pula kan. okeh, ni pula gambar kek,

rupanya di kek ni ada tertulis welcome dan farewell. jadi, memandangkan kami ahli baru yang datang ke sini jadi kamilah kunun dapat penghormatan untuk potong kek. memang terharu yang amat. mujur airmata tidak keluar.

bila tengok kek ni memang terasa meriah betul. paling lawak, gambar borang yang bertimbun dan monitor mesin. ya, totally keadaan kerja di lab.. haha..krim coklat ni memang super duper sedap. sampai aku rasa mau makan, makan dan makan lagi. memang sangat sedap. pasni mau order lagi dengan ayu la. oh, ayu ni one of labmate aku. dia la yang bertanggungjawab urus kek ni.

lepas makan makan dan rehat memandangkan hari ni jumaat, aku dan Nelson pun pergi ICU dan CCU untuk buat Quality Control mesin ABG yang ada di sana. tapi malangnya dua2 pun rosak jadi kami pun stay di lab jak la run test sampai jam 5 petang..

perghh macam yo yo o jak aku bercerita. dan inilah yang terjadi semalam. aku busy kan? busy kan? oh no..please cakap aku busy..haha..okehlah tu jak cerita menarik aku buat masa ni. tunggu next week pula kalau aku ada cerita lain lagi ar. assalammualaikum :) thanx for reading..

selamat menyambut ramdhan yang penuh dengan keberkatan ^_^

1 doakan nina naik pangkat :):

Intanberlian berkata...

omaigod. the cake. the cake the cake looks super yummy la dik.hukhuk